Harga, Spesifikasi Standard dan Gambar Proton SUV X70

Proton SUV pertama Malaysia telah pun dilancar dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 12 Disember 2018 dengan harga permulaan yang cukup menarik. Proton SUV pertama ini dikenali sebagai Proton X70 adalah merupakan model kereta Proton terkini dan terbaru hasil kerjasama dengan syarikat Geely dari China.

Saya pasti ramai yang menantikan keluaran terbaru Proton ini. Apatah lagi, ia merupakan kereta inovasi pertama setelah Proton bekerjasama dengan syarikat Geely.

Gambar, Harga & Spesifikasi Standard Proton X70

Untuk yang masih lagi belum tahu, model hasil kerjasama dengan rakan strategik Geely itu telah mula ditayangkan kepada umum dalam Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di MITEC, Kuala Lumpur yang berlangsung dari 23 Disember hingga 2 Disember 2018.

Jadi, saya pasti ramai yang dah tengok secara dekat model SUV pertama Proton X70 ini, selain gambar-gambar daripada perkongsian beberapa rakan blogger saya yang lain.

Kereta SUV ini ditawarkan dengan 5 pilihan warna iaitu putih, perak, kelabu, merah dan juga coklat.

Untuk model terawal ini, Proton SUV X70 ditawarkan dalam versi import (CBU) yang dibawa terus dari China, manakala trenkuasa ditawarkan ialah 1.8TGDi berkuasa 182hp @ 5,500rpm dan tork 285Nm @ 1,700-4,400rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan berserta mod manual dalam opsyen dua pacuan, iaitu pacuan dua roda (2WD) dan semua roda (AWD).

Harga Proton SUV X70

Proton SUV X70 dijual dengan harga permulaan RM99,800 hingga ke model Premium berharga RM123,800. Kereta ini ditawarkan dalam 4 varian iaitu Standard 2WS, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD.

  • Standard 2WD - RM99,800
  • Executive 2WD - RM109,800
  • Executive AWD - RM115,800
  • Premium 2WD - RM123,800

Dengan harga permulaan yang cukup menarik, ia disertakan dengan ciri-ciri premium termasuklah 6 beg udara pada kesemua varian SUV ini. Malah, Proton X70 telah mendapat rating 5 bintang dalam Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu Asia Tenggara (Asean NCAP). Ia menjadikan SUV berada kedudukan tertinggi bagi segmen SUV dalam keselamatan penumpang.


Selain aspek keselamatan, kereta ini juga mendapat penarafan kereta cekap tenaga EEV.

Lebih menarik lagi ialah, Proton X70 turut dilengkapkan dengan infotainment skrin sentuh 18 inci dengan kamera pandang belakang, dan 6 slot USB sebagai ciri standard pada semua varian.

Paling moden dan pastinya yang akan mengagumkan ramai rakyat Malaysia ialah ciri arahan suara aka voice command, dinamakan GKUI, diberikan sebagai standard untuk semua varian X70. Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna menyebut beberapa ayat asas untuk melakukan operasi kereta seperti radio atas talian, muzik atas talian, navigasi, ramalan cuaca, dan pengecaman suara.

Wow .. memang cukup awesome kan? Bukan itu sahaja, ada banyak ciri premium dibekalkan dalam kesemua varian kereta ini.

Ciri Standard Proton X70 Semua Varian

Ciri standard lain yang turut ditawarkan dalam semua carian Proton X70 ini antara lain:
  1. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  2. Agihan Brek Elektronik (EBD)
  3. Bantuan Brek (BA)
  4. Brek Pegun Automatik (ABH)
  5. Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  6. Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  7. Bantuan Pegun Bukit (HHA)
  8. Kawalan Turun Bukit (HDC)
  9. Signal Henti Kecemasan (ESS)

Ia pastinya satu pilihan yang tersangat baik bagi segmen SUV dalam kelasnya, iaitu segmen C (kompak), yang sama kelas dengan kereta SUV lain seperti Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Nissan X-Trail.

Gambar-Gambar Proton X70 Terbaru

Ok. Jom tengok gambar-gambar Proton SUV X70 ini .... merecikkk weihhh ...
Tak cukup menawan lagi? Mari lihat sisi-sisi lain kereta Proton SUV pertama ini ...  anda pasti akan rasa terpikat dengan penampilannya.

Gambar Proton X70 Bahagian Hadapan

Gambar Proton SUV X70
Gambar Proton SUV X70
Gambar Proton SUV X70


Gambar Proton SUV X70
Gambar Proton SUV X70

Gambar Proton X70 Bahagian Belakang

Gambar Proton SUV X70
Gambar Proton SUV X70
Gambar Proton SUV X70


Gambar Proton SUV X70
Orait, untuk gambar-gambar lain serta spesifikasi lebih terperinci, anda bolehlah ke bilik pameran Proton terdekat atau boleh layarai laman web rasmi Proton dan juga lihat penelitian oleh blogger Paultan di pautan berikut - https://paultan.org/2018/12/13/proton-x70-perbandingan-spesifikasi-penuh/ dan juga PanduLaju.com.

p.s: Gambar Proton SUV X70 di atas adalah dari varian Premium 2WD.

Post a Comment

3 Comments

  1. Nampak menarik. Harap boleh seiring dgn SUV hebat yang lain.

    ReplyDelete
  2. Bila agaknya boleh nampak kereta ni atas jalanraya :)

    ReplyDelete
  3. cantik! harga pun not bad!

    sini saya ada kongsi kan apa itu osteoporosis, sakit jantung, minyak kelapa dara

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.