Sana-sini orang dok berkata mengenai seorang 'ustaz' ni yang muncul di khalayak dari satu program TV. Ia berkenaan kisah rumahtangganya yang menjadi bahan berita banyak laman web, blog termasuklah di dada akhbar. Ramailah yang memberikan komentar, termasuk mengecam tindakan si ustaz muda ini.

Hal rumahtangga ni adalah hal peribadi. Semenjak dua menjak ni, mana-mana orang terkenal di Malaysia suka betul menjaja cerita mengenai masalah rumahtangga di laman sosial. Benda yang sepatutnya terlindung kini dah terdedah sana-sini. Soal cerai berai bukan sesuatu yang bagus nak diperkatakan dan dihebohkan, walaupun ia perkara (penceraian) yang halal  untuk dilakukan.

Perkara Boleh Baiki, Buat Apa Diganti?

Kisah Rumahtangga Bahagia - Benda Boleh Baiki Jangan Diganti
Saya nak berkongsi satu catatan yang menarik untuk dibaca dan diambil tauladan buat suami isteri. Mahu keluarga bahagia, kena tahu responsibility dari pelbagai sudut - agama, adat, budaya.
Meh baca perkongsian menarik ini dari Mizan Dzai yang mempunyai puluhan ribu pengikut di Facebook.

Benda Boleh Baiki Jangan Diganti


 
Ada isteri lembut bicara menyambut suami di depan pintu sambil menunggu kucupan di dahi tapi masak air pun boleh kering, sudahnya bungkus tomyam dan kailan ikan masin di kedai Kak Yah Utara.

Ada isteri yang garang bak singa tapi setiap kali memasak mulut terkumat-kamit membaca selawat dan doa agar rumahtangga bahagia melalui kesedapan masakannya.

Ada isteri pandai melawa, segak bergaya sendat berbalut nangka tapi bila bab melayan suami, bukan main payah sampai nak kena suami mengamuk baru nak dengar kata.

Ada isteri sekadar cukup muka berpelembab dan pencuci tapi hidup di dunia dan akhiratnya demi redha suami, setiap nafas, bangun dan tidurnya hanya buat syurga yang kekal abadi.


Takkan Pernah Habis Dicari Kekurangan Isteri

Sebab itu kita yang lelaki dan suami ni jangan la tak sudah-sudah pandang orang lain yang kononnya lebih baik dari isteri di sisi. Takkan pernah habis kalau nak dicarinya kekurangan isteri.

Kereta rosak pandai baiki. Kereta dah lama pandai pula dimodifikasi tapi isteri gemuk lonyot sana sini terus dicari ganti. Tuan puan, ini kita panggil bangang abadi.

Suami, Dah Jenguk Diri Depan Cermin?

Suami, sesekali rajinkan diri jenguk cermin kat rumah tu. Entah-entah kita punya kekurangan lagi banyak dari isteri. Silap-silap isteri yang banyak berkorban sepanjang hidup bagai hamba abdi.

Ini tidak, nampak bini orang lain lawa, dijelingnya si isteri.

Nampak bini orang lain manja, dibanding-bandingkannya dengan si isteri.

Nampak bini orang lain ada bisnes atau kerjaya masyuk bergaji, dikutuk-kutuknya isteri sendiri.

Nampak bini orang lain sempurna serba serbi, gatal juga kepala nak berpoligami kononnya melengkapi kekurangan si isteri.

Dalam sedar atau tidak, ramai sebenarnya cemburukan kehidupan yang kita miliki. Sebab tu kena banyakkan bersyukur, hargai apa yang sudah tentunya jelas depan mata sendiri.

Bila Rasa Nak Berpoligami

Kita yang lelaki ni kalau nak berpoligami tapi keluarga sedia ada pun masih porak peranda, isteri pun kita tak pernah ajak solat bersama, isteri bahagia atau pun tidak sepanjang bernikah pun tak pernah kita bertanya, tak usah la.

Poligami itu tak salah, yang selalunya salah adalah cara yang kita guna pakai untuk ke arah berpoligami. Perhalusilah poligami itu sebaiknya, bukan semata-mata mampu kewangan, mampu kebatinan.

[Dah Baca?] Contoh Surat Jawapan Isteri Untuk Permohonan Poligami Suami

Nak mengurat pengganti atau madu buat isteri, tunjuklah kita hebat bukannya sebat semua kebodohan dunia dengan menceritakan aib dan keburukan isteri. Bukan dengan meletakkan semua kesalahan pada isteri sebagai lesen untuk kita berpoligami.

Kalaupun dah tak sayang dah tak cinta, sampaikanlah niat pada walinya. In shaa Allah bapa, abang atau saudara lelakinya akan bawa dia pulang ke rumah keluarga.


Be A Gentleman

Bukannya diseksa dengan menyakiti hati atau batang tubuhnya. Be a gentleman. Lelaki yang kuat adalah lelaki yang mampu menahan talak atau perasaan marah pada isterinya.

Lelaki yang sabar pula ialah lelaki yang mampu mendidik dan membentuk isterinya manakala lelaki yang rugi adalah lelaki yang menjandakan isteri mereka untuk janda pilihannya.

Sabar, baik isteri mahupun suami.

Jadilah pasangan yang kuat menghadapi dugaan hidup dalam menjalani bahtera cinta sejati. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak lelaki kita kagumi. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak perempuan kita kahwini nanti.

Tidak pernah wujud isteri yang sempurna, apatah lagi suami yang cukup segalanya. Jangan dibuka ruang buat haiwan yakni pihak ketiga yang menunggu saat dan detik untuk menyondol rumahtangga kita.

Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.

Selami serta hayati makna sebuah perkahwinan, iaitu saling bertoleransi dan melengkapi bukannya sesukahati mencari pengganti. .. ..

Dah selesai baca, dah hadam? Alhamdulillah.

Khusus buat suami macam saya... ini satu ingatan yang maha penting agar rumahtangga kekal bahagia hingga akhirnya.

Perkongsian dari Mizan Dzai ini telah menerima lebih daripada 7 ribu shares dan hampir 1000 komen ketika saya menulis kembali tulisannya ini.

Nampak ianya memberikan kesan buat semua para mereka yang dah berumahtangga... terutama si isteri yang sering menjadi mangsa.


Hidup Berumahtangga Memang Banyak Ujiannya

Memang akan berlaku berantakan dalam kehidupan suami isteri, tetapi banyaklah bersabar dan tanggani dengan rasional. Guna akal jangan emosi. Semua perkara boleh selesai dengan baik kalau kita ajak minda berfikir mendalam dengan tenang tanpa amarah serta diselindungi nafsu.

Ingat, ada syaitan dan iblis yang mahu memusnahkan kehidupan yang diredhai Allah S.W.T.

[Dah Baca?] Ingat Mudah Ke Nak Nikahi Seorang Lagi?

Kalau kita benar ada agama dalam diri, kita tentu tak lakukan sesuatu yang bakal mengaibkan diri, pasangan dan keluarga kita ke mata dunia. Semoga kita kekal bahagia dengan rumahtangga yang ada, in Sha Allah, diberkati dan diredhai Allah S.W.T.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Amboiii romantic gambo last tu hihi

    BalasPadam
  2. Tolak ansur sebahagian dari kunci kebahagian..
    Wah loving couple menghiasi article ini..
    Semoga terus bahagia dunia akhirat..

    BalasPadam
  3. Walaupun nak setuju dengan ayat "Poligami itu tak salah, yang selalunya salah adalah cara yang kita guna pakai untuk ke arah berpoligami", tapi diri sendiri pun tak boleh terima sebenarnya.

    Kalau perlukan khidmat peguam syarie, boleh ke https://www.syafiqmukhtar.com untuk dapatkan konsultasi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement