Tetiba produk Antah Wellness Defend Healthtag menjasi viral dan dicari ramai. Ini semua gara-gara ada yang menviralkan produk ini sebagai salah satu produk yang berkesan untuk melindungi diri dari terkena jangkitan virus Covid-19. Sejauh mana kebenarannya tu, tidaklah dapat dipastikan.

Semuanya bermula apabila ada yang mengatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kanan Dato' Seri Ismail Sabri Yaakop telah menggunakan Antah Wellness Defend Healthtag ini sebagai cara untuk membenteng diri dari terkena Covid-19.

Antah Wellness Defend Healthtag Laku Keras!

 Tular Gambar PM dan Dato Sabri pakai Antah Wellness Defend Healthtag
Terdapat dua keping gambar yang telah tular menunjukkan Perdana Menteri dan Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Seri Ismail Sabri seperti memakai tag ini. Hebahan mengenai produk ini telah berlegar di aplikasi WhatsApp dengan menyatakan bahawa produk ini boleh membantu mereka memberikan perlindungan dari terkena kuman seperti virus Covid-19.

Malah, ada juga pesanan WhatsApp tersebut yang menyertakan gambar petugas barisan hadapan Covid-19 serta pemimpin politik yang menggunakan tag ini apabila berada dalam kelompok yang ramai.

Walaupun gambar-gambar yang tular tersebut tidak begitu jelas bagi mengesahkan penggunaan produk ini oleh kedua pemimpin negara serta petugas hadapan Covid-19 dan para pemimpn politik tersebut, ramai juga yang percaya bahawa tag yang dipakai adalah merupakan produk Antah Wellness Defend Healthtag.

Ramai menyimpulkan bahawa, jika ada para pemimpin mahupun petugas barisan hadapan menggunakan tag kesihatan ini, pastinya ia ada kesan yang baik untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan virus Covid-19.

Dari RM59.90 Naik Mendadak Menjadi RM99.90

 Antah Wellness Defend Healthtag edaran MPlus



Menurut mesej tular menerusi WhatsApp tersebut, produk berupa tag ini boleh didapati di kedai Watson dengan harga RM59.90. Malah, ia turut dijual di Watson Online Store dengan harga yang serupa.

Akibat tularnya mesej tersebut, maka produk ini telah menjadi produk laku keras di laman shoping online termasuklah Lazada, Shopee, Watson dan juga Zalora. Kebanyakkanya telah habis stok, dan harga pra-tempahan yang dijual oleh seller terutama di Lazada dan Shopee naik mendadak sehingga mencecah RM99.00 seunit!

Nampak seperti tidak masuk akal. Dari RM59.90 terus melonjak naik menjadi RM99.00 ... seolah peniaga cuba mengaut keuntungan berlebihan di sebalik permintaannya yang meningkat secara drastik.

Cuma di Zalora, saya dapari harganya masih lagi kekal RM59.90 dengan kos penghantaran percuma. Penghantaran pula mengambil tempoh antara 13 hingga 17 April 2020 (semasa post ini diterbitkan).

Beli Healthtag dari Zalora

Seperti yang saya sebut tadi, hasil penemuan saya, produk ini yang dijual di Malaysia adalah edaran syarikat MPlus.

Menerusi deskripsi di laman web rasmi MPlus berkaitan produk Antah Wellness Defend Healthtag ini, ia menerangkan bahawa tag ini mengandungi bahan aktif yang mampu membebaskan anti mikrobik klorin dioksida (chlorine dioxide).

Adanya mikrobik, tag ini berfungsi untuk:
  • Membersihkan udara sekeliling pemakai
  • Membasmi kuman 
  • Menghapuskan 99.9% bakteria dan virus 
  • Memberikan perlindungan 45 hari
  • Perlindungan lingkungan 1 meter padu di sekitar pembawa

Cara penggunaanya pula agak mudah, seperti diterangkan:
  1. Keluarkan paket aluminium foil dan letakkan beg Natrium Chlorit dalam tag plastik
  2. Pastikan tag terbuka apabila digunakan 
  3. Catat tarikh permulaan
  4. Balut dan buang beg Natrium Chlorit dengan serta-merta jika ia bersentuhan dengan air atau jika ia dibuka 
  5. Simpan di tempat kering yang sejuk



Menerusi laman web MPlus, ia mengatakan bahawa produk ini merupakan produk dari Jepun, dan telah mendapat kelulusan pihak kesihatan di sana.

Setakat pencarian saya, tiada lagi sebarang review mengenai penggunaan tag ini di kalangan pemakainya. Jadi, tak berapa jelas samada produk ini berkeupayaan mencegah pemakainya daripada terkena jangkitan penyakit.

Dan lagi, tiada sebarang bukti klinikal yang dapat menyokongnya. Ada yang mengatakan ia berkesan, ada pula yang mendakwa bahan aktif yang ada pada produk ini mempunyai kesan sampingan terhadap pemakai.

Setakat ini, tiada larangan untuk penggunaan produk ini. Malah, penjualan di kedai seperti Watson memberikan gambaran bahawa produk ini adalah selamat dan boleh digunakan sebagai ikhtiar memastikan diri tidak dijangkiti kuman atau virus merbahaya.

Ramai Cari Produk Untuk Melindungi Diri dari Wabak Covid-19

Sejak wabak Covid-19 menjadi pandemik dunia, ramai yang mencari produk yang dapat membantu mereka dari terkena jangkitan virus ini yang telah mengorbankan banyak nyawa. Ketakutan ramai adalah kerana tiada siapa dapat menjangkakan asal-usul boleh terkena virus ini memandangkan penyebarannya boleh berlaku menerusi sentuhan dan perpindahan cecair seperti dari bersin dan batuk.

Buat masa ini, tiada bukti jelas bahawa Covid-19 boleh tersebar menerusi udara. Namun, ramai yang mengambil langkah berhati-hati dan berwaspada kerana siptomnya juga kadangkala boleh mengelirukan ramai.

Apapun, seperti nasihat beberapa orang doktor, adalah lebih baik mencegah daripada mengubat. Dek kerana itulah produk seperti Antah Wellness Defend Healthtag ini menjadi produk laku keras seperti mana viralnya pokok Semambu.

Pada pendapat saya yang bukannya seorang pakar perubatan, nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia agar duduk rumah dan hindarkan diri dari berhimpun beramai-ramai adalah tips terbaik untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan Covid-19.

Less contact, less making yourself vulnerable.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement