Sudah-sudahlah kena tipu, dan sudah-sudahlah menipu orang semata mahu nampak gah dengan sijil Master dan PHD. Kalau yakin dengan pengalaman dan kebolehan yang ada, tak perlu pun ada sijil-sijil macam ni. Yang penting, kena berlaku jujur dan telus.
Kaki Penipu Guna Sijil Master dan PHD Palsu Perdaya Orang Ramai?
Zaman sekarang memang ramai kaki penipu. Berkali-kali ganda lebih banyak dari zaman saya menyertai skim itu skim ini di tahun 90an.Pengalamam kena tipu, rugi banyak duit dan masa telah menyebabkan saya berasa sedikit skeptikal apabila ada orang yang berniaga ni menjadikan sijil-sijil akademik palsu sebagai umpan meraih sokongan dan kepercayaan.
Saya serik dan pastinya tidak mahu perkara seperti itu berulangan.
Dulu senang nak mudah nak elak. Hanya perlu keluar dari 'circle' orang-orang yang kaki kelentong ni. Pastu, dapatkan ilmu betul dari pembacaan dan guru, in Sha Allah ..mudah nak dijauhkan dari kena tipu.
Susah Nak Elak Si Penipu Aktif di Media Sosial
Tapi di zaman teknologi sekarang agak susah sedikit. Ia seolah sentiasa menjadi bayang dan acapkali muncul di depan mata, hanya kerana ada pengalaman terlibat dalam skim-skim dan bisnes yang menipu ni.
Lagi-lagi kalau aktif kat media sosial, dan ada 'kawan-kawan' yang memang suka dengan benda-benda mudah kena tipu.
Pernah dengar pasal retargeting tak?
Media sosial medium yang mudah menyebarkan sesuatu yang tidak pasti dan tanpa rujukan. Dengan menggunakan beberapa teknik pemasaran seperti Facebook Ads, pelaku yang boleh dianggap melakukan jenayah siber ini mudah menyebarkan sesuatu seperti sijil Master dan PHD palsu untuk menipu orang ramai.
Gunakan sijil akademik palsu supaya orang jadi percaya dan yakin. Ini salah!
Susah nak lari bila setiap kali masuk Facebook atau Instagram .. muncul iklan Facebook yang ajak join seminar dan kelas, bermodalkan sijil-sijil palsu Master dan PHD. Hari-hari kena 'pujuk' .... tak mustahil rasa rela keluarkan duit untuk terima nasihat bernilai ribuan ringgit.
Nak-nak bila ada sokongan dari pentaksub. Uhh memang susah nak lepas. Ada je yang backup kata bagus dan baik. Cubalah. Yakin dengan sijil dan macam-macam lagi. Tak mantap benteng diri, silap-silap boleh jadi mangsa sekali lagi!
Kena Berilmu Betul Elak Diri Dari Kena Tipu
Lagi satu, ramai antara kita yang gemar mengambil sesuatu benda tu secara melulu. Tak pernah nak semak periksa, tak pernah nak selidik... main angguk dan mengiyakan sahaja. Bila dah rasa rugi dan merana, baru tersedar.
Sedar dan tak terlibat lagi - okaylah. Tapi ada je yang bagai kena pukau.
Macam ni je la ..
Kalau anda terjumpa orang yang berniaga, tak kiralah jual beli apa pun, apabila si penjual tu jaja sijil Master dan PHD (obviously), usah sesekali nak percaya. Terus je lari meninggalkannya. Orang macam ni pandai bermain kata-kata dan putar-belit.
Kalau nak cari idola atau mentor terutama dalam bidang bisnes ni, cari mereka yang dah tunjukkan hasil yang hebat. Real bukan fake. Biar hasil yang nampak tu jadikan bukti kejayaan.
Cicak dan Gajah
Cari mereka yang praktikal bukan semata teori. Teori ni, cicak lidah bercabang pun boleh bagi puluhan teori tanpa hasil yang nampak.Zaman sekarang, gajah pun dah boleh terbang tau!
hmmm bayangkan those who really did their best to get those certifcates while there are those who easily gets it without their own effort. damn
ReplyDeletethanks for this exposure...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.