Setiap kali tibanya bulan Ramadan, perkara penting yang perlu diambil ingatan ialah kadar pembayaran zakat fitrah untuk tahun tersebut. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kadar zakat fitrah adalah berbeza bagi setiap negeri, bergantung dengan jenis beras dan harga beras tersebut yang digunakan secara purata rakyat setiap negeri.

Zakat fitrah atau juga disebut sebagai zakat badan adalah wajib dibayar oleh setiap umat Islam, samada lelaki mahupun perempuan yang berkemampuan serta menepati syarat-syarat wajib zakat yang telah ditetapkan.

Kadar Zakat Fitrah untuk Tahun 1441H / 2020M Bagi Setiap Negeri di Malaysia

Kadar Zakat Fitrah untuk Tahun 1441H / 2020M Bagi Setiap Negeri di Malaysia

Menunaikan zakat fitrah bagi seorang Muslim adalah bertujuan untuk menyucikan diri dari sudut ibadah kepada Allah S.W.T. Ianya dilakukan sekali dalam setahun, iaitu di dalam bulan Ramadan sebelum berakhirnya 1 Syawal.

Waktu untuk menunaikan zakat fitrah ini terbahagi kepada 5:

  1. Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu yang paling afdhal - Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu makruh - Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  5. Waktu haram - Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Walau bagaimanapun dinasihatkan supaya zakat fitrah dikeluarkan pada hari pertama bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang hari raya pada satu Syawal bagi mengelakkan kesukaran kepada amil-amil yang mengutip zakat dan juga bagi membolehkan agihan pendapatan daripada zakat ini boleh diberikan kepada mereka yang berhak sebelum tibanya hari raya Aidilfitri.

[ads id='ads1']

Diberitakan oleh Ibnu Abbas r.a katanya:
"Maksudnya: Rasulullah S.A.W telah memfardhukan zakat fitrah (pada bulan Ramadhan) untuk menyucikan bagi orang yang berpuasa daripada segala perkataan yang keji dan buruk, (yang dilakukan ketika berpuasa) dan untuk menjadikan makanan bagi orang-orang yang miskin..." (H.R Ibnu Majah)

[Dah Baca?] Kewajipan Zakat Bagi Seorang Wanita Bujang

Berikut adalah jadual yang menunjukkan kadar zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Negeri masing-masing.

Negeri Kadar Zakat Fitrah (RM)
Perlis 7.00
Kedah 5.00 / 7.00 /14.00 / 21.00
Pulau Pinang 7.00 / 16.00
Perak 7.00 / 14.00 / 21.00
Selangor 7.00 / 14.00 / 21.00
Negeri Sembilan 7.00
Melaka 7.00 / 14.00
Johor 7.00 / 10.00
Pahang 7.00
Terengganu 7.00
Kelantan 7.00 / 14.00 / 21.00
Sarawak 7.00
Sabah 6.00 / 7.50
Kuala Lumpur 5.00 / 7.00
Putrajaya 5.00 / 7.00
Labuan 5.00 / 7.00



Untuk kadar zakat yang mempunyai lebih daripada satu nilai, ianya adalah bergantung kepada beras yang digunakan oleh individu dan seisi keluarganya. Jika biasanya menggunakan beras yang premium seperti beras bashmati, kadarnya sedikit tinggi dari beras biasa.

[Baca Juga] Apa Perlu Buat Jika Terlupa Membayar Zakat Fitrah Tahun Semasa?

Adalah lebih baik seorang Muslim membayar zakat fitrah dengan memilih kadar yang bersesuaian dengan diri dan keluarganya. Tiada salahnya membayar lebih daripada kadar biasa, kerana lebihan ini boleh dianggap sebagai sedekah.

Jika pembayaran zakat tidak boleh dilakukan menerusi amil dilantik, umat Islam boleh sahaja menunaikannya secara online menerusi perbankan internet seperti Maybank2u mahupun CIMBClicks.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement