Demam Beyblade kembali. Dulu, ia pernah menjadi satu fenomena di kalangan kanak-kanak. Rasanya lebih 5 tahun dulu permainan berbentuk gasing ini sudah menjadi popular. Malah, ketika itu ramai anak-anak sekolah yang bermain permainan ini.

Kali ini, demam Beyblade kembali lagi. Malah, ia beri kesan lebih 'teruk' berbanding dahulu kerana wujudnya gelanggang Beyblade yang ada dijual di kedai-kedai mainan dan juga laman web shopping online.

Kuali Besar Jadi Mangsa Pemain Beyblade

Gelanggang Beyblade Homemade
Anak saya pun 'terjangkit' dengan demam Beyblade musim baharu ni. Sampaikan saya perlu beli set Beyblade yang baharu di laman web Lazada. Walhal ada je set Beyblade lama yang pelbagai kat dalam simpanan kotak mainan anak.


Sayang punya pasal, saya belikan juga. Nasib baiklah harganya tidak terlalu mahal. Kalau tak ... hmm ... aduhai anak.

Tu dah kira ok sebenarnya. Sebab ada kes yang ibubapa siap belikan gelanggang Beyblade untuk pastikan si anak bermain Beyblade secara terkawal. Fuh .. ni mesti peminat tegar permainan Beyblade dari Jepun ni.

Bagus juga sebenarnya bila dah ada gelanggang nak main. Kalau tak, tak pasal-pasal ada barang dalam rumah yang pecah atau lantai yang bertebuk... hehe.

[Dah Baca?] Fenomena Permainan Fidget Spinner

Kuali Besar Sebagai Gelanggang 'Instant' Main Beyblade

Bila dah ada gelanggang sendiri untuk bermain Beyblade ni, setidaknya permainan serupa gasing ini tidaklah dimainkan sewenang-wenangnya merata tempat.

Kalau ada bajet bolehlah beli gelanggang Beyblade tu, tapi kalau nak jimat dan nak pastikan pembelian tak jadi sia-sia, gunakan sahaja kuali yang ada di dapur tu. Lagipun, bukannya 24 jam si anak nak main dalam kuali. Dan tentunya ada kuali yang tak pakai ..huhu.

Gelanggang Beyblade homemade
Kuali Jadi Gelanggang Beyblade


Anak saya bernasib baik, sebab ayah dia ni memang ada kuali besar yang jarang digunakan. Biasanya, saya akan gunakan kuali besar untuk jamu makan-makan bila orang datang bertandang ke rumah. Dah tak berapa nak guna ni, saya benarkan ajer anak saya gunakan untuk jadi gelanggang Beyblade.

[Dah Baca?] Kinetic Magic Sand - Permainan ala Pasir Pantai di Rumah

Anak-anak anda terjebak sama tak dengan demam Beyblade ni? Ada kuali yang jadi mangsa permainan Beyblade? Atau anda beli je set gelanggang permainan ni?

Kalau ada, bolehlah kongsi pendapat dan pengalaman tu di ruangan komen ya.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement