Sedih. Semakin ramai orang yang saya kenal sudah pergi. Allahu Akbar, beruntung mereka meninggal dunia dalam bulan puasa. Sejak dahulu, ramai yang kata .. mereka yang meninggal dalam bulan Ramadan akan dapat tempat dalam syurga Allah S.W.T. Memang ada kelebihan jika meninggal dunia dalam bulan penuh rahmat ini.
Apa Kelebihan Mati Dalam Bulan Ramadan?
Pun begitu, daripada apa yang saya baca, dalil dan nas yang mengatakan mereka yang meninggal dunia dalam bulan Ramadan akan terus masuk syurga tidak pula diketahui. Malah, tiada dalil yang mengatakan akan kelebihan meninggal dunia dalam bulan Ramadan ini.Saya memang sejak dulu sangat percaya akan kelebihan mereka yang meninggal dunia dalam bulan Ramadan ini. Malah, saya ada dengar cerita yang memang ada insan yang berdoa kepada Allah agar mati dalam bulan Ramadan ini.
Benarkah Mati Dalam Bulan Ramadan Terus Masuk Syurga?
Benarkah meninggal dunia dalam bulan Ramadan punyai kelebihan tertentu seperti apa yang ramai orang katakan?Jom lihat penjelasan mengenainya dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah, menerusi Irshad Al-Hadith siri ke 273:
Soalan
Apakah kelebihan malam mati pada bulan Ramadhan. Adakah orang yang mati pada bulan Ramadhan akan dimasukkan ke dalam syurga?Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda S.A.W, sahabat baginda S.A.W serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda S.A.W.Di antara kelebihan bulan Ramadhan sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab hadith yang sahih adalah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi S.A.W:
Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” [H.R Muslim]
Syeikh al-Izz bin Abd al-Salam di dalam kitabnya Maqasid al-Saum menyatakan makna hadith ini adalah dibuka pintu syurga adalah disebabkan banyaknya amalan ketaatan dilakukan pada malam ini.
Adapun ditutup pintu neraka pula adalah disebabkan kurangnya orang-orang yang melakukan maksiat pada bulan tersebut dan dibelenggu syaitan pula adalah bebasnya manusia daripada gangguan syaitan.
Berdasarkan soalan di atas, kami tidak mendapati hadith-hadith yang sahih berkaitan kelebihan mati pada bulan Ramadhan. Adapun berkaitan orang yang mati pada bulan Ramadhan akan dimasukkan ke dalam syurga pula, secara asasnya seseorang itu akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah serta amalan kebaikan yang dilakukan ketika di dunia dahulu.
Ini dijelaskan di dalam al-Quran:
Firman Allah S.W.T, maksudnya: “Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan amal kebaikan yang telah kamu kerjakan.” [al-Nahl:32]
Syeikh al-Sya’rawi ketika menafsirkan ayat ini mengatakan, ayat ini menjelaskan bahawa Allah S.W.T akan memberikan syurga sebagai balasan kepada setiap hamba-Nya yang telah melakukan amal soleh ketika di dunia dahulu serta disebabkan hamba tersebut telah mengikut manhaj atau jalan yang benar. [Lihat: Tafsir al-Sya’rawi, 7897/13]
Untuk itu, masuknya seseorang itu ke dalam syurga dengan amalan yang dilakukan. Bulan Ramadhan merupakan musim beramal. Semoga kematiannya dalam bulan Ramadhan menjadi suatu kelebihan buatnya oleh Allah S.W.T kerana keadaannya yang sedang beramal.
Ia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W, yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpuasa sehari kerana mencari keredhaan Allah, yang ia mengakhiri hidupnya dengan amal tersebut, ia masuk syurga.” [H.R Ahmad]
Ini menunjukkan bahawa orang yang mati pada bulan Ramadhan itu, tetap dimasukkan ke dalam syurga bergantung kepada amalannya.
Tambahan pula, jika seseorang itu ditakdirkan oleh Allah S.W.T bahawa ajalnya pada bulan Ramadhan atau pada waktu-waktu mulia yang lain seperti hari Jumaat, atau pada tempat-tempat mulia yang lain seperti di Tanah Haram, maka ia boleh dikategorikan sebagai salah satu tanda husn al-khatimah (pengakhiran hidup yang baik).
Selain itu, tugas kita sebagai seorang hamba adalah dengan sentiasa memperbanyakkan amalan soleh serta sentiasa beristiqamah mempersiapkan diri untuk bertemu Allah S.W.T pada bila-bila masa sahaja.
Sifat Rahmat dan keampunan Allah S.W.T amat luas dan ia tidak terhad pada tempat atau waktu-waktu tertentu.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kita tidak mempunyai kuasa untuk menentukan tempat atau waktu kematian kerana ia merupakan hak Allah S.W.T. Kita hanya dituntut untuk sentiasa bersedia dengan memperbanyakkan amalan soleh di dunia ini supaya dengan amalan tersebut akan membawa kita ke dalam syurga Allah S.W.T.Semoga Allah S.W.T mengurniakan kita pengakhiran hidup yang baik. Amin.
Sumber: Irsyad al-Hadith 273 Kelebihan Mati Pada Bulan Ramadhan
Thank you sifu HH share kn maklumat sebegini.. Sesungguhnya Allah yang menentukan dimana kita berada ketika itu atas amal kebaikan yng kita lakukan.
ReplyDeleteYa, ramai yang dok kata .. untungnya mati hari jumaat, mati dalam bulan ramadan ... walhal tak ada nas pun kata mengenai kelebihannya
Deleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteassalamualaikum HH..perkongsian yg baik di bulan yg mulia ini...tq
ReplyDeleteYa, kena betulkan sstgh tanggapan
Deletekalau tak baca ni pon saya bersangkakan benda yg sama... terima kasih sebab share
ReplyDeleteTu la. Ramai yang cakap mati sekian2 hari leh dapat manfaat tertentu.
DeleteJadi, akan jadi bahan bila org alim tak mati hari jumaat
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.