Restoran Nasi Kandar Ali ini juga dikenali oleh masyarakat setempat sebagai nasi kandar beratur. Aha .. memang ramai orang akan beratur kalau nak menikmati juadah lauk-pauk sedap di restoran ini.
Restoran Nasi Kandar Ali, Restoran Nasi Kandar Paling Popular di Parit Buntar
Saya dah beberapa kali makan di restoran ini. Memang sedap dan tak pernah tak habis. Alhamdulillah. Famili saya pun suka makan di sini, cuma saya tak berapa kerap bawa mereka ke restoran ini sebab kesukaran nak mendapat tempat duduk kalau datang beramai-ramai.
Biasanya, saya akan bungkus sahaja nasi kandar dari restoran ini kalau isteri dan anak-anak nak makan Nasi Kandar Ali.
Lauk Pauk Nasi Kandar Ali
Lauk biasa yang sering saya ambil ialah:- Ayam madu
- Ayam rempah
- Kari ayam
- Keli madu
Memang sedap. Serius. Kalau sekali anda mencuba, mesti akan datang kembali ke Restoran Nasi Kandar Ali ni.
Anak-anak saya biasanya akan ambil menu yang sama, keli madu dan kuah campur. Layan tu je tanpa sayur.... huhu.
Isteri saya pulak, biasanya akan ambil gulai ayam madu, sayur kobis dan kuah campur.
Saya pulak, ayam berempah, telur sotong/ikan, sayur dan kuah campur.
Fuh . .memang layan. Portion nasi dengan lauk just nice. Cukup makan, tak terlalu banyak dan tak terlalu sedikit. Cuma kalau nak bagi anak-anak makan, selalunya saya akan minta nasi separuh.
Kalau anda ke Parit Buntar atau berada berdekatan dengan Nibong Tebal, Penang atau Bandar Baharu, Kedah.... bolehlah datang mencuba dan makan di Restoran Nasi Kandar Ali ini.
[Dah Baca?] Nasi Ayam Ronda Parit Buntar Jadi Pilihan
Lokasi Restoran Nasi Kandar Ali
Lokasinya mudah, iaitu sederet dengan Bank Islam dan CIMB Bank Parit Buntar. Ianya dibuka setiap hari bermula dari jam 7:00 malam. Namun, kebiasaanya .. dah ada orang beratur dah seawal jam 6:30 petang. Tutup jam 1:00 pagi atau bila lauk pauk dah habis.Kalau tak berapa pasti, boleh gunakan Waze atau Google Map .. taip "Nasi Kandar Ali Parit Buntar" atau menerusi alamat - 11, Jalan Kelicap, Pekan Baru, Parit Buntar.
Restoran Nasi Kandar Ali sering jadi tumpuan waktu cuti sekolah atau cuti panjang serta hujung minggu. Ramai orang akan makan di sini terutama untuk makan malam. Ruang makan agak terhad, tetapi bila dah larut malam, biasanya tempat duduk tak susah nak dapat.
Ia jadi lokasi tempat makan popular di Parit Buntar pada waktu malam, jadi tumpuan semua bangsa termasuk Melayu, Cina dan India. Malah, pernah sekali saya lihat ada beberapa pelancong Arab dan juga Eropah makan di restoran nasi kandar ini.
[Dah Baca?] Tak Sah Kalau Menuju ke Tapah, Tak Singgah Makan Capati di Temoh
Cubalah ye. Saya memang recommended untuk makan di restoran ini .. kalau anda merupakan penggemar masakan Mamak atau Nasi Kandar.
Layan video di bawah ini, yang dirakam oleh rakan blogger saya, Puan Hayati (yatizul.com).
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.