Hari tu saya ada kongsikan yang saya ada beli smartphone baharu kat Shopee, iaitu Realme 2 Pro. Smartphone ni adalah antara smartphone yang saya beli secara online di Shopee. Sebelum ni, saya gunakan smartphone Oppo, tapi saya beli terus di kedai rasmi Oppo yang ada kat Mydin Mall, Parit Buntar.

Apabila dah ada smartphone yang baharu ni, smartphone Oppo R9s yang saya pakai sebelum ni, saya serahkan pada isteri, memandangkan isteri saya tak nak beli smartphone baharu walaupun skrin dah banyak retak sana sini.

Cari Casing Best untuk Realme 2 Pro

Casing Realme 2 Pro Beli Online
Bila dah ada smartphone Realme 2 Pro ni, uhhh apa lagi .. saya jadi gila nak mencari casing. Macam tak berapa ummphhh lak hanya gunakan casing plastik lutsinar yang diberikan percuma tu. Nak cari casing yang boleh berikan lebih protection untuk Realme 2 Pro saya tu.

Teruja. Biasalah..hhahaha...

Saya pun terus ke laman web Lazada dan juga Shopee nak mencari casing yang best untuk Realme 2 Pro.

Masalah.


Sebabnya ialah, jenama Realme ni bukan satu jenama yang popular. Yelah, jenama baharu je berada dalam pasaran Malaysia ni. Jadi, awal-awal saya nak mencari casing ni memang susah. Apatah lagi dari seller Malaysia. Macam hampir mustahil lak.

Lalu, saya pun cari kat kedai biasa. Saya nak pastikan model apa yang punyai kesamaan dari segi bentuk, letakan kamera .. agar mudah nak cari casing yang berpadanan.

Alhamdulillah. Rupanya Realme 2 Pro ni tak ubah macam Oppo F9. Semuanya sama, kecuali harga dan beberapa spesifikasi teknikal macam pengecasan pantas. Realme 2 Pro tak ada pengecasan pantas macam Oppo tu. Secara amnya, boleh dikatakan smartphone Realme 2 Pro ni adalah telefon bajet untuk versi Oppo F9.

[Promo] Dapatkan Smartphone OPPO dengan Tawaran Terbaik di Lazada

Casing Realme 2 Pro Beli Online

Jadi, trial n error la. Memang casing untuk Oppo F9 boleh masuk untuk Realme 2 Pro. Suka saya. Sekarang dah jadi satu kerja mudah untuk mencari casing baharu untuk smartphone baharu saya .. yehaaa ... :)

Casing pertama untuk Realme 2 Pro, saya beli kat kedai biasa. Cuma saya tak direct tanya seller yang saya cari casing untuk Realme tu .. sebab sebelum ni bila cakap benda tu .. semua jadi blur tak pernah tahu ada jenama Realme ..huhu.

Jadi, saya cari guna brand Oppo, casing untuk Oppo F9. Dapatlah casing menarik yang ada paparan diamond kat belakang berwarna biru yang sangat cantik. Puas hati.

Erkkk ... puas hati pada waktu tu je. Lama-lama jadi macam boring lak. Saya terfikir nak mencari casing lain kat Lazada dan Shopee. Dah tahu cara la kan .. huhu.

Jumpa!! Senang lak tu. Siap ada banyak pilihan.


Memang best bila dah dapat tahu cara nak dapatkan casing baharu untuk Realme 2 Pro. Selain banyak pilihan, harga juga sangat menarik; jauh lebih murah daripada apa yang ada dijual kat kedai sini. Syokk rasa.

Jadi, saya pun apa lagi .. add to cart la .. haha. Bayar. Gunakan baucer kod untuk dapatkan pos penghantaran percuma. Jimat.

Jenuh juga menanti sebab barang dibeli dari seller luar negara. Dekat dua minggu juga menantikan casing Realme 2 Pro untuk sampai.

Casing Realme 2 Pro Beli Online
Casing Realme 2 Pro Beli Online
Casing Realme 2 Pro Beli Online

Nasib baik barang sampai tu puas hati walaupun perlu tunggu agak lama. Memang terbaik. Saya beli casing yang ada ciri-ciri keselamatan. Tebal dan memang muat-muat penuhi bahagian kerangka Realme 2 Pro.

Kalau anda pengguna Realme 2 Pro ni atau mana-mana model smartphone Realme, boleh je cari casing yang sesuai di laman web Lazada dan juga Shopee. Kalau tak jumpa yang khas untuk Realme, cari casing yang untuk Oppo sebab secara amnya, casing untuk Oppo sesuai untuk Realme ni.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Macam sy pakai vivo. Mcm tak banyak choice juga. Selali kalau adik nak beli casing fon, sy pesan je kat dia. Nak order sekali. Jimat wang penghantaran. Share je. Hehe
    Lagi 1 sy guna neffos. Tak try lagi cari casingnya. Sy guna je casing lutsinar yang diberikan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement