Bagaimana nak membuat pengeluaran wang KWSP menerusi program i-Lestari? Saya pasti ramai yang nak tahu bagaimana nak membuat pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menerusi program i-Lestari yang telah diumumkan oleh Kerajaan menerusi pakej PRIHATIN.

Untuk makluman, bermula dari 1 hb April sehingga 30 April 2020, ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada akaun 2 menerusi i-Akaun (Ahli) atau menggunakan borang yang perlu diserahkan menerusi email.

Cara Untuk Melakukan Permohonan Pengeluaran Wang i-Lestari KWSP Menerusi i-Akaun

i-Lestari KWSP
Saya antara jutaan ahli KWSP yang disahkan layak untuk memohon pengeluaran wang KWSP menerusi program ini. Untuk info, untuk melayakkan anda membuat pengeluaran wang menerusi i-Lestari ini, ada beberapa kriteria yang perlu disemak.

Pertama sekali ialah ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran perlulah mereka yang berumur bawah 55 tahun. Pengeluaran wang pula tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Jadi, kena semak samada akaun 2 KWSP anda mempunyai baki sebanyak RM500 x 12 bulan = RM6000. Jika cukup, maka permohonan untuk pengeluaran i-Lestari adalah dibenarkan.



3 Cara Untuk Mengeluarkan Wang KWSP Menerusi i-Lestari

Pengeluaran wang KWSP menerusi akaun 2 untuk i-Lestari boleh dibuat menerusi tiga (3) cara iaitu menerusi laman web KWSP (akaun Ahli), menerusi aplikasi percuma i-Akaun dan juga permohonan menggunakan borang dan dihantar menerusi email/pos.

Tutorial Cara Keluarkan Wang KWSP i-Lestari Menerusi i-Akaun

Untuk memudahkan anda, saya sediakan tutorial ringkas bagaimana untuk membuat permohonan secara online pengeluaran i-Lestari KWSP menerusi laman web KWSP (akaun Ahli).

Sukacita diingatkan, untuk membuat permohonan secara online, dua perkara berikut perlu ada:
  1. id login/id pengguna
  2. password/kata laluan

Jika anda terlupa, anda boleh klik butang 'lupa id pengguna/kata laluan'. Kemudian ikut arahan disediakan. Anda perlu tahu nombor keahlian KWSP anda untuk tujuan ini!.

Jika anda tidak pernah mendaftar i-Akaun, anda boleh buat pendaftaran mudah di laman web KWSP atau menerusi cara mengisi borang pendaftaran dan hantar menerusi email.

[Baca] Muat-Turun Percuma Borang Pendaftaran i-Akaun KWSP

Baik, jom mulakan tutorial cara nak buat permohonan i-Lestari menggunakan i-Akaun KWSP ini.

1. Login ke i-Akaun KWSP

i-Lestari KWSP



Anda perlu memasukkan id login atau id pengguna anda, kemudian password atau kata laluan di ruangan disediakan. Link untuk login ke i-Akaun (Ahli) adalah https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Pilih Menu Pengeluaran

Setelah anda berada di dalam sistem i-Akaun, pilih menu pengeluaran (withdrawal) di sudut atas. Paparan seperti di bawah akan keluar, jika anda pernah membuat pengeluaran sebelum ini, maka akan ada senarai pengeluaran sebelum ini.

Contohnya macam saya yang pernah buat pengeluaran untuk selesaikan hutang PTPTN, jadi butiran pengeluaran tersebut akan disenaraikan.
i-Lestari KWSP
Ok, untuk membuat pengeluaran i-Lestari, klik butang 'Permohonan Baru' atau 'New Application'.

3. Pilih Pengeluaran i-Lestari

Apabila anda klik permohonan, paparan di bawah akan keluar. Pilih jenis pengeluaran anda, iaitu i-Lestari.
i-Lestari KWSP

4. Isi Butiran Pengeluaran i-Lestari

Anda perlu mengisi butiran yang belum dilengkapkan, iaitu jumlah pengeluaran i-Lestari (maksima RM500) dan juga nombor akaun bank untuk tujuan pembayaran wang i-Lestari.

Satu pop-up akan keluar menyatakan syarat atau terma pengeluaran i-Lestari ini.
i-Lestari KWSP
i-Lestari KWSP

5. Semak Permohonan Pengeluaran

Setelah anda klik butang seterusnya atau 'next', paparan ringkas berkaitan maklumat pengeluaran i-Lestari akan dipaparkan seperti ditunjukkan di bawah ini. Anda dikehendaki menyemak maklumat dipaparkan.

Sila ambil perhatian, sebelum anda meneruskan permohonan, update nombor telefon anda. Pastikan ia adalah nombor telefon bimbit terkini anda untuk penghantaran TAC bagi tujuan pengesahan permohonan.

Apabila semua maklumat didapati benar dan tepat, maka terus lakukan pengesahan seperti diminta. Pastikan anda tick ruangan 'Declaration'. Satu pop-up akan keluar untuk bacaan anda mengenai persetujuan permohonan ini.
i-Lestari KWSP
Klik untuk 'Request TAC'. Nombor pengesahan 6 angka akan dihantar menerusi SMS. Masukkan nombor tersebut dan kemudian klik butang 'Hantar' atau 'Submit'.

6. Penghantaran Borang Permohonan

i-Lestari KWSP
Paparan di atas akan keluar apabila permohonan i-Lestari anda telah dilengkapkan. Ia mengandungi nombor rujukan pengeluaran, selain tarikh masa anda membuat permohonan.

Semakan dan pengesahan akan dilakukan oleh pihak KWSP, dan jika diluluskan, pembayaran wang i-Lestari akan dibuat mulai bulan Mei 2020.

Permohonan Pengeluaran Menggunakan Borang

Untuk permohonan i-Lestari menggunakan borang permohonan, sila rujuk posting berikutnya dari saya. Sebagai cara memudahkan anda mendapat makluman mengenai posting terbaru tersebut, anda boleh langgani blog ini di ruangan disediakan.

[Baca] Cara Membuat Permohonan i-Lestari Menggunakan Borang Permohonan Pengeluaran

Memandangkan ada yang belum mempunyai atau mendaftarkan i-Akaun KWSP, anda boleh melakukannya menerusi email. Untuk mendaftar pertama kali sebagai pengguna i-Akaun, anda boleh terus ke link berikut - https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi pihak KWSP menerusi email dan pautan di bawah:

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Pengeluaran i-Lestari

Soalan Lazim Pengeluaran Wang i-Lestari KWSP
Posting ini adalah untuk membantu ahli KWSP yang tidak mengetahui cara untuk membuat permohonan pengeluaran wang menerusi i-Lestari KWSP. Apa yang dipaparkan adalah bersandarkan kepada permohonan yang telah saya buat secara online.

Saya sesekali bukan agen atau pegawai yang bertindak untuk mendaftarkan serta membuat permohonan untuk ahli. Saya tiada kaitan secara langsung dengan KWSP. Apa yang saya paparkan adalah sebagai kemudahan orang ramai sahaja.

Semoga bermanfaat.

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Lubuk Bundle Gred AA

Dropship USD