Pelakon Hannah Delisha semakin dikenali. Sejak muncul sebagai duta kepada satu jenama smartphone dan kerap berada dalam iklan TV terutama dalam Shopee, wajah pelakon cantik ini mudah untuk dikenali.

Hannah Delisha. Nama asal gadis cantik ini ialah Hannah Adlina Blackburne Birch. Hannah dilahirkan pada 27 Oktober 1996, berasal dan dilahirkan di Singapura. Beliau berdarah kacukan Inggeris dan Melayu yang mana bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya berbangsa Melayu Singapura.... hmm patutlah gadis ini berwajah cantik Pan-Asia.

Foto Cun Hannah Delisha - Pelakon Wajah Pan-Asia dari Singapura

Gambar Hannah Delisha Pelakon Cantik dari Singapura
Gadis yang semakin dikenali sebagai seorang pelakon di Malaysia ini ialah juga seorang penyanyi dan juga hos. Buat yang tak tahu, Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha.

Mereka menghasilkan single yang berjudul 'Retak' dan selepas itu Hannah menjadi penyanyi yang solo, menghasilkan pula single keduanya yang berjudul 'Anugerah'. 'Anugerah' merupakan lagu ciptaan Akir dan Forezen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2017, Hannah keluarkan single ketiganya, 'Tidak perlu kata apa-apa', dengan bantuan komposer dan penyanyi hebat Faizal Tahir.

Gambar Hannah Delisha Pelakon Cantik dari Singapura
Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol, Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai 'Kakcik Wujud'.

Menyingkap kerjayanya sebagai pelakon, Hannah Delisha pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria Singapura seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit.


Pada tahun 2017, beliau memenangi Anugerah Personaliti Popular Wanita di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14 di mana beliau menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa.

Menariknya ialah, gadis wajah Pan-Asia ini menang kategori tersebut meskipun beliau baru berada di dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu hanya setahun lebih. Kemenangannya dalam kategori tersebut menjadikan Hannah Delisha sebagai antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.

[Dah Tonton?] Kisah Benar Pengasas Tudung Bawal Exclusive

Saya mula sedar kehadiran wajah Pan-Asia Hannah ini menerusi iklan Shopee dan juga iklan Huawei Nova. Kemudian, saya tertarik dengan lakonan beliau dalam 30 Pesanan Suara bersama pelakon yang turut saya minat iaitu Shukri Yahya. Macam serasi je mereka berdua bergandingan sebagai pasangan. Sweet gitu.

8 Gambar Hannah Delisha Bertudung

Dalam 30 Pesanan Suara, Hannah Delisha muncul sebagai seorang wanita yang bertudung. Pada pandangan saya, penampilan Hannah bertudung cukup manis dan cantik. Setuju?

Gambar Hannah Delisha Pelakon Cantik dari Singapura
Gambar Hannah Delisha Pelakon Cantik dari Singapura


Gambar Hannah Delisha Pelakon Cantik dari Singapura
Gambar Hannah Delisha Pelakon Cantik dari Singapura
Gambar Hannah Delisha Pelakon Cantik dari Singapura
Gambar Hannah Delisha Pelakon Cantik dari Singapura
Gambar Hannah Delisha Pelakon Cantik dari Singapura
Gambar Hannah Delisha Pelakon Cantik dari Singapura
Gambar Hannah Delisha Pelakon Cantik dari Singapura

Oh ya, untuk pengetahuan anda, nama Hannah Delisha juga adalah antara nama paling popular dalam carian Google pada tahun 2017. Nama beliau menjadi top 5 carian 'orang' dalam Google bersama Gal Gadot, Izara Aishah, Aiman Tino dan juga Afifah Nasir.

Video Music - "Hana - OST Alamatnya Cinta"


Sumber: Instagram Hannah Delisha

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement