Makan Malam Bajet - Nasi Arab Tempayan di Nibong Tebal, Cuma RM6/Set

Saya dan keluarga sesekali akan pergi makan malam di luar, biasanya kalau nak ubah selera atau nak meraikan sesuatu perkara. Kalau makan malam di luar, menu yang menjadi sasaran pastilah menu western-food dan hidangan dari Timur Tengah. Ia menjadi pilihan disebabkan ianya sukar nak masak di rumah, selain menjadi kesukaan buat anak-anak.

Di Parit Buntar, memang ada banyak pilihan kalau nak menjamu makanan dari barat seperti Chicken Chop, Lamb Chop dan Steak. Begitu juga dengan hidangan seperti Nasi Arab. Ada beberapa kedai dan restoran makanan di sekitar Parit Buntar dan Nibong Tebal yang menyajikan hidangan ini dengan harga cukup berpatutan.

Nasi Arab Tempayan di Masjid Putih Nibong Tebal

Nasi Arab Tempayan di Masjid Putih Nibong Tebal
Salah satu kedai makan yang menyediakan hidangan dari Timur Tengah iaitu Nasi Arab ialah Kedai Makan Nasi Arab Tempayan yang terletak di hadapan Masjid Putih bersebelahan dengan Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Kedai ini merupakan kedai makan terbuka. Selain dari Nasi Arab, ia juga menyajikan Char Kue Teow dan beberapa menu lain.

Aha .. kami bersempatan untuk mencuba menu Nasi Arab baru-baru ini.
Nasi Arab Tempayan di Masjid Putih Nibong Tebal



Kami telah memesan dua set Nasi Arab Tempayan, iaitu Nasi Arab Tempayan Kambing dan Nasi Arab Tempayan Ayam.

Harga Berpatutan, Bermula RM6 Satu Set

Untuk set Nasi Arab Kambing, harganya cuma RM8.00 satu set, manakala untuk Nasi Arab Tempayan Ayam, harganya cuma RM6.00 satu set. Agak murah pada pandangan saya berbanding dengan beberapa restoran yang menyajikan menu serupa.

Memang berpatutan harga set menu Nasi Arab yang ditawarkan.
Nasi Arab Tempayan di Masjid Putih Nibong Tebal

 Nasi Arab Tempayan Kambing

Nasi Arab Tempayan di Masjid Putih Nibong Tebal

 Nasi Arab Tempayan Ayam

Nasi Arab Tempayan di Masjid Putih Nibong Tebal
Daripada gambar, nampak dua menu Nasi Arab Tempayan ni cukup menarik kan? Aha ... memang menarik sebenarnya .. nak nak lagi ditambah dengan haruman bau nasi serta daging kambing serta ayam yang dikatakan dimasak di dalam tempayan.

Dari segi rasa, alhamdulillah .. agak sedap walaupun anak saya kata Nasi Arab di salah satu restoran lain lebih sedap daripada hidangan di sini. Pun begitu, habis juga sepinggan ... hehe.

[Dah Baca?] Menjadi Kaya Raya Hanya Berniaga Air Dalam Balang

Jadi Pilihan Penggemar Nasi Arab Sekitar Parit Buntar/Nibong Tebal

Kedai makan ini boleh dikatakan ramai juga pengunjung terutama di hujung minggu, apatah lagi ia berdekatan dengan USM selain Institut Latihan Perindustrian (ILP) Nibong Tebal dan juga MRSM Transkerian.

Ia boleh dijadikan pilihan untuk merasai rasa enak Nasi Arab yang sedikit berlainan, kerana lauknya dimasak atau dibakar di dalam tempayan.

[Dah Baca?] Restoran Nasi Kandar Paling Popular dan Sedap di Parit Buntar

Jika anda berada di sekitar Parit Buntar atau Nibong Tebal, bolehlah mencuba sendiri rasa tersendiri Nasi Arab Tempayan ini. Lagipun, harga pun tak adalah mahal sangat kan? Kira berbaloi la juga, apatah lagi portion hidangan juga munasabah.


Post a Comment

0 Comments