Resepi Kurma Telur. Masak Kurma adalah antara menu kegemaran saya. Kalau saya ada masa lapang dan teringin nak makan masak Kurma, antara yang paling mudah ialah menu Kurma Telur. Mudah sebab tak perlu nak cuci macam cuci ayam tu. Basuh telur je ... :)

Menu ni sesuailah untuk orang bujang sebab ia mudah nak dibuat. Sedap pun sedap .. dan paling penting ianya ringkas dan jimat sebab anda gunakan telur ayam, dan bukannya ayam .. huhu.

Resepi Kurma Telur

Resepi Kurma Telur

Cara nak masak tak susah. Kalau tak tahu nak masak apa hari ini, bolehlah cuba masak Kurma Telur. Ia mungkin menjadi resepi paling advanced untuk orang bujang atau untuk si suami yang nak memasak untuk keluarga - walaupun sekadar telur .. hehe.

Bulan puasa, kalau rasa nak buat surprise pada isteri, bolehlah cuba resepi ini. :)

Bahan-Bahan

  • Telur rebus
  • Setengah labu bawang besar yang dihiris halus
  • 2-3 ulas bawang putih dihiris halus
  • Bawang besar dibuang kulit tak perlu potong
  • 2 biji tomato dipotong empat
  • 1 - 2 biji cabai muda
  • Serbuk kurma
  • Satu cawan santan
  • Setengah sudu minyak masak
  • Air
  • Garam

Opsyen - Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, daun kari

Cara Menyediakan

Resepi Kurma Telur
  1. Tumis bawang yang dihiris dan juga setengah biji tomato.
  2. Masukkan bahan opsyen (kalau ada) sekali dalam tumisan.
  3. Bila dah naik bau harum, masukkan serbuk kurma dan juga air secukupnya.
  4. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati. Pastikan anda sentiasa kacau sehingga ia mendidih supaya santan elok dengan kuah kurma.
  6. Masukkan telur rebus.
  7. Masukkan tomato, cabai masak dan bawang besar (yang tidak dihiris)
  8. Kacau dan kemudian letakkan garam secukup rasa.
  9. Jika anda nak rasa pedas, masukkan cili api hijau sedikit yang ditumbuk kasar.
  10. Bila dah mendidih, dan rasa dah baikkkk punya, hidangkan.

Amacam? Boleh ikut resepi yang saya kongsikan ini tak?
Resepi Kurma Telur

Come on. Saya boleh buat, takkan anda tak boleh nak buat kot? Resepi yang cukup best dan sesuai dipadan dengan ikan masin goreng.

Errr ikan masin goreng nak resepi jugak ke? Huhu.

Biasanya, resepi macam ni saya akan masak apabila isteri saya agak sibuk dengan urusan pejabat. Pepagi tak sempat nak masakkan untuk suami, maka sayalah yang akan masak.

Cubalah resepi ini. Bagus memasak untuk isteri, untuk anak-anak dan untuk emak ayah sendiri .... seandainya mereka tinggal bersama. Rasa puas bila mereka yang makan tu berselera jamu hidangan menu masakan yang kita buat ni.

Tak percaya, cubalah ye .. khas untuk para suami.

Orait. Selamat mencuba.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kurma telur memang sedap Tuan..rasanya baru 2x cuba buat, tu pun setelah nampak Mat Gebu yang buatnya hehehe..
    Kalau esoknya makan, kuahnya dah pekat, alangkah nikmatnya kannn...

    BalasPadam
  2. whoaaa yang ni tak pernah rasa. boleh la nak try nanti. tkasih share recipe

    Btw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D

    Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okies. Terima kasih kerana mencuba resepi Kurma Telur ini ya.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement