Kesempatan Bertemu Raja Muda Perak - Raja Muda Ja'afar

Kenali Raja Muda Ja’afar ibni Almarhum Raja Muda Musa

Negeri Perak Darul Ridzuan sememangnya terkenal kerana mempunyai satu sistem yang digelar Raja-Raja Bergelar dan ianya merupakan sistem di raja paling unik yang diamalkan di Malaysia dan hanya di negeri Perak Darul Ridzuan. Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah pada Mei 2014, Raja Muda Perak ketika itu, Raja Dr Nazrin Shah telah menaiki takhta dan menjadi Paduka Seri Sultan Perak ke 35 dengan bergelar Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al Maghfurlah.

Berikutan perlantikan Sultan Nazrin itu, maka jawatan Raja Bergelar di negeri Perak telah dirombak. Ini termasuklah jawatan Raja Muda Perak, yang sebelum ini dipegang oleh Sultan Nazrin. Jawatan Raja Muda Perak yang dikosongkan itu telah diisi oleh Raja Muda Ja’afar ibni Almarhum Raja Muda Musa.

Kenali Raja Muda Ja’afar ibni Almarhum Raja Muda Musa

Raja Muda Ja'afar
Siapakah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Ja’afar ibni Almarhum Raja Muda Musa ini? Mungkin ramai rakyat Perak yang mahu tahu akan asal-usul Raja Muda Perak ini yang pada hemat ramai rakyat jelata sebagai seorang yang sangat peramah dan mesra kepada rakyat.
Raja Muda Ja'afar
Raja Muda Ja'afar - Raja Miuda Perak
Baru-baru ini, saya telah berkesempatan untuk berjumpa dan bertemu dengan baginda Raja Muda Perak dalam satu majlis walimatul-urus yang diadakan di Parit Buntar, Perak. Baginda memang nampak sangat mesra dengan rakyat, malah menurut isteri saya ... baginda Raja Muda Perak seorang yang tidak berapa suka akan protokol. Baginda lebih senang diberikan kebebasan untuk bertemu dan bermesra dengan orang sekeliling.
[post_ads]
Adik saya pernah menjadi antara jurupandu (escort) untuk baginda Raja Muda Perak. Kata adik saya, baginda Raja Muda Perak sangat suka bersembang dengan orang bawahan, malah pernah 'lepak' semeja menjamu teh tarik di bawah pokok bersama anggota jurupandu baginda yang terdiri daripada polis trafik Kuala Lumpur.

Biografi Ringkas Raja Muda Ja’afar

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Ja’afar ibni Almarhum Raja Muda Musa diputerakan pada 26 September 1941 di Hospital Taiping, Perak. Baginda merupakan putera kepada Raja Muda Perak di ketika itu iaitu Raja Dato’ Musa ibni Almarhum Sultan Abdulaziz dan Cik Puan Mariam binti Encik Abdullah.

Raja Ja'afar juga merupakan cucunda kepada Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke 31.

Baginda memperoleh pendidikan awal di Anderson School, Ipoh dan kemudian di Anglo-Chinese School (ACS), Teluk Anson (sekarang dikenali Teluk Intan) sebelum menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang pentadbiran awam di Universiti Malaya. Baginda kemudiannya menyambung pengajian dalam peringkat seterusnya sehingga memperoleh ijazah sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Cornell University, Amerika Syarikat pada tahun 1975.

Hebat bukan? Nyata sekali baginda Raja Muda Perak mempunyai latar pendidikan yang baik.

Sejarah Perjawatan Dalam Kerajaan

Setelah tamat pengajian, baginda menyertai perkhidmatan awam Malaysia. Baginda menyertai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 1966 dan kemudian berkhidmat di Pejabat Tanah Daerah dari tahun 1966 sehingga tahun 1971. Manakala, dari tahun 1976 sehingga 1979, baginda merupakan perunding pengurusan di Pejabat Perdana Menteri.

Khidmat baginda dalam perkhidmatan awam tidak terhenti begitu sahaja. Dari tahun 1979 sehingga 1984 baginda memberi khidmat pula di Kementerian Pendidikan di Bahagian Pengajian Tinggi. Setelah itu, baginda menjawat jawatan sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pelaburan Asing di Unit Perancangan Ekonomi.

Selain itu, baginda Raja Muda Ja’afar juga turut pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung Pembangunan dan Kewangan di Kementerian Pertahanan sebelum akhirnya bersara dari perkhidmatan kerajaan pada tahun 1996.

Perkahwinan dan Anak

Raja Muda Ja'afar diberikan gelaran Raja Kechil Tengah pada 3 Februari 1984 oleh Almarhum Sultan Azlan Shah. Kemudiannya dinaikkan jawatan menjadi Raja Kechil Sulong pada tahun 1998 dan Raja DiHilir pada 10 Mac 1998. Baginda menjadi Raja DiHilir selama 16 tahun sebelum dinaikkan ke Raja Muda Perak apabila Sultan Nazrin menaiki takhta kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.
[post_ads_2]
Baginda memperisterikan Duli Yang Teramat Mulia Raja Nor Mahani binti Almarhum Raja Shahar Shah (18 Oktober 1942 - 3 Oktober 2017) selaku Raja Puan Besar Perak dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera dan seorang puteri. Putera dan puteri Raja Muda Perak ialah YM Raja Shah Azman dan YM Raja Nor Azwina.

Kemudian, untuk kali keduanya baginda mendirikan rumah tangga dengan Cik Puan Hasliza Ishak namun Cik Puan Hasliza telah meninggal dunia.

Raja Muda Ja’afar sering berangkat ke majlis-majlis bersama dengan rakyat. Itu sebabnya baginda mudah diketemui rakyat, seperti majlis kenduri kahwin dan beberapa event lain. Tanpa protokol berat, baginda tak lokek untuk bersembang, bertanya khabar dan bercerita hal-hal rakyat biasa.

Baginda merupakan seorang yang sangat gemarkan sejarah negeri Perak dan baginda sukakan sukan seperti golf, muzik, dan kapal terbang kawalan. Baginda merupakan Komander Kehormat Tentera Laut DiRaja Malaysia dan merupakan Presiden Pemilik Kereta Sport Mini serta Penaung DiRaja Kelab Golf Perak.

[Dah Baca?] Waris Sebenar Kesultanan Melayu Negeri Perak

Gelaran Diraja

Gelaran penuh baginda ialah Duli yang Teramat Mulia Raja Ja’afar ibni Almarhum Raja Muda Musa, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, D.K, S.P.C.M, J.S.M.

Gelaran lain sebelum ini:
  • 26 September 1941 - 3 Februari 1984 : Yang Mulia Raja Ja'afar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
  • 3 Februari 1984 - 19 April 1988 : Yang Teramat Mulia Raja Kechil Tengah Perak Darul Ridzuan Dato' Seri Ja'afar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
  • 19 April 1988 - 10 Mac 1998 : Yang Teramat Mulia Raja Kechil Sulung Perak Darul Ridzuan Raja Ja'afar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
  • 10 Mac 1998 - 20 Jun 2014 : Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Ja'afar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
  • 20 Jun 2014 - Kini : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Ja'afar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
Daulat Tuanku.

Moga dengan sedikit perkongsian ini, dapatlah warga negeri Perak mengenali siapa di Raja Muda Perak, Raja Ja'afar.

Sumber: Wikipidea, OrangPerak.com

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Sistem Saham
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,126,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,10,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,150,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,366,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,818,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,334,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,34,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,59,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,609,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,566,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,8,Inspiration,5,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,41,Kekeluargaan,125,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,91,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,358,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,404,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,24,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,77,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,54,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,523,Semesti,2,SENI,3,Shopping,129,Shopping Online,4,Sihat Cantik,9,SIHAT SOKMO,18,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,194,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,109,Tips Blogging,322,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,54,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,46,widget blog,35,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,114,Work From Home,13,
ltr
item
BLOG HASRULHASSAN.COM™: Kesempatan Bertemu Raja Muda Perak - Raja Muda Ja'afar
Kesempatan Bertemu Raja Muda Perak - Raja Muda Ja'afar
Kenali Raja Muda Ja’afar ibni Almarhum Raja Muda Musa
https://3.bp.blogspot.com/-70nfZwtszaI/WoQni1LzkSI/AAAAAAAAr_0/26y6yJiv67QkKlavqmGpdp7F8SavRx_cgCLcBGAs/s1600/raja-muda-perak-raja-jaafar-.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-70nfZwtszaI/WoQni1LzkSI/AAAAAAAAr_0/26y6yJiv67QkKlavqmGpdp7F8SavRx_cgCLcBGAs/s72-c/raja-muda-perak-raja-jaafar-.jpg
BLOG HASRULHASSAN.COM™
https://www.hasrulhassan.com/2018/02/kesempatan-bertemu-raja-muda-perak-raja.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2018/02/kesempatan-bertemu-raja-muda-perak-raja.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy