Bawa Anak Sedara ke Maps Perak - Pengalaman Berada Dalam Boboiboy Cattus Coaster

Klik sini untuk TIPS TEMUDUGA
Akhir Disember 2018 adalah bulan terakhir kami untuk gunakan kad khas MAPS Perak. Jadi, kesempatan itu kami gunakan untuk bawa anak-anak menikmati kegembiraan kali terakhir di MAPS atau Movie Animation Park Studios yang terletak di Ipoh. Rugi kalau tak gunakan sepenuhnya sebab lepas ni dah tak boleh masuk sesuka hati macam dulu lagi...hehe.

Percutian ke tempat menarik Ipoh ini adalah merupakan kali keenam. Jika sebelum ini kami hanya sekeluarga menikmati apa yang ada di dalam MAPS Perak, kali ini kami bawa salah seorang anak sedara isteri saya yang tinggal di Taiping untuk rasai keseronokan di MAPS.

Percutian Akhir Tahun 2018 - Bawa Keluarga dan Anak Sedara ke MAPS Perak

Gambar percutian MAPS Perak
MAPS kini sudah menjadi milik kerajaan negeri. Jadi, ada beberapa perubahan ketara di dalam MAPS. Buat mereka yang sering bercuti dan masuk ke MAPS Perak ini tentu sedar akan beberapa perubahan ini.

Kalau ikutkan dari laporan yang saya baca, MAPS Perak rugi besar. Saya ada ceritakan mengenainya secara ringkas di post ini - Percutian Kali Kelima Masuk ke MAPS Perak Guna Kad Pass Perak

Saya harap kerajaan negeri yang dah ambil-alih MAPS Perak dapat lakukan lebih banyak promosi serta berikan tawaran menarik untuk pengunjung masuk ke MAPS Perak. Usaha promosi berterusan perlu dibuat selain menampilkan kelainan dalam taman tema ini bagi memastikan taman tema animasi ini terus mendapat kunjungan pelancong.

MAPS Perak dah menjadi satu ikon percutian di Perak. Amat rugilah kalau ianya terabai sepertimana yang telah berlaku kepada taman tema air S.M Nor di Batu Gajah, lebih berdekad dahulu; yang akhirnya terbiar.


Orait. Cukup dah bebel pasal masa depan MAPS ni.

Berbalik pada kisah saya dan keluarga bercuti ke MAPS Perak.

Pengalaman Pertama Naik Boboiboy Cattus Coaster

Gambar percutian MAPS Perak
Kali ini, ada permainan baharu yang sebelum ini tidak dibuka lagi untuk pengunjung, iaitu Boboiboy Cattus Coaster yang terletak di ruangan Dream Zone - sebelah dalam taman ini. Berdekatan dengan Boboiboy Cattus Coaster ini juga letaknya Mega Drop.

Cattus Coaster adalah permainan seperti roller-coaster tertutup, yang menyusuri dalam gua ditemani oleh karektor Boboiboy dan kawan-kawannya. Masa menunggu untuk masuk ke permainan ini agak lama juga, antara 15 hingga 20 minit selain perlu mendengar 'taklimat' daripada karektor Boboiboy di dalam gua.

Gambar percutian MAPS Perak


Masa perjalanan menaiki Cattus Coaster adalah 15 minit. Sebelum anda dapat menaiki Cattus Coaster ini, ada dua tempat menunggu. Jadi, anda mungkin akan terasa bosan kerana perlu menunggu berulang-kali.

Namun, selepas anda merasai keseronokkan Cattus Coaster, ia pasti akan menjadi satu pengalaman yang menarik untuk diceritakan. Pada saya, dengan harga yang perlu dibayar, ia mungkin satu pengalaman sekali dalam hidup yang berbaloi.

Anda akan melalui lorong gelap dalam kereta (coaster) rail. Turun naik dalam kelajuan berbeza, ada laju, menjunam, menongkah. Jika anda ada masalah jantung, mungkin masuk ke Cattus Coaster tidak digalakkan.

Anda tak dapat jangka apa yang ada di hadapan anda. Jadi, rasa saspen tu memang ada ... silap-silap anda boleh menjerit - samada seronok, takut atau keliru. hahaha...

Perlu Beli Tiket Asing - Harga Promosi Selepas Jam 4:30 Petang

Gambar percutian MAPS Perak
Disebabkan anak sedara isteri tu tak ada kad pass Perak, jadi kami perlu beli tiket masuk untuknya. Alhamdulillah, kami dapat harga tiket yang agak murah dari kebiasaan. Jika anda ingin dapatkan tiket murah masuk ke MAPS ini, saya syorkan anda beli selepas jam 4:30 petang (kalau tak silap).

Jika nak lebih kepastian, anda boleh sahaja bertanya kepada staff MAPS yang bertugas jaga kaunter pembelian tiket. Dari situ, anda boleh pilih untuk mendapatkan harga tiket yang lebih murah menerusi pakej yang ada.

Kebanyakkan permainan masih lagi boleh masuk secara percuma. Namun, ada beberapa tarikan baharu yang dikenakan tiket berlainan dan tidak termasuk dalam pembelian pakej tiket masuk. Salah satu darinya adalah persembahan teater dan juga Boboiboy Cattus Coaster.

Gambar Percutian di MAPS Perak 2018

Meh saya belanja beberapa gambar percutian kami semasa di MAPS Perak.

Gambar percutian MAPS Perak


Gambar percutian MAPS Perak
Gambar percutian MAPS Perak
Gambar percutian MAPS Perak
Gambar percutian MAPS Perak
Gambar percutian MAPS Perak

Nak baca kisah percutian saya dan keluarga dan ketahui tips menarik bercuti selain beberapa ulasan hotel penginapan dan tempat tumpuan di Malaysia, bolehlah klik dan baca artikel bawah Percutian ya.

[Promo] Nikmati Percutian di Hotel Mewah dengan Harga Giler Murah!

Mahu dapatkan artikel terbaru terus ke dalam email, langgan blog ini secara percuma di ruangan yang disediakan. Hanya masukkan email anda, dan kemudian sahkan langganan. :)

Post a Comment

0 Comments