Panduan Temuduga Kerja Kerajaan
Kerajaan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa bantuan kewangan berjumlah RM100 sehari akan diberikan kepada pesakit yang dirawat di wad dan dikenakan perintah pengawasan serta pemerhatian bagi kontak Covid-19.

Bantuan ini akan disalurkan daripada Tabung Covid-19 kepada mereka yang layak terus ke akaun bank masing-masing dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Permohonan Bantuan Tabung Covid-19 NADMA

Permohonan Bantuan Tabung Covid-19 NADMA

Bantuan Tabung Covid-19 ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban mereka yang terkesan akibat Covid-19 secara langsung. Mereka yang layak memohon bantuan Tabung Covid-19 menerusi NADMA adalah mereka yang menerima surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jumlah bantuan kewangan yang diberikan adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 atau sedang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (oneoff) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Cara Memohon

Untuk memohon Bantuan Tabung Covid-19 ini, pemohon perlu memuat-turun borang-borang ini yang boleh didapati di laman web rasmi Nadma - Covid-19:
  1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A) - http://www.nadma.gov.my/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf
  2. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B) - http://www.nadma.gov.my/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf
  3. Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris Jika Tiada Akaun Bank (Lampiran C) - http://www.nadma.gov.my/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf
 

Dokumen Penting Untuk Permohonan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
    1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19
    2. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan
    3. Dokumen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diakui sah:
    • Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
      • Salinan Borang Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
      • Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19.
    • Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk rawatan Covid-19
      • Sijil cuti Sakit yang dikeluarkan oleh hospital yang dibenarkan KKM untuk merawat Covid-19. 
    4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan di Lampiran B
    5. Salinan penyata bank/muka depan buku akaun bank yang telah diakui sah.

    Maklumat Pengeposan Borang

    Borang permohonan yang telah lengkap diisi disertakan dengan dokumen diperlukan, perlu dihantar menerusi pos ke alamat berikut:

    Ketua Pengarah,
    Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Jabatan Perdana Menteri,
    Aras 7, Blok D5, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.
    (u.p.: Sekretariat KWABBN)

    Hanya mereka yang layak sahaja dibenarkan memohon Bantuan Tabung Covid-19 ini. Jadi, pastikan syarat di bawah ini dipatuhi sebelum membuat permohonan ke NADMA untuk bantuan ini.

    Kelayakan Memohon Bantuan Tabung Covid-19

    1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19.
    2.  Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) berikutan Covid-19.
     
    Berikut pula adalah mereka yang tidak layak untuk memohon bantuan ini:
    1. Bukan warganegara Malaysia
    2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
    3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian.

    Secara ringkasnya, permohonan untuk Bantuan Tabung Covid-19 adalah seperti ditunjukkan dalam carta alir di bawah:

    Carta Alir Permohonan Bantuan Tabung Covid-19

    Untuk maklumat lebih lanjut dan terperinci, boleh muat-turun garis panduannya di sini - http://www.nadma.gov.my/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf



    Komen Anda

    Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    **Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

    Bisnes Tudung Online
    Sebelumnya Seterusnya

    Dropship USD