Zaman bujang saya dulu, berbuka puasa dengan mee segera boleh dikatakan sebagai satu kebiasaan. Teringat dulu, ketika saya bekerja di Langkawi ... waktu bulan Ramadan memang mencabar. Cabaran paling getir ialah ketika itu, ada masalah bekalan air di tempat sewaan saya dengan member-member sekerja.

Bila cakap pasal buka puasa dengan makan mee segera ni, rata-rata akan anggap ia zaman sengkek tak berduit. Makan mee segera adalah satu cara nak berjimat di dalam bulan Ramadan terutama untuk mereka yang hidup bujang tanpa tanggungan yang tinggal bersama.

Pengalaman Lama Berbuka Puasa Dengan Maggie Bertelur dengan Sos Cili

Buka Puasa Mee Maggie Bertelur Bersos

Maggie, jenama mee segera paling terkenal di Malaysia. Malah, jenama Maggie dah jadi sinonim dengan mee segera. Tak kira apa jenama, kita mesti akan sebut Maggie. Uhh hebat penangan jenama ini yang berjaya mendominasi pasaran mee segera terutama di Malaysia.

Saya dah kenal dengan Maggie sejak usia belum baligh lagi.

[ads id='ads1']

Teringat satu ketika, apabila ibubapa saya tiada di rumah, saya boleh makan lebihan kuah Maggie ni dengan nasi putih disebabkan tak ada lauk di rumah. Lapar punya pasal ... saya belasah je.

Bila masuk zaman sekolah menengah, Maggie dah jadi antara makanan hujung minggu yang sangat best. Waktu tu, macam-macam cara masak mee segera ni.

Masak Maggie Dalam Baldi!!

Aha, nak tahu tak? Saya pernah masak hingga 10 bungkus mee segera Maggie ni dalam baldi untuk dijamu satu dorm. Ketika itu, saya bersekolah di sekolah asrama, jadi peralatan nak memasak mee segera secara proper tu memang susah sikitlah nak buat.

[Dah Baca?] Resepi Mee Goreng Bujang Telur Leleh

Bila ingat balik .. eeeuwwww macam geli lak... hahahaa. Yelah, baldi yang sama juga diguna untuk merendam baju kotor, seluar dalam seminggu dan baju sukan yang berlumpur.

Uhh leh muntah hijau kalau waktu tu dok fikir benda-benda macam ni. Alahai kisah remaja memang pelik-pelik kan?

Masak Maggie Kari Cara Istimewa

Bila dah bekerja, dah ada rumah sendiri, ada dapur sendiri .. maka masak mee segera Maggie ni dah dipelbagaikan. Salah satu cara yang biasa saya buat ialah masak Maggie dengan telur dan juga sos cili.

Buka Puasa Mee Maggie Bertelur Bersos

Biasanya, menu yang saya anggap istimewa ni syok dilayan selepas selesai menunaikan solat terawih di masjid.

Kadangkala, waktu hujan di mana susah nak ke bazar atau pasar Ramadan, pilihan menu berbuka puasa dengan mee Maggie bertelur dengan sos menjadi pilihan yang menyelerakan.



Saya fikir ramai antara kita ada pelbagai cara memasak mee segera ni. Malah, saya juga percaya ramai yang ada pengalaman unik berbuka puasa dengan mee segera. Ia menjadi sebahagian dari lifestyle terutama golongan bujang.

Betul tak?

Untuk masak mee segera Mee Maggie macam saya ni, saya akan pilih Maggie kari. Perasa lain saya tak berani lagi letak telur. Kalau ada pun, saya akan gunakan telur rebus.

Resepi Mudah Mee Maggie Kari Dengan Telur dan Sos Cili

Resepi Maggie Istimewa bulan Puasa

Biasanya, saya akan masukkan serbuk kari Maggie ni ketika air dah mendidih. Kemudian, selepas perencah dah sebati, barulah saya akan letakkan mee. Bila mee dah lembut, dan serbuk perisa tadi dah larut sepenuhnya, barulah saya akan pecahkan dua biji telur ayam.

Jangan kacau, sebab kalau kacau nanti kuning telur akan pecah. Jadi, saya akan 'jirus' kuah Maggie kari yang mendidih atas telur supaya ia masak.

Bila dah nampak kuning telur mengeras, barulah matikan api dan hidangkan.

Kadangkala saya akan tambah sayur macam sawi, cili merah, bawang goreng, brokoli dan kadangkala saya akan tambahkan sambal bilis jika ada.

Fuh .. terangkat weih.

Kalau anda ada pengalaman makan mee segera Mee Maggie macam saya ni, bolehlah kongsi pengalaman anda tu di ruangan komen ya. :)

[Dah Baca?] Resepi Mudah Kurma Telur untuk Berbuka Puasa Mahupun Sahur

Oh ya, isteri saya ... kalau makan mee Maggie ni .. dia tak berapa suka letakkan telur, katanya hanyir... huhu.

Jadi, agak-agak saya nak layan Maggie sensorang, memang saya letakkan je telur dalam Maggie kari saya ... :P ekekekee.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya