Anda rakyat Perak? Anda tahu mengenai asal-usul Layang-Layang Seri Bulan atau Wau Seri Bulan yang merupakan layang-layang tradisi negeri Perak Darul Ridzuan? Jika tidak, elok anda ketahui serba-sedikit mengenai fakta menarik berkaitan wau tradisi masyarakat Melayu Perak ini.

Sejarah bermulanya permainan layang-layang atau wau di Malaysia tidaklah dapat dipastikan. Namun, setiap negeri di Malaysia mempunyai wau tradisinya tersendiri. Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau Budi adalah wau warisan kebangsaan, manakala Wau Seri Bulan adalah nama khas untuk wau tradisi masyarakat Melayu di Perak.

Wau Seri Bulan, Wau Tradisi Melayu Perak

Asal-Usul Wau Seri Bulan
Di Perak, wau dikenali sebagai layang-layang. Perkataan layang-layang digunakan di kebanyakan negeri-negeri di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Perak, Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad (Selangor) pernah bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja ketika itu.

[Dah Baca?] Kesempatan Bertemu Raja Muda Perak - Raja Dihilir

Manakala perkataan wau untuk layang-layang banyak diguna-pakai bagi negeri-negeri sebelah utara bersempadanan dengan Thailand. Perkataan “wau” dipercayai berasal daripada perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.


Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.

Asal-Usul Wau Seri Bulan

Asal-Usul Wau Seri Bulan
Layang-Layang Seri Bulan, iaitu wau warisan dan tradisi rasmi negeri Perak telah lama dimainkan oleh masyarakat Perak, terutamanya kerabat DiRaja. Ia seakan-akan Wau Bulan yang popular di negeri Kelantan. Nama layang-layang unik ini dipercayai mula disebut ketika zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah.

Alkisahnya, almarhum Sultan Iskandar Shah ketika itu dalam perjalanan pulang menyelusuri Sungai Perak dan ternampaklah rakyat jelata meraikan berakhirnya musim padi dengan menaikkan layang-layang. Keadaan yang sangat meriah itu telah menarik perhatian baginda sultan.

Baginda pun menitahkan untuk mendarat di tebing Sungai Perak, dan bersama dengan rakyat bermain layang-layang.


Seronok bermain layang-layang, baginda pun bertanyakan mengenai nama layang-layang tersebut, dan salah seorang pemain menyebutnya sebagai Layang-Layang Bulan kerana bentuknya seperti bulan.

Baginda pun memberikan nama baharu dengan menambahkan 'Seri' lalu layang-layang tersebut dikenali sebagai Layang-Layang Seri Bulan, sesuai dengan nama lagu kebesaran negeri Perak iaitu Terang Bulan.

Permainan layang-layang di negeri Perak biasanya berlaku selepas selesai musim menuai padi. Ia biasanya dimainkan di tepian sawah dan juga sungai yang menjadi punca air untuk sawah dan bendang.

Setiap negeri di Malaysia mempunyai wau atau layang-layang warisannya sendiri. Jika anda nak mengetahui dengan lebih lanjut, boleh melawat Muzium Wau yang terletak di Tumpat, Kelantan. Ia sebuah muzium kecil yang terletak di hilir sungai di Pantai Sri Tujoh yang popular sebagai lokasi antarabangsa untuk Festival Wau dan Layang-Layang.

Muzium tersebut ada butiran mengenai asal-usul wau dan layang-layang warisan Melayu di Malaysia. Malah, anda boleh mengetahui dengan lebih dekat mengenai bentuk, saiz dan corak setiap wau dan layang-layang ini.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement