Namun begitu, ramai usahawan online yang telah terlupa atau mungkin tidak menyedari bahawa ada 10 perkara penting dalam penghasilan sebuah FB Ads yang bagus. Tips yang akan saya kongsikan mengenai FB Ads ini adalah merupakan tips Facebook Ads atau marketing yang telah dicadangkan oleh Mark Zuckerberg. Ia merupakan 10 tips FB Ads untuk menghasilkan jualan menerusi laman sosial yang mempunyai billion pengguna ini.

10 Tips Facebook Ads Mark Zuckerberg
Sebenarnya tips ini ada 'diberikan' oleh Mark Zuckerberg sendiri menerusi Facebook Ads Help Center. Tips tersebut memberitahu mengenai 10 cadangan untuk hasilkan sebuah iklan FB Ads yang terbaik, yang disukai oleh Facebook dan juga pengguna laman sosial tersebut.Mari lihat 10 tips yang dikongsikan.
Penggunaan Elemen Manusia
Iklan yang mahu muncul dengan imej di FB Ads perlu ada elemen manusia. Daripada anda letakkan gambar produk, adalah lebih baik anda paparkan gambar seseorang menggunakan produk tersebut. Atau paling tidakpun tempek gambar seorang jejaka kacak atau gadis cun bersama produk itu. Jika mahu manusia yang melihat iklan tersebut, maka gunakan manusia sebagai umpannya.20 Peratus Teks
Ini berkaitan polisi pengiklanan di dalam FB Ads, pastikan iklan anda patuh polisi ini - iaitu teks iklan tidak boleh lebih daripada 20 peratus pada gambar iklan. Gunakan panduan yang diberikan oleh mereka menerusi pautan berikut - https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay untuk mengetahui samada iklan FB Ads anda tidak langgar polisi ini.Gunakan Ayat Bermakna
Dengan mengikut ketetapan polisi 20 peratus teks pada gambar iklan ini, maka anda seharusnya mengenepikan ayat-ayat iklan yang tidak bermakna. Gunakan panduan tadi supaya anda boleh fokus kepada apa yang anda mahu sampaikan kepada bakal pelanggan anda sahaja.Gunakan Elemen Soalan, Fakta atau Arahan
Pasukan pemasaran Facebook Mark Zuckerberg mencadangkan menggunakan 3 elemen - soalan, fakta atau arahan dalam menyediakan teks pada gambar FB Ads.Pilih Gambar Berkaitan Mesej Iklan
Anda perlu menggunakan gambar atau imej yang mempunyai kaitan dengan apa yang anda mahu iklan di FB Ads. Gambar tersebut mesti menampakkan objektif iklan. Pastikan juga anda menggunakan gambar yang beresolusi tinggi supaya nampak jelas dan cantik. Resolusi tinggi bermaksud gambar atau imej FB Ads anda perlu dalam HD.
Iklan FB Ads Nampak Hidup
Bina personaliti menerusi iklan FB Ads. Iklan tersebut mesti nampak hidup - bab yang susah nak buat tetapi in Sha Allah, dengan latihan, akan nampak mana iklan dan gambar yang boleh berikan kesan tersebut.Mesej Ringkas Tetapi Padat dan Mudah Faham
Cuba bayangkan adakah iklan tersebut akan diingati apabila seseorang hanya buka Facebook untuk seketika? Adakah dia akan ingat ayat atau teks yang ada pada gambar iklan FB Ads? Cuba anda lakukan ujian diri sendiri, buka Facebook, dan kemudian tutup kembali. FB Ads yang bagaimana telah tangkap perhatian anda, dan anda pula faham apa yang cuba disampaikan.Paparkan Manfaat
Tunjukkan manfaat pada iklan FB Ads anda, dan bukan sekadar produk dan servis anda. Tunjuk hasil, kerana orang lebih suka melihat hasil dari melihat produk. Dari hasil, barulah ada rasa ingin tahu mengenai produk dan servis yang dipromosikan.Tidak Lebih 90 Patah Perkataan
Satu kekangan buat pengamal medium pengiklanan dan pemasaran FB Ads tetapi ia merupakan tips penting untuk tambat perhatian pengguna Facebook menerusi smartphone atau tablet.Jangan Gunakan Peluru Tabur
Siapa pengguna Facebook yang anda mahu dapatkan produk dan servis anda? Tetapkan hanya satu sasaran untuk satu jenis iklan FB Ads anda. Jangan gunakan peluru tabur kerana kesannya akan mengakibatkan anda keluarkan lebih kos tanpa ada hasil yang nampak. Sasarkan siapa yang akan melihat iklan FB Ads anda. 1 iklan FB Ads hanya untuk satu sasaran golongan pengguna Facebook sahaja.Saya harap 10 tips Facebook Ads Mark Zuckerberg ini akan bantu ramai usahawan dan peniaga online menghasilkan iklan FB Ads yang mantap dan berkesan. Jangan sia-siakan kos pengiklanan FB Ads yang anda keluarkan. Keluar duit biar dapat duit, ye tak? Jika anda seorang usahawan online tetapi tidak tahu nak hasilkan iklan di Facebook, maka boleh dapatkan FB Cash - Panduan dan Tips Hasilkan FB Ads.
Penulisan entri ini adalah menerusi pembacaan saya yang diperoleh dari sifu copy writing saya - Aqif Azizan yang juga telah berkongsi mengenai Rahsia Penulis.
betul tu..good share
ReplyDeleteMenarik.. Selalu tak baca details pun help centre FB Ads tu.. Cumanya, sekarang ni agak sukar sedikit untuk FB approve iklan berbanding dahulu.. Yela, mereka pun nak jaga kualiti kan..
ReplyDeleteCARA MEMBUSATNYA GIMANA TUH
ReplyDeleteterima kasih arahannya
ReplyDeleteTips dan info yang sgt berguna utk kita semua...perkataan padat dan senang difahami serta menarik hati pengguna FB, InsyaAllah pasti ramai yang mengeliknya...
ReplyDeleteklu dah pakar sendiri yg bagi tips, kena follow la :D
ReplyDeleteTips yang amat berguna... kbnyakan facebook users x suke baca panjang2.. make it short and straight to the point...
ReplyDeleteassalam bro... bagus jugak tips ni.. nnt kalo ade rzki, blh la try..
ReplyDeletetimakasih....
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.