Agoda. Buat mereka yang kaki melancong dan sering bercuti menginap di hotel, pastinya dah biasa dengan laman web tempahan hotel online Agoda. Agoda sudah lama bertapak sebagai tempat mencari hotel penginapan yang murah dan berbaloi. Malah, sebelum adanya laman web lain, Agoda sudah ada jutaan pelanggan seluruh dunia.

Saya dan isteri dah banyak kali menggunakan laman web Agoda untuk membuat tempahan hotel secara online. Ia adalah aplikasi pertama berkaitan tempahan hotel yang kami muat-turun di smartphone kami sebelum adanya aplikasi lain seperti Traveloka, Trivago, Booking, OYO dan Hotels.com.

Ganjaran Wang Tunai Bila Menempah Hotel di Agoda

Ganjaran Wang Tunai Dari Agoda
Agoda jarang mengecewakan. Malah, Agoda mempunyai laman khas untuk buat tempahan homestay atau inap desa seluruh dunia. Anda boleh lihat di sini - Cari dan Tempah Homestay Menerusi Agoda Homes.

Namun, harus berhati-hati kerana adanya pengusaha homestay yang agak licik meletakkan syarat dalam Agoda yang boleh menjerat pelanggan. Jadi, anda perlu baca dengan teliti kemudahan diberikan serta tawaran penginapan yang disediakan.

Contohnya, harga penginapan tertera RM150 semalam. Tetapi, bila dilihat pada bahagian check-out, tertulis RM150 semalam per head. Jadi, awas ... dan untuk memastikan anda tidak 'terkena' dengan info mengelirukan disediakan oleh penguasaha di Agoda, saya syorkan anda untuk buat panggilan telefon untuk clarify.


Orait.

Walaupun ada sedikit kelemahan di situ, Agoda masih lagi mampu memberikan tawaran terbaik untuk tempahan hotel secara online. Ambil peluang untuk dapatkan harga LAST MINUTE yang biasanya jauh lebih murah daripada rate biasa dipaparkan.

Tempah online di Agoda dan dapatkan wang ganjaran


Paling menarik, dan terkini .... Agoda memberikan ganjaran wang tunai yang boleh ditebus untuk tempahan hotel seterusnya. Jadi, anda boleh dapatkan lebih diskaun untuk tempahan yang akan datang.

Ganjaran ini diberikan segera setiap kali anda menempah, jadi anda boleh terus tebus ganjaran tunai ini.

[Dah Baca?] Panduan & Tips Mendapatkan Percutian Hotel Mewah Dengan Harga Murah

Cara Tebus Ganjaran Agoda

Cara nak tebus wang ganjaran Agoda
  • Ganjaran Agoda adalah cara terpantas dan mudah oleh Agoda untuk memberi anda penjimatan sebenar. 
  • Semua tempahan layak akan mendapat Ganjaran Agoda – walaupun jika menggunakan Ganjaran Agoda untuk membayar! 
  • Anda boleh guna sebahagian jumlah Ganjaran Agoda untuk tempahan. Tanpa jumlah minimum!

Jadi, andai anda ada rancangan untuk bercuti dan ingin membuat tempahan hotel penginapan, cuba login dulu di Agoda, dan lihat apa yang ditawarkan. In Sha Allah, anda akan jumpa tawaran yang cukup menarik yang boleh anda tebus dengan ganjaran tunai Agoda ini.

Ok.

Selamat bercuti.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement