Teknik Menjual di FB Menerusi Ayat Cerita

Teknik Menjual di FB Menerusi Ayat Cerita

Ramai yang masih lagi menjual di Facebook walaupun sekarang dah ada banyak platform percuma untuk berniaga secara online. Ini menunjukkan masih ada peniaga online terutama newbie yang masih percayakan platform FB untuk buat bisnes di internet.

Mereka ini berniaga dan menjual pelbagai barangan, terutama yang berkaitan dengan keperluan seharian seperti pakaian, barangan dapur, makanan dan sebagainya. Ada juga yang ambil peluang untuk berniaga produk-produk hot dan viral.

Rahsia Viral Facebook - Gunakan Ayat Cerita 'Story-Selling' Untuk Promosi Produk/Servis di Facebook

Teknik Menjual di FB Menerusi Ayat Cerita
Apapun yang dijual, mesti nak kena ada strategi pemasaran dan promosi. Kebanyakan peniaga online terutama di Facebook gagal dalam bab teknik pemasaran dan strategi promosi ni. Itu sebab ada yang mengeluh melihat stok produk yang banyak tak terjual.

Takkan nak biarkan stok yang dah ada tu terbiar bersawang je kan? Mesti buat sesuatu untuk pastikan stok itu tidak lagi berada di tangan.

Sejak ramai yang dah tahu cara nak borong produk dari China ni, saingan untuk menjual di Facebook dah makin tinggi. Walaupun di Facebook ada tempat dinamakan Marketplace, namun bukan semua orang akan singgah di situ hari-hari. Yang selalu masuk situ pun adalah penjual...huhu.

Jadi, apa teknik terbaik untuk menjual di Facebook ini?

[Dah Baca?] Cara Buat Iklan Terbaik di Facebook

Ok.

Teknik Menjual di Facebook Mesti Ada Faktor Ini

Facebook adalah berkaitan interaksi antara pengguna atau friends atau followers. Jadi, sebagai seorang penjual yang menjual di Facebook, anda harus tumpukan mengenai faktor ini.
  • Cara mendapatkan LIKE yang genuine dan betul
  • Cara mendapatkan interaksi menerusi komen
  • Cara viralkan post promosi produk anda

Jika anda ada masalah nak dapatkan likers, nak dapatkan komen, dan tak pernah merasa post jadi viral, mungkin teknik bercerita di Facebook boleh membantu.

Anda lihat dan teliti sendiri post-post yang viral di Facebook tu. Dari situ anda akan perasan yang kebanyakan post viral adalah berkaitan cerita yang ada sedikit sebanyak terkait dengan isu semasa dan sensasi.

Aha .. gunakan teknik bercerita anda untuk dapatkan perhatian orang. Dan pada masa yang sama, manipulasikan cerita itu untuk memperkenalkan produk anda. Perkenalkan secara minima yang mungkin. Dapatkan likers, dapatkan komen, dapatkan followers.

[Dah Baca?] Ada Kedai Shopee? Ketahui 5 Teknik Lariskan Jualan di Shopee

Di Facebook, kalau nak produk laku keras .. mesti nak ada followers yang ramai. Post pula mesti ramai yang like dan share. Itu faktor penting kalau nak jual sesuatu di Fb tu.

Ayat cerita anda mesti ada emosi. Emosi marah, emosi kelakar, emosi malu .... sebab FB ni adalah interaksi. Nak dapatkan interaksi, kena karang ayat cerita yang ada emosi ni.

Algorithma dalam Facebook akan lihat semua faktor ini. Dari situ, anda boleh dari semasa ke semasa - jangan terlalu kerap, perkenalkan kelebihan produk yang anda ada. Buat cerita .. bukan jual secara terus.

Ayat Cerita di Facebook Mampu Viralkan Produk/Bisnes

Cuba lihat contoh-contoh di bawah ini (klik imej untuk lebih jelas):
Contoh Teknik Menjual di FB Menerusi Ayat Cerita
Contoh Teknik Menjual di FB Menerusi Ayat Cerita
Dah baca? Ini sebahagian daripada teknik yang dinamakan Story-Selling.

Orang suka baca cerita dan bukan semata-mata ayat direct menjual. Bila dah ada yang baca, andai ianya satu cerita yang lucu, seram, marah atau yang ada kaitan dengan emosi, ia akan jentik naluri si pembaca untuk like dan share, lebih-lebih lagi kalau cerita tu terkena batang hidung sendiri... tanpa sedar ada 'ayat menjual' di dalam kisah cerita tersebut.

Tak Ada Kepakaran? Ada Template Untuk Anda!

Tak ramai yang ada kepakaran dan kebolehan untuk menulis ayat-ayat cerita di Facebook ini bagi tujuan mempromosi dan menjual produk/bisnes.

Nak upah seorang yang pakar dalam teknik pemasaran ni memang cukup mahal.

Contohnya macam post-post di atas tu, harga upah untuk seseorang pakar marketing menulis ayat cerita di Facebook boleh dikenakan caj sehingga RM350 satu post! Ianya satu caj yang agak tinggi terutama untuk peniaga newbie yang baru nak menjual di FB.

Tetapi sekarang dah ada cara mudah untuk menulis atau cerita atau Story-Selling ni.

Tak perlu upah orang lain. Anda gunakan sahaja template yang telah disediakan dalam format words dan ubah sedikit ayat yang disediakan sesuai dengan barang, produk atau servis yang anda jual di Facebook.

Semua dah ada, gunakan sahaja semahu anda.

Ada 176 Template Untuk Digunakan

Mungkin anda fikir tidak berbaloi, tetapi tak salah untuk anda lihat beberapa contoh yang telah diberikan di sini - 176 Template Ayat Copywriting - Story-Selling

Dah tengok contoh yang ada? Sekarang cuba anda buat dan reka sendiri ayat-ayat cerita anda. Cuba post di FB tu, ada respon? Ada hasil?

Kalau tak, maka gunakan sahaja template yang ada. Jimat masa, jimat stress otak anda untuk fikir. Dan paling best, bila dah menjadi nanti, anda boleh offer servis yang serupa kepada peniaga yang lain - iaitu menulis ayat jualan.

Gunakan template ini untuk mempromosikan produk dan servis anda di media sosial yang lain. Template copywriting ini bukan sekadar sesuai digunakan di Facebook, tetapi boleh juga dipost di instagram dan juga twitter.

Nah .. saya bagi satu contoh ayat cerita yang simple.

Contoh Ayat Simple

Ramai orang kita minat dengan berniaga tapi salah buat iklan dekat Facebook sendiri!

Orang kita memang power bab-bab menjual ni.

Kalau bagi batu pun kompem dia boleh jual tapi bila jual kat Facebook sendiri dia jadi pelik kenapa tak ada orang nak komen ke, nak like ke..

Sebab apa? Hardsell dan dan direct sales.

Hardsell ni bukan macam hardisk. Maksudnya, kita post terus jual barang kita. Memang la tak ada yang nak beli atau tanya.
Facebook ni tempat bersosial dan berkomunikasi. So ayat dan cerita tu penting.

Tak tau nak buat cerita menjual macam mana?

Guna je lah 176 Template Copywriting The Story Selling ni. Mudah giler kerja. Hanya copy, edit produk kita dan paste kat wall Facebook!

Perghh! Merecik hawauu..

Macam mana Template tu? Tengok sini: https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/tawaransulit

Bisnes Kambing

Post a Comment

0 Comments