24 October 2017

Repair iPhone Motherboard Murah & Pantas - Kenalpasti Punca


Siapa di antara anda adalah pemilik dan pengguna iPhone? Tahukah anda bahawa walaupun iPhone merupakan gajet canggih premium, ia tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Sepertimana smartphone lain, iPhone juga ada masalah kes logo Apple stuck, skrin pegun, skrin bergerak sendiri, signal tak dapat dan macam-macam lagi. Salah satu puncanya masalah tersebut berlaku adalah kerana kerosakan yang ada pada motherboard iPhone.

Bila iPhone rosak, mesti anda akan fikir kos untuk baiki adalah mahal. Almaklumlah, iPhone ni kan ke gajet kategori high-end, harga pun sampai tiga empat ribu sebuah. Tapi, jangan risau ... ada je kedai repair iPhone yang menyediakan servis membaiki dengan harga murah. Selain murah, servis yang diberikan juga agak pantas.

iPro - Kedai Repair iPhone Motherboard, Servis Pantas dan Murah di Subang Jaya

Salah satu kedai yang menyediakan servis repair iPhone yang murah dan pantas ialah iPro. IPro Subang Jaya misalnya, menyediakan servis terbaik untuk sebarang kerosakan yang diakibatkan oleh motherboard iPhone ini.
iPro - Kedai Repair iPhone Motherboard, Servis Pantas dan Murah di Subang Jaya
Anda tentu nak tahu, apakah masalah-masalah iPhone yang biasa berlaku disebabkan oleh kerosakan motherboard ini?

Masalah iPhone Paling Popular

Lima yang berikut adalah masalah yang paling popular, iaitu:
  1. iPhone stuck logo - logo Apple tertera pada iPhone tanpa boleh buat apa-apa, pegun macam tu je.
  2. iPhone touch disease - skrin bila disentuh, samada dia tak respon atau jadi haru-biru, tekan lain, lain yang dibuat.
  3. iPhone line searching - sukar dapat signal walaupun kawasan tu selalunya dapat signal penuh. Sekejap ada, sekejap tak ada.
  4. iPhone water damage - beberapa fungsi dalam iPhone tidak boleh digunakan seperti biasa.
  5. iPhone no service - memang tak dapat signal langsung bila buka iPhone. Tak boleh nak telefon, tak boleh nak sms, apatah lagi nak gunakan wifi.

Sebenarnya ada banyak lagi masalah iPhone yang disebabkan oleh motherboard ini. Yelah, motherboard ini adalah teras untuk membolehkan smartphone atau apa-apa gajet berfungsi. Jika motherboard problem, boleh dikatakan hampir semua fungsi yang ada dalam sebuah gajet itu akan ada masalah, hatta sehebat mana pun smartphone yang anda miliki.

Motherboard Rosak - Terkait Masalah Lain

Repair iPhone Motherboard Murah Pantas
Disebabkan motherboard rosak, smartphone canggih seperti iPhone akan alami masalah pada bahagian utama lain dalam sebuah smartphone seperti:
  • Touch Ic - berkaitan sentuhan pada skrin iPhone
  • Display Ic - berkaitan paparan pada skrin iPhone
  • Charging Ic - berkaitan pengesan telefon
  • Power Ic - berkaitan bateri cepat habis
  • Signal  - berkaitan signal sukar nak dapat atau no service.
Nak repair motherboard sebuah iPhone bukannya mudah, ia akan ambil masa. Selalunya kedai yang dikatakan boleh repair motherboard ini akan ambil tempoh sekurang-kurangnya seminggu untuk pastikan semuanya kembali normal.

Tapi, saya juga nak beritahu anda .. bukan semua masalah berat atau seperti yang saya katakan di awal tadi 100% berpunca daripada kerosakan motherboard ini. Adalah lebih baik agar anda pastikan dulu punca sebenar kerosakan pada iPhone anda.

Salah Satu Situasi Motherboard iPhone Rosak

Masalah Motherboard Rosak
Mari lihat situasi di bawah ini... yang berlaku di kedai repair iPhone, iPro Subang Jaya...

"Bang, nak tanya sikit.. iPhone 6 saya stuck logo dan restart sendiri la. Minggu lepas, kawan dah tolong tukarkan bateri tapi sekarang jadi semula" rungut salah seorang pelanggan baru yang datang ke iPro Subang Jaya.

"Takpe, biar saya check dulu, tengok apa yang masalah sebenarnya .." kata iPro.

Dengan pengalaman dan kepakaran staff iPro, berikut adalah apa yang mungkin berlaku.

Untuk situasi ini, amat penting untuk anda kenalpasti punca atau keadaan sebelum terjadinya kes stuck apple logo. Biasanya, iPhone anda mungkin mengalami beberapa simptom awal mahupun tiada langsung seperti berikut:
  • iPhone tetiba mati sesuka hati tak ikut peratusan (%) kuasa bateri.
  • Semasa mengecas, peratusan bateri naik melonjak atau mendadak dari kebiasaan.
  • iPhone mula restart sendiri dan semakin kerap berlaku.
  • Bateri cepat habis tinggal kosong walaupun tak buat apa-apa fungsi yang berat.
  • iPhone ambil masa terlalu lama untuk dibuka atau untuk mengecas.
  • Bila iPhone off, pengecasan hanya stuck di lambang bateri low sahaja. iPhone tidak boleh nak buka atau tidak auto-on.

Seperti yang saya beritahu awal tadi, apa yang berlaku mungkin disebabkan oleh kerosakan motherboard. Tetapi di iPro, anda akan diberikan nasihat awal sebelum melakukan apa-apa, kiranya macam konsultansi percumalah.

Masalah Software atau Motherboard?

Orait, berbalik pada masalah pelanggan iPro Subang Jaya tadi. Masalah tersebut boleh terjadi berpunca dari tiga perkara samada masalah bateri, masalah software mahupun motherboard ic iaitu charging ic.

Masalah software biasanya berlaku secara tiba-tiba disebabkan internal sistem crash, namun ianya kurang dari 10% sebagai pencetus kepada isu iPhone stuck logo. Masalah bateri dan charging ic iaitu U2 Ic pula lebih sinonim berlaku terhadap model iPhone 5s dan ke atas.

Kenalpasti Punca Sebenar Masalah iPhone Rosak

Untuk pengetahuan anda, bateri pada iPhone secara amnya mempunyai jangka hayat sendiri iaitu sekitar 500 cycle iaitu lebih kurang 500x cas penggunaan. Manakala, U2 Ic agak sensitif, dan boleh rosak di sebabkan kepanasan melampau yang dihadapi oleh motherboard. Kes seperti ini sering dikaitkan dengan henjutan voltan tidak normal yang biasanya berlaku kerana penggunaan charger (kabel/plug) bukan rasmi Apple.

Penggunaan pengecas bateri menggunakan charger (kabel/plug) yang bukan original terutama sekali pengecas bateri dalam kereta adalah merupakan sebab utama masalah di atas terjadi. Inilah punca mengapa pelanggan baru iPro tadi merungut. Aha ... bukan setakat bateri dah rosak, malah charging Ic pada motherboard juga turut rosak.

Makanya, jangan jadi seperti pelanggan iPro di atas, dah tukar bateri baru pun masih berhadapan dengan masalah yang sama. Kesilapan tersebut menyebabkan beliau kerugian kerana perlu sediakan bajet baru untuk baik pulih kedua-duanya, iaitu U2 Ic dan bateri baru.

Servis Repair Motherboard Pantas dan Murah dari IPro Subang Jaya

iPro - Servis Repair iPhone Motherboard Murah Pantas
Aha .. begitulah bagusnya iPro ini. Anda akan diberikan nasihat, dan diberitahu punca-punca berlaku, selain mencadangkan apa yang perlu dibaiki. Penting sekali, anda dapatkan nasihat daripada mana-mana kedai repair iPhone yang bertauliah dan berpengalaman , seperti iPro Subang Jaya.

Bukan apa, kadangkala ada kedai yang dikatakan boleh repair iPhone yang belum biasa dengan kes seperti di atas, lalu akan ikut apa kata pelanggan, sedangkan punca masalah pada iPhone itu sendiri masih belum pasti.


Di iPro Subang Jaya, anda boleh menghantar iPhone anda untuk dibaiki dengan pantas dengan harga yang murah. Kerosakan seperti motherboard, misalnya .. dijamin akan mengambil masa dan tempoh yang tidak lama.

Beberapa testimonial pelanggan iPro Subang Jaya ... uhh nampaknya reputasi memang bagus. Semua pelanggan puas hati dengan servis repair iPhone, walaupun murah, pantas tetapi kualiti tetap terbaik.
Jika anda ada apa-apa masalah dengan iPhone anda, bolehlah hubungi iPro Subang Jaya ini seperti tertera di bawah ini.

Waze: Ipro SubangJaya - Idevice Smartphone Repairing
Instagram: iprosubangjaya
Weechat: iprosubangjaya

Whatsapp/tel: 011-33009919 atau klik je - http://iphonerepairsubangjaya.wasap.my

Ipro SubangJaya
17A, Jalan SS15/2A, SS15,
47500 Petaling Jaya.
Selangor.

Landmark:
  • Bertentangan bangunan Aeon Big @ Subang Parade
  • Sebaris Lot kedai 7e, 99speedmart, Alliance Bank
p.s: Mereka juga terima servis repair seluruh Malaysia - boleh buat pos dan hantar ..  

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

3 Komen

Wah bagusnya kedai ni. Pants juga Dan jujur

Kalau nak hantar sebarangan di kedai biasa..memang cuak juga dengan gajet iPhone..

Nasib baik ada kedai seumpamanya

iphone ni kena pakar sendiri yang buat...

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon