ASUS ROG Phone II Pra-Tempahan Bermula 14 Oktober

ASUS ROG Phone II Pra-Tempahan Bermula 14 Oktober

Khas untuk peminat smartphone game online. Ramai juga yang menanti kehadiran sebuah smartphone berkuasa untuk bermain game di smartphone. Yeahh .. penantian anda bakal berakhir. Kaki gamers di Malaysia pasti teruja dengan berita ini.

Smartphone gaming, ASUS ROG Phone II yang lama dinantikan bakal dijual di pasaran Malaysia bermula dari 16 Oktober ini. Ia bukan set luar negara tetapi memang official sets untuk kaki gamers Malaysia!! Dan anda boleh membuat pra-tempahan khas bermula 14 Oktober untuk menikmati lebih keistimewaan.

ASUS ROG Phone II Malaysia Set Mula Dijual 14 Oktober di Shopee

ASUS ROG Phone II Malaysia Set Mula Dijual 14 Oktober di Shopee
Yes. Bermula 16 Oktober 2019, mereka yang menantikan sebuah smartphone berkuasa untuk bermain game mobile online seperti PUBG Mobile, Mobile Legend Bang Bang, Call of Duty  boleh mendapatkan ASUD ROG Phone II di laman web Shopee.

Kaki gamers boleh mendapatkan set tersebut menerusi kedai rasmi Asus Mobile Malaysia di Shopee.

Buat yang tak sabar, dan mahu menjadi antara yang pertama memiliki ASUS ROG Phone II ini, boleh melakukan pra-tempahan ASUS ROG Phone II (12GB + 512GB) pada 14 hingga 15 Oktober dengan bayaran deposit sebanyak RM999 sahaja.


Hadiah Percuma Dengan Kod Promo

Tempahan ini akan disekalikan dengan hadiah percuma ROG Kunai GamePad, Aeroactive Cooler II dan ROG Phone II Aero Case.

Gunakan kod promo berikut - ROG2COIN

Bagi membolehkan anda menikmati cashbash Shopee Coins bernilai RM200.

Semua pra-tempahan untuk smartphone ini perlu membuat bayaran penuh sebelum 20 Oktober 2019. Wang deposit pra-tempahan tidak akan dikembalikan.

Sebagai satu penghargaan bagi mereka yang membuat tempahan awal ASUS ROG Phone II ini serta menjelaskan bayaran penuh sebelum 16 Oktober, mereka akan menerima smartphone ini seawal keesokan harinya - hanya tertakluk pada pembeli di Lembah Klang sahaja.

Walaubagaimanapun, hadiah percuma untuk pembelian ini iaitu ROG Kunai GamePad hanya akan dihantar secara berasingan kepada pembeli selepas 11 November.

Jangan risau, semua smartphone ASUS ROG Phone II yang dijual di ASUS Mobile Official Store di Shopee dijamin 100% adalah set Malaysia yang original, dan jaminan standard pengeluar adalah terpakai untuk peranti tersebut.

Cara Buat Tempahan di Shopee

ASUS ROG Phone II


Bagaimana nak buat pra-tempahan?
  • Pergi ke laman web ASUS Mobile Official Store (pada 14hb - 15hb Oktober)
  • Bayar RM999 untuk lengkapkan pembelian.
  • Terima notifikasi menerusi Shopee yang menyertakan KOD BAUCER KHAS yang bernilai RM999 untuk ditolak harga sebenar peranti.
  • Buat bayaran penuh mulai jam 4 petang 16 Oktober, sebelum 20 Oktober.
  • Penghantaran akan dibuat mulai 17 Oktober.

Jangan lupa, buat pra-tempahan anda di sini - https://invol.co/clidb3

Video Nyahkotak Asus ROG Phone II



Bisnes Kambing

Post a Comment

0 Comments