Bermula tengah malam ini, iaitu tepat jam 00:00 am 10 Oktober 2019, akan berlangsungnya jualan yang sangat syok di Shopee. Mana taknya, buat kaki shopping online macam saya, ada tawaran harga sangat murah serendah RM10 untuk produk elektronik berjenama. Memang syok habis macam ni kalau dapat rebut tawaran yang disediakan.

Saya memang nantikan peluang untuk bershopping waktu kempen-kempen istimewa macam ni di Shopee. Sebelum ini pun, saya banyak membeli secara online di Shopee ketika kempen-kempen khusus macam jualan 9.9 .. jualan ulangtahun dan macam-macam lagilah.

Jualan 10.10 Yang Nampak Sangat Syok Untuk Kaki Shopping Online

Shopping Shopee 10-10
Kali ini, Shopee akan buat jualan khas 10.10 yang akan memberikan kos penghantaran percuma untuk semua belian dengan syarat pembelian serendah RM10 sahaja bagi produk dan kedai terpilih.

Saya tertarik dengan tawaran macam ni sebab ia boleh menjimatkan kos penghantaran yang kadangkala lebih mahal daripada harga produk yang nak dibeli.

Tips Bel-Belah Semasa Kempen Promosi Shopee

Biasanya, bagi mendapatkan lebih penjimatan, saya akan browse produk yang ingin saya beli lebih awal sebelum kempen bermula. Apabila ada yang berkenan, saya akan masukkan ke dalam shopping-cart dan lihat perubahan harga jika ada.


Kalau anda nak tahu, anda boleh semak perubahan harga semasa dengan harga tawaran sempena kempen di dalam ruangan shopping-cart anda. Ia akan tertulis "price updated" di sebelah gambar produk yang telah anda pilih.

Kadangkala, harga akan naik tetapi diberikan potongan dalam bentuk baucer diskaun. Anda kena redeem kod baucer tersebut dengan penuhi syarat yang ada, contohnya Kod A untuk pembelian melebihi RM100 untuk diskaun 10% atau RM10.

Okeh.

Jom shopping sambil menjimatkan duit ....huhu. Masa inilah nak dapatkan harga berpatutan dan lebih murah daripada apa yang dijual di pasaran tu.

Cuma jangan berlebih-lebihan dalam berbelanja sebab ketika kempen beli-belah macam Shopee 10.10 ni .. ada banyak tarikan yang mendorong anda untuk berbelanja lebih daripada keperluan. Jadi, pandai-pandailah kawal diri ya ..

Home entertainment discounts to 60 percent Shopee 10.10


Jangan lupa tengok tawaran menarik pada bahagian Home Entertainment ni .. ada diskaun sehingga 60% untuk produk elektronik terpilih. Kena cepat, sebab jualan macam ni berkuota. Habis je kuota tu .. harga akan kembali ke asal .... jadi melepaslah nak dapatkan harga murah.

Boleh terus ke sini (klik) untuk dapatkan tawaran menarik produk Home Entertainment.

Tawaran Menarik Realme

Oh ya, masa ini juga anda berpeluang untuk mendapatkan sebuah smartphone baharu daripada Realme yang mendapat perhatian ramai. Anda boleh dapatkan tawaran menarik mendapatkan smartphone Realme 5 Pro yang akan mula dijual secara rasmi di Shopee pada jam 10 pagi 10 Oktober 2019.

Realme 5 Pro Promo

Video Review Realme 5 Pro


Jadi, bagi mereka yang teringin nak mendapatkan sebuah smartphone best dengan harga murah selain dapat hadiah percuma, bolehlah menempah sekarang - masukkan dalam Shopping Cart tu ya .. :)


Selamat bershopping .. hoho.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement