Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah pun diumumkan. Ramai pelajar dan ibu bapa yang terbabit telah meluahkan rasa gembira dan senang dengan keputusan yang telah diterima. Alhamdulillah, terdapat peningkatan yang baik dalam keputusan SPM 2018.

Banyak sekolah yang telah mencatatkan peratusan lulus yang baik dalam SPM 2018, malah ada sekolah yang menunjukkan prestasi yang amat luar biasa dengan menghasilkan ramai pelajar cemerlang dengan keputusan semua A untuk subjek-subjek yang diambil.

Senarai SMKA dan SABK Terbaik 2019 Berdasarkan Result SPM 2018

Senarai SMKA SABK Terbaik 2019 - Kuputusan SPM 2018
Tahniah buat sekolah-sekolah yang cemerlang itu. Tahniah kepada guru-guru yang telah mengembleng usaha dan tenaga untuk memastikan anak-anak ini mendapat kejayaan yang diharapkan.

Tahniah juga kepada ibu bapa yang menyokong dan memberikan segala bentuk dorongan buat anak-anak ini sehingga mampu mengembirakan keluarga. Alhamdulillah, setitik rasa kebanggaan ibu bapa terhadap kejayaan anak, in Sha Allah akan mendatangkan lebih kejayaan di masa akan datang.

Senarai SMKA SABK Terbaik 2019 - Kuputusan SPM 2018


Antara banyak-banyak sekolah yang ada di Malaysia ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang menarik perhatian saya. Walaupun pelajar di sekolah ini nampak 'terbeban' dengan subjek-subjek tambahan, namun ramai yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu yang merupakan SABK misalnya, antara sekolah terbaik untuk keputusan SPM 2018 di Terengganu, dengan mencatatkan GPS 1.40. Di Penang, Sekolah Menengah Kebangan Agama (SMKA)  Al-Irshad menjadi top 3 sekolah terbaik SPM 2018.

Senarai Sekolah SMKA Terbaik 2019 Berdasarkan SPM 2018

Berikut saya kongsikan senarai ranking Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) terbaik 2019, berdasarkan kepada keputusan SPM 2018 yang telah diumumkan (Skor GPS).
Senarai SMKA SABK Terbaik 2019 - Kuputusan SPM 2018


Senarai Ranking SABK Terbaik 2019 Berdasarkan SPM 2018

Di bawah pula adalah senarai rankin sekolah terbaik untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 2019 berdasarkan keputusan SPM 2018.
Senarai SMKA SABK Terbaik 2019 - Kuputusan SPM 2018
Senarai SMKA SABK Terbaik 2019 - Kuputusan SPM 2018
Senarai SMKA SABK Terbaik 2019 - Kuputusan SPM 2018
Senarai SMKA SABK Terbaik 2019 - Kuputusan SPM 2018

Sekali lagi tahniah buat semua. Untuk keputusan merangkumi kedua-dua jenis sekolah, ranking sekolah terbaik bagi sekolah-sekolah 'aliran' agama Islam secara keseluruhan boleh anda lihat menerusi pautan di sini - Ranking Sekolah Agama Terbaik Malaysia 2019

Semoga ia dapat dimanfaatkan, terutama sebagai panduan buat ibu bapa.

p.s: Gambar pertama adalah gambar guru dan pelajar di Sekolah Agama MAIPW, Kuala Lumpur.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement