Lubuk baharu untuk peniaga dapatkan produk import yang murah dari China... err dah tahu ke? Siapa yang biasa guna WeChat tentu tahu mengenai satu aplikasi yang telah menjadi lubuk buat peniaga mencari barang murah dari China.

Sebenarnya, saya dah pernah cerita sebelum ini mengenai satu aplikasi ni yang membolehkan anda mendapatkan barang murah dari China walaupun anda cuma membeli satu - dua unit.

Pinduoduo - Lubuk Baharu Bagi Peniaga Mendapatkan Stok Jualan Barang Murah dari China

Lubuk Baru Peniaga Barang Murah China

Tetapi, buat apa nak beli satu atau dua barang je bila anda boleh beli dengan banyak pada harga murah dan kemudian menjualnya kembali untuk mendapatkan keuntungan. Tu sebab ramai yang menjual produk dari China kerana boleh jana keuntungan berlipat-kali ganda.

Cuma, ramai yang tak tahu mana satu lubuk yang betul-betul murah melainkan anda seorang pengguna WeChat yang tegar!

Ok.

Pernah dengar mengenai Pinduoduo?

Ia tak ada laman web macam TaoBao atau 1688. Tapi banyak barang serta produk menarik, anda boleh dapat di Pinduoduo pada harga jauh lebih murah.

Anda tau tak, tauke Cina suka guna WeChat sebab inilah. Mereka pakat sesama rakan penjual yang lain untuk import barang-barang yang nak dijual dari China. Bila dah dapatkan barang dari sana, mereka akan jual di kedai fizikal mereka atau menjadi sebagai pemborong di Malaysia.

Lubuk Baru Peniaga Barang Murah China

Mereka kemudian jual barang yang dah diimport tu dengan harga murah dari harga pasaran, masih menjana keuntungan berganda apatah lagi apabila dapat menjualnya kepada peniaga lain dalam kuantiti yang banyak.

Tapi, kalau beli bukan untuk berniaga pun tak ada masalah. Anda boleh je membeli dengan satu unit.

Nak dapatkan harga lagi murah untuk produk yang anda inginkan, cuma kena ajak kawan atau sesiapa sahaja join pembelian anda.

Ok ya, seperti yang saya katakan tadi, jika nak beli dengan Pinduoduo ini ... tak ada laman web shopping khas disediakan. Yang ada cuma aplikasi ... dan ....

Aplikasi Pinduoduo TIADA dalam GOOGLE PLAYSTORE mahupun Apple App Store!

Jadi? Macamana nak gunakan Pinduoduo ini?

Memang ada caranya, tapi sebelum tu, sekilas pandang bagaimana nak menggunakan Pinduoduo ini ...

Video Cara Nak Guna Aplikasi Pinduoduo



Jika nak tahu lebih lagi bagaimana nak gunakan Pinduoduo untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti baju kanak-kanak, kasut sukan, mainan, cadar, langsir, malah perabot pada harga murah ...

Panduan Khas Untuk Menggunakan Pinduoduo

Anda boleh dapatkan satu panduan khas dalam Bahasa Malaysia yang menerangkan dengan details macamana nak gunakan apps Pinduoduo.

Selepas anda dapat belajar gunakan Pinduoduo ini, anda akan mampu membeli pelbagai barangan dan produk pada harga berlipat-kali ganda lebih murah daripada harga pasaran.

Dan yang bestnya ialah, sesiapa yang mendapatkan panduan ini, akan dimasukkan ke dalam Group Support khas untuk sebarang pertanyaan dan bantuan mengenai apps ini.

Tawaran dan tempahan untuk panduan ini adalah terhad. Jadi, pastikan anda klik pada butang di bawah ini untuk dapatkan panduan ini.



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement