Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 telah pun diumumkan pada 5 Mac 2020. Untuk peperiksaan kali ini, seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 telah memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran diambil.

Daripada keputusan yang diumumkan, didapati bahawa pencapaian calon SPM bagi 2019 adalah lebih baik berbanding 2018. Gred Purata Nasional (GPN) 2019 adalah 4.86 berbanding 4.89 pada 2018 iaitu perbezaan sebanyak 0.03.

Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Terbaik 2020 - Berdasarkan SPM 2019

Sekolah Menengah Agama Terbaik Malaysia 2020

Dengan keputusan SPM 2019 ini, ia sedikit sebanyak telah membawa perubahan pada kedudukan ranking sekolah-sekolah menengah terbaik di Malaysia, yang turut melibatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan juga sekolah bantuan Kerajaan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Kedudukan ranking sekolah terbaik ini selalunya akan menjadi rujukan para ibubapa terutama untuk keperluan memasukkan anak-anak yang telah tamat pelajaran sekolah rendah. Pastinya para ibubapa mahukan anak mereka dimasukkan di sekolah yang mempunyai reputasi serta keputusan yang baik.


Saya sendiri mengakui, ketika anak sulong saya berjaya mendapat keputusan terbaik UPSR (6A) dan PT3 2019 (12A), senarai ranking sekolah menjadi panduan saya untuk memilih sekolah menengah terbaik untuk anak meneruskan pelajaran.


Saya ingin berkongsi info ini - senarai top 40 sekolah menengah kebangsaan (SMK) Agama untuk rujukan para ibubapa yang mahu mencari SMKA terbaik bersandarkan keputusan dan gred pencapaian SPM 2019.

Top 40 SMKA Terbaik di Malaysia 2020

Berikut adalah senarai ranking SMKA terbaik untuk tahun 2020 berdasarkan keputusan dan gred SPM 2019.
Top 40 SMKA Terbaik di Malaysia 2020

Senarai di atas cuma menunjukkan sehingga 42 SMKA terbaik di Malaysia. Maklumat ini tidak lengkap sepenuhnya kerana tidak melibatkan senarai penuh sekolah-sekolah menengah kebangsaan agama secara keseluruhan.

Apa yang saya kongsikan adalah bersandarkan kepada maklumat di bawah yang diperoleh daripada rakan guru yang terlibat. Ia mencakupi keseluruhan senarai SMKA di Malaysia. Anda boleh lihat sendiri pencapaian dan kedudukan ranking SMKA/SABK terbaik 2020 bersandarkan keputusan SPM 2019.

Senarai Top SMKA Terbaik 2020 Result SPM 2019



Apa yang menarik perhatian saya ialah SMKA Kerian di Semanggol telah berjaya mengungguli ranking SMKA dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh Malaysia dengan Gred (GPS) 1.59!

Ia satu pencapaian yang hebat kerana SMKA Kerian adalah merupakan Sekolah Tahfiz Model Ulul-Albab dan SPM 2019 adalah batch pertama daripada model ini.

Tahniah buat sekolah ini.

[Dah Baca?] Cabaran Besar Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Ulul Albab

Malah, SMKA Kerian, Semanggol ini juga berjaya unggul sebagai sekolah menengah agama terbaik untuk dua tahun berturut-turut. Anda boleh rujuk post lama saya di sini - Senarai SMKA/SABK Terbaik Malaysia 2019

SMKA Kerian Terbaik SMKA dan SABK Terbaik 2020

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement