Sumber yang saya maksudkan ialah Saudagar Kurma dan juga Yusof Taiyoob. Dua-dua syarikat ini berada di kawasan perindustrian yang sama. Di situlah kilang, di situlah juga ada galeri jualan.
Lubuk Mendapatkan Harga Borong Buah Kurma, Manisan dan Kekacang Timur Tengah
Untuk tahun ini (2017), saya dan isteri memilih untuk memborong buah kurma, manisan dan kekacang dari Saudagar Kurma. Sebelum ini, kami dah selalu borong dan beli produk timur tengah dari Yusof Taiyoob. Tukar selera kali ini ... walaupun harga borong tidak jauh sangat bezanya.Saudagar Kurma vs Yusof Taiyoob
Jarak antara kedua tempat ini, iaitu Saudagar Kurma dan Yusof Taiyoob tak jauh. Malah, anda boleh buat perbandingan harga jika mahu. Kedua-dua syarikat yang menjadi antara pengimport terbesar produk timur tengah seperti buah kurma, buah tin, pelbagai jenis manisan unik timur tengah, kekacang menyediakan ruang galeri jualan yang agak besar, berhawa dingin dan selesa.Setiap kali hampir menjelang bulan Ramadhan, kedua-dua tempat ini pasti menjadi tumpuan, khususnya dari peniaga-peniaga kurma. Harga borong yang ditawarkan memang murah, dan ia boleh memberikan keuntungan tinggi untuk penjual dan peruncit buah kurma.
Pelbagai Jenis Kurma di Saudagar Kurma
Baru-baru ini, saya dan isteri telah ke Saudagar Kurma. Banyak juga produk-produk menarik dari timur tengah yang dijual. Bukan setakat buah kurma dari pelbagai jenis, tetapi juga manisan-manisan unik yang sebelum ini kami tak pernah tahu; malah ada beraneka kekacang yang dijual dengan harga berpatutan - sesuai dengan asal-usulnya.Di Saudagar Kurma, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis buah kurma seperti kurma Ajwa, kurma Zaidi, kurma Salim, kurma Mohhe Madi, kurma Mesir, kurma Walnut Ahmad, kurma Piarom Badam dan banyak lagi. Anda boleh pilih buah kurma dari jenis lerai (loose) dan ada juga kurma dari jenis bertangkai... in Sha Allah, semua ada.
Niaga Dari Rumah, Jual Buah Kurma Semasa Ramadhan?
Jika anda berniat untuk berniaga produk dari timur tengah, memang saya syorkan anda untuk datang ke sini. Tak rugi pun anda datang, sebab selain dari buah kurma, ada aneka produk lain yang pasti menarik perhatian. Anda tak niaga pun, untuk kegunaan sendiri pun dah cukup berbaloi.Oh ya, bangunan galeri jualan Saudagar Kurma ni ada dua tingkat, jadi memang akan ambil masa lama juga kalau dah masuk ke sini ...
Saya dan isteri memang seronok dapat memborong buah kurma, manisan dan kekacang di Saudagar Kurma. Malah, sempat juga kami diberikan kesempatan merasa sendiri beberapa produk baru yang dijual, antaranya Sultan Cola dan biskut Arabica Choco.
Anda boleh cari lokasi Saudagar Kurma dengan mudah samada menerusi aplikasi Waze mahupun Google Map. Hanya taipkan Saudagar Kurma Sdn. Bhd. dan ia akan tunjukkan arah ke kawasan perindustrian Bukit Minyak, yang terletak di Prai, Pulau Pinang.
Semoga bermanfaat info ini, in Sha Allah.
Yusof Taiyoob tu biasa dengar. Kalau iklannya dah masuk TV tu dah ada tanda-tanda anak bulan Ramadan nak keluar la.
ReplyDeleteTapi Saudagar Kurma melalui blog ni la first time dengar. Mungkin boleh try pergi tengok bila ada kesempatan nanti.
Uhhh dah lama ada dah ... :) leh kenal ngan jejaka arab yang kerja kat situ ...
DeleteSaudagar kurma rasa macam baru dengar sahaja
ReplyDeleteHmm ramai nampaknya yang tak tahu ehh .. tapi orang singapura tahu pulak pasal Saudagar Kurma ni
Deletewah macam-macama ada ye
ReplyDeleteKilang saudagar kurama gn yuta dekt2 ja..mybe sbb blkng sikit pada yuta..tu orng x tau..hebebe..nk tahu hrga ni..nk niaga kurma bln puasa ni..tgh survry list..hrga yh ssuai bole juai...sapa2 ada list hrga..share2 ook...
ReplyDeletenak tanya,saya ada tanam buah kurma,syarikat boss ada beli tak?sekilo brp?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.