Dua syarikat import Kurma ini adalah antara syarikat yang menjual samada secara borong atau runcit pelbagai jenis buah Kurma di Malaysia. Dan kedua-duanya beroperasi di utara Malaysia, lebih tepat lagi di Pulau Pinang. Kilang atau oulet utamanya terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Simpang Ampat yang tak jauh pun dari tempat saya.
Borong Kurma Bertangkai Tunisia - Safia Yusuf Taiyoob
Biasanya setiap kali hampir bulan Ramadan, saya dan isteri akan ke kilang/pejabat import-eksport Kurma dua syarikat ternama ini di Simpang Ampat, Seberang Perai. Di situ, kami boleh beli secara borong buah Kurma pilihan kami dengan harga yang cukup murah.Dan, kami boleh dapat buah Kurma yang masih dikira segar (keluaran 2019). Jika beli kat tempat lain, belum tentu buah Kurma tu dijual 'segar', mungkin ada yang dah dipack lama atau merupakan stok tahun sebelum ini.
Tak nak la berlaku macam satu kes tu... belah-belah buah Kurma .. ada telur lipas dan juga taik lipas dalam pek pembungkusan. Uhh ... dah dikira tercemar tu.
Buah Kurma yang menjadi pilihan kami terkini adalah buah Kurma bertangkai dari Tunisia. Buah Kurma ini biasanya dari jenis Deglet Noor. Buah Kurma Deglet Noor rasanya manis macam madu, isinya tebal dan kenyal. Ia tidak terlalu basah. Ia sememangnya buah Kurma yang terbaik untuk berbuka puasa dan bersahur.
[Dah Baca?] Borong Buah Kurma, Manisan dan Kekacang Timur Tengah dari Saudagar Kurma
Info Fakta Hangat Buah Kurma Deglet Noor dari Tunisia
Sedikit info kenapa buah Kurma bertangkai Tunisia ini pilihan kami sekeluarga ..Buah Kurma Deglet Noor dituai sama ada pada peringkat Rutab - dipasarkan sebagai buah pada dahan; atau pada peringkat Tamar - dipasarkan sebagai buah keseluruhan.
Disebabkan cara ianya dituai dan dipasarkan ini, cara ia dibungkus juga unik dan menerusi standard tertentu. Buah Kurma Deglet Noor yang hendak dipasarkan ketika masih pada dahan memerlukan dahan dengan panjang sekurang-kurangnya 10 cm dan setiap 10 cm dahan terdapat sekurang-kurangnya 5 buah kurma.
Jumlah buah berwarna hijau/belum masak harus kurang daripada 1%.
Terdapat dua pilihan pembungkusan dengan cara ini. Cara pertama adalah dengan membungkus buah Kurma ini bersama dahan dua tandan kecil yang dimasukkan ke dalam kotak kadbod, dengan jumlah berat 10 kg.
Cara kedua adalah buah dibungkus dalam bentuk sejambak dengan 3-5 dahan yang lebih kecil dibungkus di dalam kertas selofan dengan dahan diikat bersama pangkalnya. Setiap sejambak mempunyai berat 200-400g.
Ketika buah dibungkus ia mesti mencapai standard tertentu yang telah ditetapkan oleh penanam dari Tunisia. Proses ini juga perlu disesuaikan dengan negara-negara ianya ditanam.
Buah Kurma Deglet Noor yang dibungkus segar mestilah buah yang sedikit berair atau melekit dan lembut, sebaiknya berwarna merah cerah dan hampir telus. Pada buah Deglet Noor berkualiti baik, garis benih dapat dilihat ketika buah disinari cahaya.
Safia, Buah Kurma Bertangkai Tunisia dari Yusuf Taiyoob
Sebelum ini, kami lebih suka buah Kurma Rotab Bam dari Iran, yang diimport oleh Yusuf Taiyoob. Ia adalah jenis Kurma yang lebih murah berbanding buah Kurma yang lain. Rasanya lebih bersari dan lebih berair, lembut serta rasa manis madu.[Dah Baca?] 8 sebab Kenapa Susu Perisa Kurma Farm Fresh Jadi Pilihan
Borong Harga Murah Kurma Safia Yusof Taiyoob
Tahun ni, kami pilih Kurma Bertangkai Safia dari Yusuf Taiyoob. Isteri saya beli dengan harga borong RM118.00 sekarton (12 kotak), menjadikan harga sekotak Kurma Safia 500gram ini adalah RM9.80 sekotak.
Memang cukup murah jika nak dibandingkan dengan harga pasaran, hatta di laman web shopping online seperti Lazada mahupun Shopee.
Kurma bertangkai nie... Memang fav aku dari dulu lagi...
ReplyDeleteall time favourite yeahhh
ReplyDeletehari ni baru nak pergi beli kurma.tak sempat lagi nak beli barang untuk puasa nanti
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.