Uniknya Sarang Art Hub - Kafe Hipster Mamat Khalid di Tanjung Malim

Bisnes di Shopee
Sarang Art Hub - Uniknya kafe makanan berkonsepkan hipster milik Mamat Khalid ni. Anda dah pernah sampai ke kafe yang pernah memenangi anugerah Kafe Hypster Terbaik di Perak ini tak? Kalau pernah, saya fikir anda tentu bersetuju yang tempat makan ini memang ada tarikannya tersendiri selain menjadi hub seni untuk anak muda tempatan.

Sarang Art Hub atau Pusat Seni Sarang ini asalnya merupakan rumah rehat lama yang dibina pada tahun 60an lagi. Ia telah diberikan nafas baharu oleh sutradara terkenal Malaysia, saudara Mamat Khalid yang menjadikannya bukan sekadar sebuah pusat seni tetapi sebuah kafe yang unik dan beridentiti.

Keunikan Sarang Art Hub, Kafe Hipster Milik Mamat Khalid

Sarang Art Hub Tanjung Malim
Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk datang ke sini untuk merasai menu makanan yang ada di Sarang Art Hub selain mahu melihat sendiri keunikkannya yang diperkatakan ramai.

Atas cadangan isteri, kami telah singgah di kafe ini untuk makan tengahari. Waktu tu, kami dalam perjalanan pulang ke Parit Buntar setelah beberapa hari menghabiskan cuti di Putrajaya dan juga Melaka sempena cuti persekolahan.

[Dah Baca?] Kedai Makan Berseni di Tanjung Malim

Lokasi Sarang Art Hub Tanjung Malim

Sarang Art Hub Tanjung Malim

Restoran dan pusat seni milik Mamat Khalid ini berada berdekatan dengan Pizza Hut dan KFC Tanjung Malim. Ia telah diubah wajah oleh Mamat Khalid setelah diserahkan oleh Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dijadikan pusat seni pada tahun 2015.

[Dah Baca?] Sedanya Roti Titab Kopitiam Kita di Kota Bharu

Tak susah nak mencari tempat ini memandangkan ramai rakan blogger yang dah pernah buat review, dan berkongsikan alamat tepat lokasi Sarang Art Hub ini. Lagipun, aplikasi Waze dan Google Map kan ke ada .. huhu.

Hmm .. siapa sangka sebuah tempat yang dulunya adalah sebuah rumah rehat lama telah berubah wajah kepada satu lokasi atau tempat menarik di Tanjung Malim .. eh.

Berubah Wajah dari Sebuah Rumah Rehat Menjadi Hub Seni dan Kafe Hipster

Sarang Art Hub Tanjung Malim
Walaupun rumah rehat itu sudah berwajah baru, namun struktur bangunan tetap tidak berubah dan masih mengekalkan ciri binaan Melayu. Ini menjadikan ianya unik dan tak salah kalau saya katakan Sarang Art Hub boleh menjadi satu lagi ikon pelancongan Tanjung Malim selain Muzium Perguruan UPSI dan Pau Yik Mun.

Memang terbaiklah apa yang telah dilakukan oleh Mamat Khalid yang pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik beberapa kali dalam Festival Filem Malaysia (FFM).

Mamat Khalid bersama krewnya telah merubah fungsi bangunan warisan lama Tanjung Malim ini kepada sebuah hub seni kepada golongan muda dan juga sebuah kafe menyajikan pelbagai menu hidangan yang menyelerakan.

Ianya unik kerana ruangan Sarang Art Hub dihias cukup menarik selain mempunyai galeri seni dan bengkel seni, disamping kafe makan gaya hipster.

Sarang Art Hub Tanjung Malim


Memang tidak hairanlah kerana Mamat Khalid memang seorang yang kreatif. Kalau tak, takkan boleh mendapat anugerah beberapa kali untuk filem-filemnya .. huhu. Dia kan seperti abangnya iaitu Datuk Mohammad Nor Khalid, lebih dikenali sebagai Datuk Lat, seorang kartunis yang berjiwa besar yang berjaya mengangkat karya seni lukis kartun Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Kafe berkonsepkan hipster Mamat Khalid ini penuh dengan dekorasi seni termasuklah daripada karya miliknya sendiri. Pandang sahaja kat mana-mana, anda boleh nampak identiti filemnya seperti dari Rock, Zombi Kampung Pisang, Kala Bulan Malam Mengambang, Hantu Kak Limah dan juga dari filem Estet.

Sarang Art Hub Tanjung Malim
Sarang Art Hub Tanjung Malim
Masuk sahaja ke Sarang Art Hub ini, ada satu kawasan untuk anak muda untuk tunjukkan bakat seni dalam seni suara. Kemudian, ada kawasan santai untuk kafe bagi menjamu selera, makin ke dalam .. ada galeri seni yang cukup menarik selain sudut bengkel seni.

Galeri Seni di Sarang Art Hub

Sarang Art Hub Tanjung Malim
Sarang Art Hub Tanjung Malim


Sarang Art Hub Tanjung Malim
Sarang Art Hub Tanjung Malim
Sarang Art Hub Tanjung Malim
Galeri seni dalam Sarang Art Hub menghimpunkan poster-poster filem Melayu yang pernah ditayangkan di pawagam Malaysia. Ianya disusun mengikut tahun. Dalam galeri seni juga ada beberapa peralatan atau prop yang pernah digunakan untuk pembikinan filem-filem arahan Mamat Khalid.

Menu makanan di kafe hipster Sarang Art Hub pun agak menarik. Ia ada pelbagai menu mengikut citarasa pelanggan.

Menu Makanan Sarang Art Hub

Sarang Art Hub Tanjung Malim
Sarang Art Hub Tanjung Malim

  • Nasi Goreng Kampung
  • Nasi Goreng Petai
  • Nasi Goreng Pattaya
  • Nasi Goreng Cina
  • Mee Goreng Pak Jabit
  • Steak
  • Chicken Chop
  • Sarang Chezy Chicken
  • Lamb Goulash
  • Spagetti 
Macam-macam lagi termasuklah snek dan minuman panas.

Semasa saya dan keluarga ke sini, saya memesan Nasi Goreng Kampung. Anak-anak saya memesan Chicken Chop.

Sarang Art Hub Tanjung Malim
Rasa? Hmm bolehlah, tengok selera orang. Bagi saya, Nasi Goreng Kampung yang saya makan .. alhamdulillah sedap. Anak-anak saya pun suka je dengan Chicken Chop. Habis semua dimakan.

[Dah Pernah Baca?] 10 Tips Turunkan Berat Badan 10kg Dalam Masa Sebulan


Harga? Nama pun kafe hipster, jadi harga yang ditawarkan tu bukan harga biasa yang kita makan kat kedai makan lain. Kena ada bajet kalau nak makan di kafe hipster Sarang Art Hub ini. Sesekali mencuba makan di sini, apa salahnya, lagipun suasana makan kat sini agak lain.

Okeh. Nak info lanjut mengenai kafe ni, boleh tengok di FB ni - https://www.facebook.com/sarangarthub/

Sarang Art Hub Tanjung Malim


Post a Comment

8 Comments

  1. Saya yang duduk berdekatan pun belum berkesempatan ke sini.. hehehe.. Tapi memang deko kedai beliau cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. memang biasa. Samalah saya ni, kat tempat sendiri .. orang lain dok cakap2 .. tapi saya tak sampai lagi ..

      Delete
  2. menu sedap2 boleh singgah kalau lalu area sana

    ReplyDelete
  3. Pernah singgah ke sini beberapa bulan yang lepas. Suka dengan deko kedai yang penuh dengan seni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemiliknya anak seni .. sudah pastilah kenampakkannya begitu .. hehe

      Delete
  4. Bila tengok deco nya dah macam nak jadi muzium pun ada. Hehe..
    Tak tahu pulak kartunis LAT tu abg beliau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang ada sudut galeri yang tempatkan benda perfileman Malaysia. Leh kata macam mini muzium.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.