Berita baik untuk ibubapa yang sekarang tengah 'kuarantin' anak-anak di rumah! Ilmu pengetahuan adalah penting, tidak seharusnya pembelajaran anak-anak terbantut ketika kerajaan melaksanakan arahan duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Sesi pembelajaran anak-anak perlu diteruskan walaupun tanpa kehadiran guru.

Menerusi perkhidmatan internet disediakan oleh YES, anak-anak boleh belajar secara percuma di rumah. Pihak YES akan memberikan sehingga 5 sim percuma dilengkapkan dengan 40GB data percuma untuk setiap pelanggan atau ibubapa yang layak.

40GB Data Percuma Untuk Anak-Anak Belajar Secara Online

40GB Data Percuma Untuk Anak-Anak Belajar Secara Online

Dengan data sebesar 40GB percuma untuk setiap sim, ia bakal memberikan manfaat kepada anak-anak untuk belajar dan meneruskan pembelajaran secara online. Perkhidmatan ini adalah dengan kerjasama YTL Foundation, YES dan juga Frogasia.

Servis dan pemberian simkad dan data percuma ini adalah terbuka kepada semua ibu bapa warganegara Malaysia yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan di Malaysia untuk membolehkan anak-anak mereka mengakses sumber pembelajaran atas talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Program ini bermula dari 25 Mac 2020 dan berterusan sehingga 31 Mei 2020.

Cara Mendapatkan Simkad Percuma Dengan 40GB Data Percuma YES



Bagi mendapatkan data percuma 40GB disediakan oleh YES ini, para ibubapa perlu membuat pendaftaran di laman web YES di sini - Daftar Untuk Dapatkan 40GB Data Percuma

Data 40GB ini akan diberikan secara percuma selama 2 bulan (termasuk tempoh sah laku 2 bulan) untuk mengakses portal pembelajaran Frogasia yang memang dikenali sebagai pengendali dan penyedia konten berkaitan pembelajaran secara atas talian.

Cara Daftar Data Internet Percuma Daripada YES Untuk Anak Belajar Secara Online



Pendaftaran adalah mudah. Apa yang perlu anda sediakan sebelum membuat pendaftaran adalah:
  • Kad pengenalan anda (dalam bentuk imej)
  • Gambar selfie anda sedang memegang kad pengenalan anda.
  • Kad pengenalan (MyKad/MyKid) anak anda (dalam bentuk imej)

Selesai mengisi maklumat yang diperlukan dan bersetuju atas terma disediakan, anda akan menerima satu sms pengesahan pendaftaran. Pengesahan juga akan dihantar ke email anda.

Kad sim YES akan dihantar kepada anda menerusi alamat rumah yang telah anda isi dalam jangkamasa 3 hari bekerja. Setelah menerima simkad tersebut, anda perlu mengaktifkannya secara online di pautan berikut - https://shop.yes.my/shop/activate.do

Muat Turun Aplikasi YES dan Aplikasi Belajar di Rumah Frogasia

Jangan lupa untuk muat-turun aplikasi percuma MyYes4G di Google Play dan Apple App Store untuk menguruskan akaun YES di smartphone anda/anak anda nanti.

Ok? Mudah tak?



Setelah anda menerima dan aktifkan simkad yang tersedia 40GB data percuma tersebut, anda disyorkan untuk mendapatkan bahan pembelajaran yang telah disediakan oleh Frogasia menerusi pautan di sini - https://frogasia.com/en/content-2/

Adanya data percuma ini, bolehlah anak-anak anda belajar di rumah dengan kuiz ulangkaji daripada FrogPlay Mobile dan bahan-bahan pembelajaran daripada FrogAsia. Segalanya boleh dimuat-turun secara percuma di Google Play dan Apple AppStore.

Terhad Kepada Kekangan Capaian

Sebelum terlupa, walaupun data internet berkelajuan tinggi disediakan oleh YES ini, ia bergantung juga dengan kebolehcapaian mengikut lokasi anda. Dan ia juga bergantung dengan peranti yang anda gunakan.

Jadi, kalau di tempat anda tiada coverage YES ini, agak kurang praktikal untuk mendapatkan simkad data percuma ini. Begitu juga dengan smartphone yang digunakan, anda kena pastikan smartphone digunakan menyokong 4GLTE untuk kelancaran menggunakan aplikasi belajar di rumah yang disediakan.

Lagi satu, setiap pelanggan yang layak (ibubapa) berhak mendaftar satu (1) anak untuk satu (1) simkad sahaja. Pelanggan yang layak tidak boleh mempunyai lebih daripada lima (5) akaun prabayar dengan YES.
Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement