Apple iPhone 11 telah pun dilancarkan dan kini ia dijual dan boleh didapati di kebanyakkan online shopping mall, termasuklah Shopee. Ramai peminat telefon premium ini teruja dengan kehadiran Apple iPhone 11 ini.

Apple Malaysia juga telah mula menjual telefon pintar terbaru mereka ini, iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan juga iPhone 11 Pro Max di laman web rasmi mereka.

Pemilik iPhone 11 Pertama di Malaysia

iPhone 11 Malaysia
Selain daripada laman web shopping online, ketiga-tiga model ini juga boleh didapati melalui para pengedar rasmi Apple, laman rasmi Apple.com dan melalui syarikat telekomunikasi tempatan. Ada beberapa syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej menarik penawaran memiliki iPhone terbaru ini.

Apple iPhone 11 hadir dengan sokongan dwi-kamera, dilengkapi cip pemprosesan Apple A13 Bionic, menggunakan skrin 6.1-inci Liquid Retina, selain menyertakan sokongan kamera sudut ultra lebar bersama dengannya.

Manakala, Apple iPhone 11 Pro pula hadir dengan skrin 5.8-inci, dan iPhone 11 Pro Max dengan skrin 6.5-inci. Kedua-duanya menggunakan skrin OLED, dijana cip Apple A13 Bionic, menyertakan tri-kamera belakang, serta menawarkan rekaan dan ciri-ciri premium.


Mungkin ramai yang tidak lagi mengetahui, bahawa ada seorang warga Malaysia yang bertuah telah menjadi orang pertama memiliki telefon pintar premium ini menerusi Shopee.

Pengurus IT Jadi Pemilik Pertama iPhone 11 di Malaysia

Beliau yang saya maksudkan ialah Simon Chen Yuen Keong, seoraang Pengurus IT berusia 32 tahun dari Subang Jaya, Selangor. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama memiliki iPhone 11 menerusi pre-order di Shopee.

Pemilik Pertama iPhone 11 di Malaysia
Satu majlis penyerahan iPhone 11 tersebut telah diadakan di ibupejabat Shopee Malaysia di Kuala Lumpur.

Simon telah membeli seunit iPhone 11 128GB berwarna hitam.

 “I am excited to know that not only am I a proud owner of the new iPhone 11, but also the first in Malaysia to receive it! Initially, I planned on getting the iPhone XR, but saw the news about iPhone 11 and the freebies and cashback offers that came with it if I purchased on Shopee. Now that I have the phone, I can’t wait to try it out, especially the camera.”


Selain beliau, terdapat lebih daripada 50 lagi pelanggan Shopee yang telah menempah dan membeli iPhone 11 ini, yang mana penyerahan iPhone 11 kepada mereka dilakukan 10 jam lebih awal daripada waktu pelancaran rasminya di Malaysia.

Berminat nak dapatkan iPhone 11 ini? Boleh dapatkannya dengan penawaran menarik di sini - https://invol.co/clib74

Harga Rasmi Variasi IPhone 11 di Malaysia

Di Malaysia, iPhone 11 ditawarkan pada harga bermula RM3399, iPhone 11 Pro bermula RM4899 dan iPhone 11 Pro Max bermula RM5299. Berikut adalah senarai harga rasmi Apple iPhone yang dijual di Malaysia:

Harga iPhone 11 Pro Max

  • Apple iPhone 11 Pro Max 64GB – RM5299
  • Apple iPhone 11 Pro Max 256GB – RM5999
  • Apple iPhone 11 Pro Max 512GB – RM6899

Harga iPhone 11 Pro

  • Apple iPhone 11 Pro 64GB – RM4899
  • Apple iPhone 11 Pro 256GB – RM5599
  • Apple iPhone 11 Pro 512GB – RM6499

Harga iPhone 11

  • Apple iPhone 11 64GB – RM3399
  • Apple iPhone 11 128GB – RM3599
  • Apple iPhone 11 256GB – RM4099

Video iPhone 11


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement