Kotak Inspirasi 2019 daripada Projek Iqra'. Ada banyak cara untuk kita memberikan sumbangan kepada masyarakat, terutama yang memerlukan bantuan. Menerusi Projek Iqra', saya telah diberikan kesempatan untuk menyumbang sesuatu kepada asnaf dan juga kelestarian segala projek kebajikan yang dikelolakan oleh Projek Iqra'.

Projek Iqra' adalah salah satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah banyak membantu asnaf dan golongan yang memerlukan di Malaysia. Antara projek amal yang telah mereka lakukan termasuklah Kempen Kelas Rakyat, Kempen Peluang Kedua, Kempen Dapur Charity dan banyak lagi.

Kotak Inspirasi 2019 Daripada Projek Iqra'

Kotak Inspirasi 2019 Projek Iqra
Saya dah lama terbabit secara tak langsung dengan Projek Iqra'. Projek atau kempen pertama yang saya pernah saya sertai bersama Projek Iqra' ini ialah Kempen Shopping Raya 2014 dan beberapa kempen lain.

Penyertaan saya secara langsung itu telah membuka minda saya tentang betapa ramai anak-anak kita yang masih kurang mampu serta ketinggalan dalam banyak segi tanpa bantuan serta sokongan.

Tak mampu nak berikan sumbangan besar, alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T .. saya berpeluang menyumbang dalam bentuk lain.

Kotak Inspirasi 2019

Kotak Inspirasi 2019 Projek Iqra
Baru-baru ini, saya telah ditawarkan oleh Projek Iqra' untuk bersama menyumbang dalam Kempen Jualan Amal Kotak Inspirasi 2019.

Kandungan Kotak Inspirasi 2019

Kotak Inspirasi 2019 merupakan kotak istimewa mengandungi buku nota, kalendar 2019, lanyard, planner Inspirasi 2019 serta buku inspirasi.
Kotak Inspirasi 2019 Projek Iqra


Pembelian amal ini saya jadikan sebagai hadiah istimewa kepada anak sulong saya, Hasif Amri yang berjaya mendapat tempat pertama di sekolah, dan menjadi pelajar terbaik untuk beberapa subjek di Sekolah Ulul Albab-nya.

Uhh memang best Kotak Inspirasi 2019 daripada Projek Iqra' ni.

Jujur cakap, saya keberatan juga nak berikan pada Amri tu .. hehehe .. tapi saya sendiri dah ada planner dan buku nota pemberian daripada isteri, jadi saya lepaskan sahaja. Uhh tak baik bersailang niat ni .. kan kan?

Terhad 450 Kotak Sahaja

Kotak Inspirasi 2019 Projek Iqra


Kotak Inspirasi 2019 ini adalah terhad. Ianya hanya diterbitkan sebanyak 450 kotak sahaja, dan saya difahamkan masih ada lagi beberapa puluh unit yang masih tidak terjual.

Maka, kalau anda terasa ingin memberikan sumbangan kepada penerusan kempen-kempen kebajikan Projek Iqra' bolehlah dapatkan Kotak Inspirasi ini yang dijual dengan harga RM50 sahaja.

Tempahan segera boleh dilakukan menerusi link ini - Kotak Inspirasi Projek Iqra 2019

Mudah-mudahan, dengan sumbangan ikhlas anda dalam bentuk pembelian Kotak Inspirasi ini akan dapat membantu lebih ramai anak-anak yang terkebelakang, serta membolehkan amal kebajikan dibuat oleh Projek Iqra kekal disuburkan setiap masa.

In Sha Allah, terima kasih buat semua.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement