Walaupun chalet dan homestay yang ada tidaklah seperti sebuah resort memancing mewah, namun cukup selesa buat mereka yang mahu mencuba rezeki menaikkan spesies siakap yang banyak terdapat di sepanjang Sungai Manjung dan cabangnya.
Lubuk Siakap Merah - Chalet 'Terapung' Kampung Baru Ayer Tawar, Perak
Sebelum ini, saya dah bercerita beberapa kali port memancing Siakap yang best, yang terletak di Kg Baru, Ayer Tawar. Ia merupakan sebuah chalet yang mengunjur ke laut dengan disediakan pelantar khas untuk meletakkan joran.Chalet yang saya maksudkan tu adalah Chalet Amir Kg Baru, Ayer Tawar. Chalet ini memang terkenal di kalangan pemancing tempatan menaikkan ikan Siakap. Malah, pernah ada pemancing menaikkan ikan Siakap Putih dengan berat lebih 5 kilogram di Chalet Amir.
Namun, sejak akhir-akhir ini, agak susah nak menempah chalet memancing ni kerana sentiasa penuh. Saya pun dah lama tidak memancing di lokasi kebiasaan saya menaikkan beberapa ekor Siakap Putih ini.
Sejak saya memuat-naik cerita dan lokasi Chalet Amir ini di blog, saya dan adik-beradik yang lain cukup sukar nak mendapatkan chalet kosong, terutama sekitar awal dan akhir tahun. Cukup payah.
Mengidam rasanya nak memancing di situ dan menaikkan ikan Siakap.
Dapat Tahu Lokasi Memancing Lubuk Siakap Merah dari Pemancing Setempat
Rezeki.Saya dah jumpa satu lubuk baharu yang berdekatan dengan Chalet Amir. Daripada cerita dibawa oleh rakan pemancing setempat, lokasi baharu ini terkenal sebagai lubuk Siakap Merah. Busuk-busuk pun mesti akan bawa sekor dua ikan spesies ini yang menyerupai ikan Jenahak.
Chalet Lama Tetapi 'Dinaik-Taraf' Menjadi Chalet 'Terapung'
Chalet baharu ini sebenarnya dah lama wujud, sama wujudnya dengan Chalet Amir. Cuma dulu, ia tidak ada chalet yang terbina 'atas' muara sungai. Ia cuma ada satu jeti khas untuk ke rumah rakit atau kelong berdekatan.Sekarang, sudah ada beberapa chalet yang tersedia dengan platform luas untuk memancing selain jeti kecil jika pemancing bercadang untuk pergi ke lubuk Siakap dengan bot. Malah, boleh sahaja ke Kelong Tinggal yang ada di hadapan chalet.
Dulu, lokasi yang saya cakapkan ini lebih dikenali sebagai Kelong Ibrahim.... huhu ... tapi sebab kelong tu pun dah macam tak beroperasi, maka pengusahanya tukar lokasi jeti yang ada menjadi sebuah chalet pemancing.
Chalet ini terdiri daripada 3 set chalet dengan setiapnya ada pelantar memancing berasingan. Ia agak luas dan selesa. Setiap chalet ada dapur dan tandas. Ada kerusi serta sofa disediakan untuk keselesaan selain meja makan.
Chalet juga dilengkapi dengan penghawa dingin, katil dengan tilam, bantal serta selimut. Ada TV.
Cuma, sukacita saya nak nyatakan di sini ... keadaan chalet ini bukanlah seperti resort memancing macam yang pernah saya pergi ... macam Rockbund Fishing Chalet atau Hotel Swiss-Garden Damai Laut yang terletak di jauh dari lokasi. Peralatan, kelengkapan dan kemudahan segalanya ala kadar ...
Jadi, tak boleh high-expectation sangat la ye. Fikir sahaja ia macam cara nak berkelah atau bercamping tepi laut yang ada kemudahan ... huhu ...
Tempat ini dah 3 kali saya pergi. Kali terakhir (bila post ini ditulis) adalah pada bulan Ramadan 2019.
Ia sesuai untuk percutian bajet keluarga yang suka memancing dan menikmati keindahan alam semulajadi di tepi laut. Tak ada tempat nak mandi manda tepi laut di lokasi ini, tetapi boleh sahaja berkenderaan ke Pantai Teluk Senangin atau Teluk Batik.
Harga penginapan, bermula dari RM80 hingga RM100 semalam.
Untuk tetapan lokasi sebenar, saya perlu rahsiakan terlebih dahulu. Tapi rasanya, daripada butiran di atas, in Sha Allah anda boleh jumpa lokasi sebenar chalet atas air ini, yang sebenarnya bersebelahan sahaja dengan Chalet Amir yang pernah saya kongsikan sebelum ini.
Saya dulu ke chalet ini atas tempahan rakan isteri saya yang datang dari Klang ... jadi, tiada nombor telefon tempahan yang dapat saya berikan kali ini. Mungkin ... mungkin di post akan datang, saya akan beritahu lebih detail.
[Baca Sini] Chalet Ibrahim Mengadap Laut di Kg Baru
Nak tahu cerita mengenai tempat memancing dan lubuk Siakap di Perak, pastikan anda follow blog ini atau langgan newsletter percuma yang saya sediakan.
Boleh juga follow saya di Instagram ... sebab biasanya saya akan kongsi lebih banyak gambar di situ mengenai tempat-tempat seperti ini. Follow di sini - https://instagram.com/hasrulhassancom
Antara hasil pancingan yang sempat saya ambil gambar ...
WAHHH...SA x minat memancing tapi suka tgok abah SA memancing...well..nampak menarik ni...menarik untuk SA suggest kat Abah..mana tau bleh bercuti sambil memancing kat sini
ReplyDeleteTu la pasal. Saya dah 3 kali kot pergi tempat ni dalam tempoh kurang 2 bulan! Memang best. Masa paling best ialah memancing ketika bulan puasa hari tu .. leh buka puasa ramai2 ... sbb tempat lapang ..macam berkelah je.
DeleteBestnyaaa HH..ni kalau Suami Saya ni suka ni, sambil berehat sambil memancing ....nak survey-survey laaa, kot mana tau nak kesana bawa Suami bikin surprise hehehehe
ReplyDeleteAha ... tempat ni setakat ni masih tak ramai tahu sbb owner dia tak buat marketing apa pun .. yang tahu cuma pelanggan biasa datang je.
Deletewah, menarik.. dekat my hometown dh. tpi blm penah pegi lgi, hehe.. umpan ape ye yg tuan guna kt situ. tkasih
ReplyDeleteGuna umpan udang hidup. Kalau nak cari umpan udang ni .. leh gi Kg Baru tu .. ada kedai umpan
DeleteNi kalau ayah saya tau mau dia suruh booking chalet ni cepat2. Hehe. Tggu update dari tuan HH dulu.
ReplyDeleteSaya dah semakin sukar nak tempah bilik chalet ibrahim ni sejak ianya didedahkan, dulu2 ianya orang yang tahu2 saja yang dtg, itupun dah cukup untuk kapasiti chalet hari minggu..sama kes seperti chalet amir, dulu ada strike juga, lepas dah ramai tahu, owner tambah kawasan chalet, jadi habitat ikan dah kurang pula.
ReplyDeleteHabitat kurang sbb kawasan sekitar kat Segari, Kg Baharu, tu dah dilapangkan untuk kawasan akuakultur tu. Pokok bakau habis dimusnahkan ... ada masuk dalam TV hari tu.
DeleteChalet Amir, reba bawah tempat ikan tu dah takde. Dia dah tarik naik darat utk chalet baru buat tu. Kalau tak ada dua lubuk yang banyak siakap situ ... dulu, saya naiikkan sampai 12 ekor siakap kat sebelah hujung - sebelah astaka seblum adanya dua lagi chalet baru
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.