SKMEI, Jenama Jam Pilihan Saya di Shopee

SKMEI, mungkin ramai tak kenal dengan jenama jam dari Guangzhou China ini. Jenama jam ini dah wujud sejak 2010 lagi. Saya mula tertarik dengan jam ini setelah membeli seutas jam digital (smartwatch) SKMEI beberapa tahun dahulu.

Waktu tu, harga jam smartwatch memang agak mahal, jadi saya cari jam alternatif dari China. Lalu terjumpalah jenama ini, yang akhirnya menambat hati saya untuk memiliki beberapa seleksi jam SKMEI yang lain.

SKMEI, Jenama Jam dari China Yang Berkualiti Dengan Pelbagai Pilihan Menarik

SKMEI, Jenama Jam dari China Yang Berkualiti
Saya beli jam jenama ini di Shopee. Setakat ini, saya sudah memiliki lebih daripada 3 utas jam jenama SKMEI dan terbaru adalah jam digital kompas, dual display yang gunakan material aloy dengan strap stainless steel.

Jam Shopee dikenali sebagai SKMEI 1464. Ia ada pelbagai fungsi yang sangat moden dan terkini bagi saya. Kalau jenama lain, mau harganya cecah ratusan ringgit.

SKMEI, Jenama Jam dari China Yang Berkualiti


SKMEI, Jenama Jam dari China Yang Berkualiti
Saya beli jam SKMEI ini dengan harga di bawah RM60 di Shopee. Barang ni dari China, jadi penghantarannya agak memakan masa, namun memang puas hatilah bila dah terima dengan selamat menerusi Poslaju.

Berbaloi dengan harga yang dibayar. Rekaan pun cantik. Jam dengan tali stainless steel yang saya beli ni memang agak berat, dan sesuai untuk mereka yang kerja pejabat. Ciri paling best ialah ia ada termometer dan kompas, selain boleh simpan data berkaitan kalori.

SKMEI, Jenama Jam dari China Yang Berkualiti


Ada banyak rekaan yang menawan untuk jenama jam SKMEI yang dijual di Shopee, baik untuk lelaki mahupun wanita. Kalau anda jenis tak kesah dengan jenama yang bukan dari nama-nama terkenal .. maka, leh la try usyar jam SKMEI ini.

Laman web rasmi SKMEI pun ada, anda boleh lihat di sini https://skmei.com

Hari tu saya beli semasa SKMEI ada buat promosi, jadi saya dapat beli dengan harga lebih murah selain diberikan kos penghantaran percuma.

Kalau nak cari produk jenama SKMEI ni di Shopee, anda boleh ke link berikut - https://invol.co/clgbzn dan taip pada kekotak "SKMEI".

Pastikan anda beli di Shopee Mall. Ia penting agar anda dapat elak daripada sebarang penipuan.


Post a Comment

1 Comments

  1. jam ni nice..pernah beli gak di shopee..time tu ada sale..mmng berbaloi

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com