First Time Makan Western Food Atas Dulang

Anda pernah makan western food atas talam err atau dulang tak? Aha, ianya lebih kurang macam shell-out cuma kali ini bukan makanan laut, tetapi western-food terdiri dari lamb-chop, french-fries, chicken-chop dan juga steak. Saya dan famili baru je dapat merasa first-time makan western-food ni atas dulang kat Parit Buntar, Perak.

Kalau makan dalam talam, memang dah biasa terutama Nasi Arab... tetapi makan western-food atas dulang, ia semestinya pengalaman yang unik untuk kami sekeluarga. Apatah lagi, nak makan makanan jenis ni kena gunakan sudu, garfu dan juga pisau steak. Tak ke jadi pelik?

Pertama Kali Makan Western-Food Atas Dulang

Western-Food Atas Dulang di Restoran The Border's Tea Parit Buntar


Mulanya tu terfikir juga cara nak makan western-food yang 'dilambakkan' atas dulang ni. Tetapi bila hidangan dipesan tu sampai atas meja, dan kemudiannya disediakan pinggan, barulah rasa tak berapa nak pelik untuk menikmati.

Konsep berkongsi adalah asas dalam hidangan western-food atas dulang ni.

Makan Secara Berjemaah

Walaupun semua aneka western-food dihidang atas dulang, ianya 'disusun' secara berasingan untuk dinikmati secara bersama oleh semua orang menggunakan pinggan.

Jadi, konsep yang asalnya macam shell-out, dah menjadi konsep makanan berhidang je untuk western-food ni.

Nak makan, masing-masing ambil sedikit dari portion yang ada. Memang banyak dan sangat cukup untuk makan 5 orang (tak termasuk baby Najmi). Makanya, semua orang dapat merasa makan ... tanpa membuat pesanan berasingan.
Western-Food Atas Dulang di Restoran The Border's Tea Parit Buntar


Hmm .. dari segi harga pun, saya fikir lebih jimat dan berpatutan jika dibandingkan dipesan secara berasingan.

Menu best ini, kami nikmati di Restoran Border's Tea Parit Buntar, sebuah restoran yang agak dikenali oleh penduduk setempat dengan menu makanan barat dan juga menu Asian. Jika ke Parit Buntar, bolehlah cari restoran ini yang bersebelahan dengan Pusat Poslaju Parit Buntar / belakang Pasar Besar Parit Buntar.
Western-Food Atas Dulang di Restoran The Border's Tea Parit Buntar
Sememangnya pengalaman makan western-food atas dulang ni sangat rare boleh dinikmati, apatah lagi kalau nak dibuat kat rumah .. uhh memang tak la .. huhu.


Post a Comment

3 Comments

  1. Meriah juga makan macamtu kan...
    Kat Jb ni ada juga, tak silap restoran J-Born..Saya belum try..

    Huwaa asal scroll ke bawah je, nampak bijik-bijik atas tapak tangan tu, saya meremang Tuan huwaaaa :((

    ReplyDelete
  2. Parit Buntar kampung saya tu. Ada rezeki insyaa ALLAH

    Seronok makan gitu dengan family

    ReplyDelete
  3. SA pernah makan kat area Seremban..memang bagus la sebab portion agak banyak..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com