Anda mungkin dah tahu senarai top 10 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan top 10 MRSM yang berjaya mencatat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020. Ranking tersebut adalah berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Gred Purata Maktab (GPM), masing-masing untuk sekolah bawah Kementerian Pendidikan dan MARA.

Semua top ranking SBP dan MRSM berjaya mencatat gred purata bawah 2.00. Satu pencapaian yang sangat baik di sebalik usaha kita semua berhadapan dengan Pandemik Covid-19.

Top Ranking SMKA dan SABK Terbaik 2021 Berdasarkan Keputusan SPM 2020

Senarai Ranking SMKA SABK Terbaik SPM 2020

SBP dan MRSM dianggap sebagai sekolah pilihan kebanyakkan ibubapa sejak sekian lama. Namun, sejak akhir-akhir ini, ramai ibubapa yang beralih untuk memilih dan memasukkan anak-anak ke sekolah menengah agama (SMKA/SABK) yang tidak kurang hebatnya. Apatah lagi apabila kerajaan melaksanakan dan menjayakan Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).

Salah seorang anak saya adalah pelajar TMUA. Dan alhamdulillah, pembelajaran di sekolah TMUA amat baik, dan waktu keputusan PT3 diumumkan pada tahun 2019; anak sulong saya berjaya mendapat keputusan semua A untuk kesemua 12 subjek yang diambil termasuklah Maharaat dan Hifz Al Quran. Malah kisahnya berjaya di dalam PT3 ada dimuatkan di dalam majalah online terbitan Karangkraf.


SPM tahun 2020 juga menunjukkan sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) mencatatkan keputusan cemerlang dengan GPS bawah 2.00.

Berikut adalah senarai top ranking SMKA dan SABK terbaik tahun 2021 berdasarkan keputusan SPM 2020 - GPS bawah 2.00:

SMKA Terbaik 2021

  1. SM Agama Kuala Lumpur (1.52)
  2. SMKA Kerian, Simpang Empat, Semanggol (1.62)
  3. SMKA Sultan Azlan Shah, Bota (1.78)
  4. SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (1.82)
  5. SMKA Naim Lilbanat (1.87)
  6. SMKA Sharifah Rodziah (1.91)
  7. SMKA Dato' Hj Abu Hassan Hj Sail,  Pedas (1.92)
  8. SMK Agama Putrajaya (1.95)


SABK Terbaik 2021

  1. SM Imtiaz Besut (1.49)
  2. SM Imtiaz Kuala Terengganu (1.52)
  3. SMA (Arab) An -Nur (1.79)
  4. SAM Bestari (1.82)
  5. SMA (JAIM) Tahfiz Al Quran (1.83)
  6. SM Imtiaz Kuala Berang (1.98)

Berikut adalah senarai penuh ranking sekolah terbaik SMKA dan SABK yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020.

Senarai Top SMKA SABK Terbaik 2021

Tahniah diucapkan buat semua tenaga kerja terutama guru sekolah serta pelajar-pelajar SPM 2020 yang berjaya di dalam peperiksaan ini. Semoga kecemerlangan ini diteruskan dan mendapat rahmat Allah dunia akhirat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement