Copy writing adalah olahan kepada sumber tulisan lain yang mempunyai tujuan yang sama - iaitu memperkenalkan bisnes, produk atau servis. Ia adalah teknik pemasaran dalam bentuk penulisan. Copy writing merupakan ayat-ayat untuk menjual.
Story Selling, Teknik Copy Writing Halus Yang Berkesan
Salah satu teknik dalam copy writing ini adalah Story Selling. Ia adalah cara untuk menjual secara halus menerusi perkongsian rentetan cerita atau kisah yang berkaitan dengan produk atau servis.
Jika story telling adalah cerita biasa-biasa, tetapi dengan story telling, ia menjurus kepada penjualan sesuatu produk atau paling tidak, untuk berikan awareness kewujudan produk dan servis tertentu.
Menjual Secara Tidak Langsung Menerusi Cerita
Teknik pemasaran atau promosi secara tidak langsung ini memang berkesan, malah diakui ramai telah membantu ramai usahawan, baik yang berniaga secara offline mahupun online untuk memajukan bisnes yang diusahakan.Kalau anda perhatikan banyak jenama-jenama terkenal terutama dalam industri komestik dan kecantikan menggunakan teknik Story Selling ini.
Contohnya, founder atau owner produk kecantikan akan menceritakan kisah mereka yang dahulunya tidak berwajah cantik, muka penuh jerawat, dok kena caci maki dan dihina orang. Lepas tu, mereka gunakan ramuan atau petua khas untuk merawat wajah mereka ... nah, terus jadi lawa, muka jadi berseri-seri dan dipuji ramai orang.
Kisah dikongsi dengan selitan rasa emosi, ditambah dengan gambar yang menunjukkan wajah mereka sebelum memakai petua/ramuan khas yang digunakan, dan selepas menggunakannya. Lalu, ramuan atau petua ini menjadi satu produk untuk dijual kepada mereka yang punyai masalah yang sama.
Teknik begini memang mampu menarik minat orang. Bermula dari membaca, terkesan di hati lantas terasa mahu mencuba produk yang digunakan.
Setiap produk atau servis yang disediakan mesti ada cerita. Ia melibatkan penyelesaian masalah. Ia melibatkan pengalaman yang kurang manis.
Orang takut nak hadapi masalah. Orang takut nak merasai pengalaman pahit. Inilah bahan yang menjadi intipati dalam penulisan Story Selling.
Story Selling bukan setakat untuk usahawan atau orang berniaga.
Story Selling Meningkatkan Trafik Blog
Blogger seperti saya juga menggunakan teknik ini bagi meningkatkan jumlah trafik ke blog saya. Trafik yang tinggi sangat bagus untuk blog. Ia menjadi sumber untuk mendapatkan income!Cumanya ialah, ia lebih kepada story telling daripada story selling.
Pun begitu, saya kadangkala gunakan juga teknik story selling ini apabila mahu menulis berkaitan produk orang lain (advertorial/review). Ada yang dibuat secara direct, ada pula yang ditulis secara pengalaman, contohnya macam percutian.
Menerusi penulisan story selling ini, saya berjaya mendapat komisen dari laman web Agoda, Traveloka, dan juga Trivago untuk tempahan hotel secara online.
Mudah Untuk Viral Jika ...
Sebuah story telling mahupun story selling yang bagus akan membuatkan orang suka nak berkongsi kisah tersebut kepada orang lain terutama sekali kepada yang ada kaitan dengan cerita tersebut. Nah .. terus jadi viral.Nak jadikan cerita itu viral, pastikan ia ada kaitan dengan kehidupan serta mampu menyelesaikan masalah. Sulami cerita dengan emosi, dan cuba untuk dapatkan perhatian atau engagement dengan yang membacanya.
No More Paid Ads !!
Banyak jenama yang dulunya tidak diketahui kini menjadi popular disebabkan oleh kesan viral ini. Malah, jualan produk atau servis mereka juga meningkat berkali-kali ganda, tanpa perlukan melakukan promosi berbayar.Promosi tanpa kos? Tidakkah itu sesuatu yang ramai usahawan mahukan?
Sebenarnya, bukan semua orang tahu cara menulis menggunakan teknik Copy Writing atau Story Selling ini.
Ia perlukan latihan secara konsisten, mesti berpengetahuan dan peka dengan isu semasa. Pandai menulis tidak semestinya pandai bercerita, begitulah sebaliknya. Tak mudah nak buat tetapi tidak mustahil untuk belajar atau tiru ... come on, nama pun copy writing .. huhu.
Tak mengapa.
176 Template Copy Writing Teknik Story Selling Untuk Digunakan
Sekarang dah ada template khas yang dapat membantu untuk hasilkan sebuah Story Selling yang mantap. Hanya copy-paste, isi tempat kosong .. dan walla .. kongsikan penulisan itu samada di blog, di media sosial atau apa sahaja platform yang mempunyai pembaca.Anda boleh muat-turun 176 template tersedia untuk digunakan oleh anda. Akses kepada ebook ini yang disediakan dalam bentuk pdf dan juga word untuk mudahkan anda edit mengikut kesesuaian.
Download sekarang di sini - https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/97
Dan jika anda dapatkan template ini sekarang, bonus di bawah akan diberikan secara percuma kepada anda, terutama untuk mereka yang sering gunakan Facebook untuk bisnes dan menjual. Anda pasti takkan rugi ... :)
Menarik nie..
ReplyDeleteOrang yang belum pakar buat story telling wajib mencuba
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.