Isteri Borong Novel Pilihan Best-Seller Secara Online

Klik sini untuk TIPS TEMUDUGA
Siapa sini suka dan gemar membaca novel? Jika nak mencari novel-novel kegemaran anda, samada yang baharu atau novel preloved, sekarang dah mudah kerana anda boleh mendapatkannya secara online! Harganya pula memang berpatutan apatah lagi ada novel terbaharu yang dijual dengan harga pengenalan menarik selain diberikan kupon diskaun untuk lebih penjimatan.

Isteri saya antara penggemar novel-novel Melayu. Ada banyak koleksi novel yang telah berada dalam pemilikan. Sebut sahaja novel-novel popular yang ada di Malaysia, in Sha Allah, kebanyakkannya isteri saya dah ada dalam simpanan, atau setidak-tidaknya pernah membacanya.

Isteri Borong Novel Secara Online - Termasuk Novel Best-Seller

Borong Novel Pilihan Secara Online
Sebelum ini, isteri saya banyak dapatkan novel-novel terbaharu daripada pembelian di laman web penerbit novel-novel tersebut. Tetapi sekarang, sudah ada lebih banyak pilihan untuk mendapatkan novel-novel ini.

Borong Novel Pilihan di Shopee dan Lazada

Selain mendapatkannya menerusi rakan-rakan di Facebook, isteri saya sering mendapatkan novel pilihan hatinya di Shopee dan juga Lazada.

Borong Novel Pilihan Secara Online

Beli Borong Novel Menerusi Kod Promo dan Baucer Diskaun

Waktu terbaik untuk mendapatkan novel samada terbitan terbaharu atau jenis preloved ini adalah waktu di mana laman web shopping online popular ada menawarkan tawaran menarik seperti Shopee Promo Code dan juga Lazada Voucher

Jika anda seorang peminat novel, mesti tak mahu lepaskan peluang untuk dapatkan novel popular pilihan hati dengan harga lebih menarik, beserta potongan dan diskaun untuk lebih penjimatan. Memang cukup berbaloi, lebih-lebih lagi untuk tajuk-tajuk novel yang agak sukar nak diperolehi di kedai-kedai buku.

Baru-baru ini, isteri saya telah borong sakan novel-novel tulisan Ramlee Awang Murshid di laman web Shopee. Memang ada banyak pilihan untuk dipilih, malah setiap buku novel yang dibelinya ada diskaun tersendiri. Hanya perlu gunakan promo kod Shopee disediakan, dan walla ... isteri saya boleh jimat banyak terutama dari segi kos penghantaran.

Memang sakan weih.

Sejak menonton filem Tombiruo (salah satu filem adaptasi dari novel) di pawagam, kegilaan isteri saya terhadap novel-novel fiksyen karya Ramlee Awang Murshid makin ketara.

Seronok Dapat Beli Novel Harga Lebih Murah

Setiap bulan, ada sahaja novel baharu jadi milikan. Setiap bulan ada je Poslaju atau GDex hantar bungkusan berupa novel ke depan rumah.

Kalau ikutkan, rumah saya ni dah boleh buat mini perpustakaan untuk koleksi novel-novel popular di Malaysia... haha... sampaikan rak nak susun dan simpan novel yang dimiliki isteri saya pun dah penuh dan 'sesak'.

Koleksi novel preloved beli online harga murah
Koleksi novel beli murah online


Isteri saya memang pembaca novel yang tegar. Kalau dah mula membaca, memang susah nak tarik perhatian untuk buat tugasan lain. Concentrate betul! Itu sebab isteri saya mampu habiskan novel yang tebal-tebal dalam tempoh yang singkat.

Jadi, saya memang tak terkejutlah apabila isteri saya borong sampai 3-5 buah novel sekaligus secara online menerusi Shopee dan juga Lazada.

Beza dengan saya yang agak kurang minat membaca novel. Sebuah novel yang tebalnya cuma 100 muka surat belum tentu boleh habis dalam masa 6 bulan ... haha .. tapi kalau isteri saya, uhh ... novel setebal 300 muka surat boleh habis dalam masa sehari je .. lebih-lebih lagi time cuti.

Yang kelakarnya, novel yang saya beli untuk bacaan saya sendiri pun dia dah boleh habiskan .. walhal saya baru nak mula di bab pertama. Siap boleh berikan sinopsis cerita kat saya untuk paksa saya menghabiskan bacaan .. haha.

Jarang Putus Bekalan Novel

Apabila novel dah semakin mudah nak dibeli dan diborong secara online, isteri saya memang tak putus-putus la mempunyai koleksi novel setiap bulan. Habis satu .. dah standby satu novel baharu, samada daripada penulis yang sama atau dari penulis novel yang lain.

Sekarang, isteri saya makin seronok sebab nak beli novel tak sesusah dahulu. Apatah lagi nak mencari dan mendapatkan novel-novel terlaris dan popular yang biasanya sold-out di kedai-kedai buku.

Dengan adanya beberapa laman web shopping online seperti Shopee dan Lazada, isteri saya dah boleh borong dengan harga cukup berpatutan untuk mendapatkan novel pilihan hati. Paling best apabila novel best-seller boleh dibeli dengan menggunakan promo code dan juga baucer diskaun yang disediakan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Wowww banyaknya. Nak beli juga la

    ReplyDelete
  2. uishh lama dah tinggal baca novel ni .... tapi menarik juga buku yg wife beli tu... mmg feveret membaca tetapi sejak sibuk ni mmg jarang pegang buku...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.