Baru-baru ini heboh diperkatakan mengenai tudung jenama Bawal Exclusive yang dikatakan telah mengeluarkan tudung bawal paling mahal di dunia. Ianya merupakan tudung bawal tempahan eksklusif berharga RM50,000.

Tudung bawal berharga RM50,000 ini telah diperagakan kepada umum menerusi satu majlis sidang akhbar dan berbuka puasa khas dianjurkan oleh Bawal Exclusive di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur.

Kisah Benar Pengasas Bawal Exclusive, Keluarkan Tudung Bawal Termahal Dunia

Kisah pengasas Bawal Exclusive
Menurut pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, tudung paling mahal di dunia itu menjadi milik seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun yang menempahnya melalui butik premium, ByQiss by Bawal Exclusive di Pahang.

Katanya, kejayaan penghasilan tudung tersebut sekali gus memadamkan rekod jualan sehelai tudung mereka sebelum ini bernilai RM33,000 oleh seorang wanita dari Kelantan pada tahun 2018.

Tudung Bawal Termahal Dunia  Berharga Rm50000

Tudung mewah ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain jenis Voile, yang diimport dari Jepun dan bertatahkan lebih 10 warna batu kristal Swarovski. Ianya dibuat sepenuhnya di luar negara iaitu di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti pemiliknya.

[Dah Baca?] Tudung Murah vs Tudung Mahal

Tudung Bawal Termahal Dunia  Berharga Rm50000
Tudung Bawal Termahal Dunia  Berharga Rm50000
Mengimbau perjalanan perniagaannya, Haliza berkata, tiada siapa yang menjangka perniagaan yang beliau mulakan bersama suami, Mohd Rosli Awang pada tahun 1998 kini mampu menjadi jenama tudung yang semakin terkenal.

Dari Gerai Kecil Kepada Pengeluar Tudung Bawal Termahal Dunia

Memang hebat jenama tudung ini yang bermula dari sebuah gerai kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman. Siapa sangka, dari gerai kecil boleh menjadi satu jenama gah dan dikenali, malah ia telah menghasilkan trademark tersendiri dalam dunia fesyen bertudung di dunia.

Apatah lagi, bila sebut tudung bawal paling mahal .. akan terpancul nama jenama ini di bibir para peminat dan juga para pengkritik.

Tudung Bawal Termahal Dunia  Berharga Rm50000


Saya boleh katakan, pasangan Haliza dan Mohd Rosli boleh menjadi inspirasi orang berniaga yang mahu tampil unik dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Bawal Exclusive kini bukan sahaja memiliki bangunan sendiri, bahkan turut mempunyai 10 butik premium dan 35 ejen jualan di seluruh Malaysia.

Satu pencapaian yang memang boleh dibanggakan untuk jenama menjual tudung ini.

[Dah Baca?] Tutorial Bergambar 13 Cara Memakai Tudung atau Shawl

Sebenarnya, bukan mudah untuk pasangan ini menjadikan jenama Bawal Exclusive ini dikenali seperti sekarang. Memang banyak dugaan dan cabaran yang perlu diharungi. Usaha mereka meletakkan jenama Bawal Exclusive ini di mata dunia patut dicontohi dan dibangga.

Apa yang mereka kecapi sekarang adalah hasil kesabaran dalam perniagaan.

Video Kisah Benar Pengasas Bawal Exclusive

Pantang berundur sebelum berjuang. Begitulah kuatnya semangat yang ditunjukkan oleh pengasas Bawal Exclusive, Haliza dan Rosli dalam menempuhi cabaran dalam dunia perniagaan.

Jom tonton video pendek di bawah ini, yang diilhamkan dari kisah benar pengasas Bawal Exclusive ini.




2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Harga dia mengalahkan emas. Kalau curi jual balik leh dapat rm45k tak. Hahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement