Selain ancaman penularan wabak Covid-19, masyarakat juga perlu berhadapan dengan penularan berita palsu atau berita yang tiada kesahihan. Penularan berita palsu ini sangat cepat, dan biasanya dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp, Telegram dan juga Facebook.

Sejak wabak Covid-19 melanda dunia, muncul pelbagai cerita serta info yang membuatkan orang ramai jadi panik dan melakukan sesuatu tanpa asas dari sumber yang betul. Masyarakat sangat mudah mempercayai penularan berita palsu terutama apabila ia mengancam nyawa dan situasi mereka.

Berita Palsu Kawalan Pergerakan (PKP) dan Situasi Covid-19 - Semak Sebelum Sebar

Berita palsu Covid-19 PKP
Saya sebagai seorang online influencer yang menjadikan blog sebagai perantara telah banyak kali menerima mesej-mesej palsu yang disebarkan menerusi WhatsApp. Ada yang meminta saya menularkannya di blog dengan harapan lebih ramai orang akan mengetahuinya.

Sebagai seorang yang telah beberapa kali terkena kerana menulis dan menerbitkan sesuatu yang kurang sahih di blog, saya agak berhati-hati dengan berita yang tular menerusi media sosial, apatah lagi apabila ia sampai kepada saya menerusi aplikasi WhatsApp ini.


Walaupun pihak berwajib telah beberapa kali menasihati masyarakat agar sentiasa waspada mengenai maklumat dan info yang disebarkan menerusi WhatsApp, namun ramai yang seolah mengambil ringan tanpa memastikan kesahihannya.

Masyarakat sangat mudah menyebarkan sesuatu berita yang terkait dengan perasaan takut dan risau serta yang mempunyai nilai ancaman ke atas keadaan dan situasi semasa. Apatah lagi apabila di waktu sekarang, kerajaan bertindak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal dan membendung penularan wabak Covid-19.

Di bawah ini adalah antara berita-berita palsu yang sempat saya peroleh berkaitan Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperoleh daripada laman Twitter Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Berita palsu Covid-19 PKP
Berita palsu Covid-19 PKP
Berita palsu Covid-19 PKP
Berita palsu Covid-19 PKP
Berita palsu Covid-19 PKP
Adakah anda pernah menjadi mangsa menerima mesej-mesej tular yang palsu di atas? Apa tindakan anda selepas itu? Tularkannya ia ke dalam group WhatsApp anda kah?

Semak dahulu berita atau info yang anda terima. Bagaimana nak buat? Caranya ialah dengan menghubungi pihak berkuasa seperti polis, Kementerian Kesihatan mahupun Majlis Keselamatan Negara.

Berita palsu Covid-19 PKP


Perbuatan menyebarkan berita tidak sahih ini boleh dikenakan tindakan undang-undang, jadi sekali lagi, elakkan dari menjadi sumber penularan berita palsu .. lebih-lebih lagi ketika PKP dilaksanakan ini.

Oh ya, bukan setakat berita palsu seperti di atas, terdapat juga penularan berita palsu berkaitan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang dilakukan oleh scammers yang cuba mengambil kesempatan atas keadaan rakyat Malaysia.

Jadi, awaslah. Jangan sampai menjadi mangsa penipuan pula akibat penularan berita palsu ni. Semak dahulu dengan pihak berkaitan untuk kepastian. Contohnya, seperti bantuan kewangan daripada pihak NGO, anda diminta untuk memberikan nama dan nombor kad pengenalan, mohon anda hubungi pihak NGO tersebut sebelum melakukan apa-apa yang diminta.

Untuk kepastian sesuatu berita yang anda terima, boleh rujuk pada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah:
Facebook MKN - https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara
Twitter MKN - https://twitter.com/MKNJPM

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement