Jadual Peperiksaan MUET tahun 2020. Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) adalah peperiksaan wajib lulus untuk memasuki peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Malaysia. Peperiksaan ini biasanya dilakukan sebanyak 3 kali dalam setahun iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November.

Tiada sebarang syarat khusus untuk mengambil peperiksaan ini yang mengandungi empat kertas, iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing).

Jadual Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) Tahun 2020

Jadual Ujian MUET 2020
Bagi calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan, adalah wajib untuk mengambil peperiksaan ini. Malah, mereka mesti lulus dengan pemarkahan atau gred tertentu jika mahu menghabiskan pengajian di IPT.

Pendaftaran peperiksaan MUET dibuat secara dalam talian (online). Calon boleh melayari Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my/ untuk mengetahui cara membuat pendaftaran ini.

Pendaftaran untuk menduduki peperiksaan ini dikenakan bayaran sebanyak RM100.

Cara Semak Pendaftaran MUET

Calon yang telah mendaftar boleh menyemak status pendaftaran menerusi:
  • Portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di http://www.mpm.edu.my
  • Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET INFO <jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.
Berikut adalah jadual tarikh ujian atau peperiksaan MUET untuk tahun 2020:

Jadual Ujian MUET 2020

Update terkini daripada MPM akibat penularan wabak Covid-19:

Jadual Ujian MUET 2020
Jadual Ujian MUET 2020
Jadual Ujian MUET 2020


Untuk sebarang pindaan mengenai tarikh ujian atau peperiksaan termasuklah MUET, anda boleh menyemak secara online di laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia.

Rujukan MUET - http://portal.mpm.edu.my/muet1

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement