Laman web tempahan penginapan percutian secara online iaitu Agoda kini memperkenalkan cirian terbaru iaitu Agoda Homes. Agoda Homes adalah merupakan cirian bagi mereka yang mencari penginapan berbentuk homestay dan apartment merata dunia.

Agoda Homes menawarkan harga penginapan untuk homestay dan apartment yang berpatutan, malah ada di antaranya lebih murah dan berbaloi dengan tawaran penginapan homestay dan apartment di laman web tempahan online yang lain.

Cari Homestay Secara Online Menerusi Agoda Homes

Laman Web Agoda Homes
Saya menyedari cirian terbaru Agoda ini apabila cuba nak mencari tempat penginapan selesa bagi percutian hujung tahun ini. Al maklumlah, dah lama tak bercuti membuat tempahan menerusi laman web Agoda ... huhu ..

Rancangannya ialah, saya mahu mencari homestay yang selesa, murah dan yang sesuai dengan keluarga saya. Dan homestay ini mestilah berada di kawasan tumpuan tempat percutian dan peranginan, selain akses mudah ke tempat makan dan tempat tarikan umum.

Bukan mudah nak mencari homestay ni kalau kita semata-mata menggunakan enjin carian seperti Google. Jadi, adanya Agoda Homes ini, sedikit sebanyak ia membantu mencari homestay yang selesa dengan harga berpatutan.

Lagipun, Agoda Homes ada diskaun sebanyak 12% untuk tempahan homestay dan apartment, selain diskaun sedia ada setiap hari iaitu sebanyak 10% untuk destinasi pelancongan terpilih.

Hasil Carian Homestay Menerusi Agoda Homes

Meh saya kongsikan beberapa tawaran menarik pencarian homestay saya menerusi Agoda Homes ini .. manalah tahu kot-kot anda pun berkenan di hati nak menempah untuk percutian akan datang .. :)

Cameron Highland Homestay
Homestay Pangkor
Amacam? Nampak menarik tak tawaran yang ada dalam carian Homestay menerusi Agoda Homes ni? Anda tak perlu layari laman web berasingan, ia memang dah ada dalam laman web Agoda tu, cuma perlu pilih tab 'Agoda Homes' di bahagian atas kalau nak mencari homestay atau apartment .. itu sahaja.
Jadi, anda boleh buat pilihan, samada nak pilih homestay atau pilih jenis hotel yang disenaraikan di Agoda.



Awal-awal dulu mencari tempahan hotel secara online, saya memang menggunakan Agoda ni. Ia memudahkan saya, selain ada tawaran last-minute yang cukup murah. Aha .. tawaran macam ni ikut nasib dan sesuai untuk mereka yang terdesak nak mencari penginapan di hari yang sama.

Saya kalau cuti ad-hoc atau main terjah suka hati, memang suka tengok Agoda untuk tawaran last-minute .. hehe. Kalau bernasib baik dan rezeki Allah S.W.T nak bagi, boleh dapat penginapan di hotel mewah dengan harga rendah.

Dok merancang cuti akhir tahun ni, dan nak cari homestay yang selesa, berpatutan, siap dengan review dari pengunjung lain, bolehlah tengok Agoda Homes ye ...

Boleh buat tempahan terus di sini - Agoda Homes - Find Your Best Homestay

Semoga bermanfaat, dan dapatkan penjimatan menginap di Homestay dengan Agoda Homes.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement