Saya merupakan pelanggan pascabayar UMobile. Saya telah menggunakan perkhidmatan UMobile ini lebih kurang 2 tahun sejak 2018. Selama menjadi pengguna UMobile, saya boleh katakan perkhidmatan diberikan adalah memuaskan walaupun kerap juga merasa kecewa dengan kepantasan perkhidmatan datanya.

Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan internet percuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Data Internet Percuma 1GB Daripada UMobile Menerusi Pakej PRIHATIN

Data Internet Percuma 1GB Daripada UMobile Menerusi Pakej PRIHATIN
Pemberian internet atau data percuma ini adalah dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia membabitkan enam syarikat iaitu Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan TIME dotcom Berhad (TIME).

Menerusi PRIHATIN, 1GB internet setiap hari akan diberikan secara percuma kepada semua pelanggan sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pemberian ini akan bermula dari 1 April 2020.

Data Percuma 1GB Untuk Pelanggan UMobile

Internet percuma untuk semua pelanggan



Untuk pelanggan UMobile, data percuma ini bagaimanapun hanya boleh digunakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari, sehingga tamat PKP. UMobile akan memberikan 1GB data ini kepada semua pelanggan pascabayar, prabayar dan juga broadband mereka.

[Dah Baca?] Nasib Makcik Kiah Terbela dalam PRIHATIN, Tetapi Bagaimana Dengan Surirumah Kak Senah?

Menurut UMobile, tiada sekatan kelajuan untuk data percuma ini dan ia juga boleh digunakan untuk hotspot. Tetapi talian pengguna mestilah aktif untuk menerima data percuma. 1GB ini. Apabila kuota percuma ini habis, penggunaan akan kembali kepada kuota asal pengguna mengikut pelan masing-masing.

Pelanggan UMobile Perlu Buat Penebusan 1GB Data Percuma

Lagi satu, untuk membolehkan pengguna UMobile menikmati internet atau data percuma 1GB diumumkan dalam PRIHATIN, pengguna perlu membuat penebusan. Tiada transaksi automatik akan dibuat.

Untuk data internet percuma 1GB ini, pelanggan perlu melakukan sekali penebusan. Ianya hanya dibenarkan sekali untuk setiap pelanggan. Cara penebusan data percuma ini adalah seperti berikut:

  • Prabayar: Dail *118*6# dan pilih Special Offer
  • Pascabayar: Dail *118*7# dan pilih Special Offer

Pemberian data 1GB percuma ini merupakan tambahan kepada tawaran sedia ada UMobile sebelum ini, iaitu 2x ganda kuota hotspot yang diberikan sejak 19 Mac.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement