Repair iPhone Pantas & Murah Area Kajang, Bangi serta Semenyih

Nak cari kedai repair dan jual iPhone area Kajang yang memberikan servis terbaik dengan harga murah berpatutan? Jika anda merupakan peminat dan pengguna iPhone, pastikan iPro Kajang menjadi pilihan utama anda. IPro Kajang sudah tiga tahun beroperasi dan menjadi kedai repair iPhone terbaik di area Kajang, Selangor.

Sekarang memang dah banyak kedai repair iPhone yang tumbuh bagai cendawan. Al maklumlah, pengguna produk Apple ini semakin hari semakin ramai. Jadi permintaan untuk servis repair dan alat ganti tulen Apple memang agak tinggi.

IPRO Kajang - Kedai Servis Repair Smartphone IPhone  Pantas & Murah

Kedai iPro pantas dan cepat baiki smartphone iphone area Kajang
Kedai iPro Kajang dikenali kerana servis terbaiknya membaiki iPhone. Mana nak cari kedai repair iPhone dengan harga murah selain servis disediakan pantas dan cepat, sepantas 30 minit untuk kerja-kerja repair minor.

Kerja pemulihan kerosakan pula dilakukan secara face-to-face. Anda tidak perlu tinggalkan telefon anda (jika mahu). Anda boleh lihat proses-proses baik-pulih smartphone iPhone anda berdepan dengan technician berpengalaman. Tak ada selindung, apatah lagi cubaan untuk mengenakan caj berlebihan. Semuanya telus dan tulus.

Repair Motherboard IPhone Bermasalah

Pun begitu, terdapat juga masalah yang lebih rumit yang memungkinkan iPhone anda perlu ditinggalkan untuk proses pemulihan menyeluruh, contohnya kerosakan melibatkan motherboard yang lebih rumit.

Gambar repair smartphone iphone


Langkah pemulihan iPhone yang hadapi masalah kerosakan pada motherboard akan melibatkan beberapa langkah, seperti di bawah:

  1. Pelanggan akan diminta untuk berikan iPhone anda untuk diperiksa oleh staf iPro Kajang. Seandainya didapati masalah iPhone adalah disebabkan oleh kerosakan motherboard, maka iPhone pelanggan perlu ditinggalkan untuk diperiksa lebih lanjut oleh pakar di iPro Kajang yang lebih arif berkaitan masalah motherboard.
  2. Diagnosis motherboard akan dibuat dan ia akan ambil masa antara 1-3 hari. Masa lebih lama mungkin diperlukan seandainya didapati kerosakan adalah lebih kritikal. Paling lama adalah 7 hari. 
  3. Apabila masalah motherboard iPhone telah dan dapat dikenal pasti, pihak iPro Kajang akan menghubungi pelanggan. Technician iPro Kajang akan beritahu masalah yang ditemui, selain memberitahu harga servis pembaikan.
  4. Hanya jika pelanggan setuju barulah pihak iPro Kajang akan melakukan pembaikan atau repair dan siapkan. 
  5. Selepas siap dibaiki, pemeriksaan akan dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan iPhone dapat berfungsi dengan baik seperti biasa.
  6. Selesai semua proses, pihak iPro Kajang akan menghubungi pelanggan untuk mengambil iPhone yang sudah siap dibaik-pulih.

Daripada pengalaman rakan-rakan saya yang menggunakan iPhone, kerosakan motherboard iPhone antara kerosakan yang sering berlaku. Tetapi ia adalah kerosakan yang boleh dibaiki andai dihantar ke kedai servis iPhone yang ada pengalaman dan kemahiran seperti di IPro Kajang ini.

Gambar repair smartphone iphone

Kebiasaanya, kerosakan memperbaiki motherboard iPhone yang rosak mengambil masa agak lama, tetapi di iPro Kajang, ia boleh diselesaikan dalam tempoh 1-5 hari sahaja. Malah, iPro Kajang merupakan kedai servis iPhone yang memberikan servis repair motherboard terpantas sekitar Kajang, Bangi dan Semenyih.

Nak tahu lagi mengenai masalah motherboard iPhone? Boleh terus whatsApp iPro Kajang di bawah ini.

[whatsApp] www.wasap.my/60133737597/Repair+Motherboard

Jaminan Terbaik daripada IPro Kajang untuk Alat Ganti dan Pembaikan

Kedai ini memberikan jaminan terhadap semua pembaikan dan alat ganti yang dibuat. Jadi, anda tidak perlu risau. Malah, tiada caj tersembunyi dikenakan. Selain itu, iPro Kajang hanya akan tukar-ganti alat atau part yang bermasalah sahaja dengan persetujuan pelanggan. Itulah sebab ia boleh memberikan servis yang murah dan pantas.

Gambar repair smartphone iphone
Gambar repair smartphone iphone

IPro Kajang bukan sekadar menyediakan servis repair iPhone sahaja, tetapi juga untuk jenis dan jenama telefon yang lain termasuklah daripada smartphone android. Andai anda ada masalah dengan telefon pintar anda, boleh sahaja pergi ke IPro Kajang untuk mendapatkan servis mereka.

Oh ya, anda juga boleh dapatkan banyak tips berkaitan iPhone terutama dari segi penjagaan dan pemuliharaan di laman FB Page rasmi iPro Kajang.

Lokasi dan Pertanyaan IPro Kajang

Jika anda mencari kedai iPro Kajang, lokasinya agak mudah nak dicari iaitu bersebelahan dengan kedai dobi. Waktu operasi adalah dari 10 pagi hingga 9 malam. Jadi, untuk mereka yang berada sekitar Kajang, Bangi serta Semenyih, bolehlah ke iPro Kajang ini.

Gambar repair smartphone iphone
Kedai IPro Kajang - Testimonial Pelanggan

IPRO Kajang
D-9-GB, Taman Seksyen 2, Jalan Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Website: https://kajang.ipromalaysia.com/
Review dan testimonial pelanggan - Review Kedai IPro Kajang
Facebook - IPro Kajang - Servis Repair iPhone Area Kajang, Semenyih Pantas dan Murah

Copywritting template

Post a Comment

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com