Dah tengok versi terbaru Proton Iriz 2019 tak? Fuh .. memang bergaya habis weihhh ... modifikasi pada bentuk yang cukup mengiurkan pada pandangan saya. Saya fikir bodykit terbaru Proton Iriz 2019 memang memikat terutama untuk golongan muda bergaya.

Model hatchback segmen-B ini telah diberikan nafas baharu serta dilengkapi unit stereo pintar sama seperti PROTON X70, dan merupakan model pertama PROTON yang mendapat sentuhan terkini selepas pengumuman kerjasama bersama Geely.

Proton Iriz Baharu 2019 - Tempahan Online Cuma RM9.99

Iriz Baharu 2019 - Tempahan Online Cuma RM9.99
Bukan setakat rekabentuknya serta penambah-baikan dalaman Proton yang membuatkan saya teruja dengan model ini, malah ada promosi terhad Proton yang membolehkan anda menempah kereta ini dengan harga serendah RM9.99 sahaja!

Untuk pengetahuan anda, Proton sedang mengadakan 'jualan kilat' bagi model 2019 Iriz ini mulai jam 10:00 pagi 1 Mac 2019 dan bakal berakhir 11.59 malam pada 11 Mac 2019 nanti. Harga tempahan cuma RM9.99 sahaja dan boleh dibuat secara online di www.proton.com/iriz

Nak lagi best, jika anda membuat tempahan secara online untuk jualan kilat ini, anda juga akan diberikan ganjaran cukai jalan percuma selama 2 tahun sebagai tanda penghargaan daripada Proton.

Proton Iriz 2019



Proton Iriz 2019
Proton Iriz 2019
Proton Iriz 2019


Proton Iriz 2019
Jangan terlepas peluang ini ya, terutama anda memang sedang berhasrat untuk memiliki kereta baharu tahun ini. Promosi ini hanya sah jika tempahan dibuat secara online ya.

Nak tengok lebih banyak gambar Proton Iriz 2019, boleh ke blog Paultan.org ya ..
Online Booking Proton Iriz 2019


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement