Alhamdulillah, anak saya yang sulong iaitu Amri kini berada di tingkatan 3 di Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA), Nibong Tebal. Sekarang, Amri telah diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah untuk memegang jawatan sebagai Pengawas Sekolah. Agak kurang nak percaya sebenarnya memandangkan di sekolah, Amri tidak begitu aktif (pada pandangan saya).

Apapun, saya bukan nak cerita mengenai kejayaan anak sulong saya ini. Saya nak kongsikan sedikit tips kekeluargaan untuk para ibu bapa yang ada menghantar anak ke asrama, khususnya asrama sekolah TMUA.

Panduan dan Tips Bantu Anak Untuk Tidak Rasa Homesick di Sekolah Berasrama TMUA

Tips Elak Anak Homesick Sekolah Asrama TMUA
Sekolah TMUA ni ada beberapa kategori. Ada sekolah di bawah seliaan Bahagian Sekolah Agama Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) , dan ada sekolah di bawah seliaan Bahagian Sekolah Berasrama Penuh KPM.

Sekolah TMUA juga ada pada beberapa sekolah kendalian Majlis Amanah Rakyat iaitu MRSM, antaranya ialah MRSM TMUA Kepala Batas, MRSM TMUA Sungai Besar, MRSM TMUA Semporna dan juga MRSM TMUA Gemencheh dan Kota Putra.

Bilangan sekolah dalam 'sistem' Tahfiz Model Ululu Albab ini agak terhad, dan setahu saya, setiap negeri cuma ada tidak lebih daripada 2 sekolah TMUA ini.

Pun begitu, ia menjadi antara sekolah pilihan terkini kebanyakan ibubapa sekarang yang sedar akan kelebihan yang ada pada sekolah TMUA ini.

[Dah Baca?] Bagaimana Sekolah Menengah TMUA Dilaksanakan KPM?

Semua sekolah TMUA adalah sekolah berasrama, jadi ia menjadi satu cabaran besar untuk anak-anak yang baru nak bermula di sekolah seperti ini, apatah lagi cabaran belajar di TMUA agak berlainan dengan sekolah-sekolah berasrama yang lain.

3 Tips Atasi Perasaan Homesick Anak di Sekolah Berasrama

Tips Elak Anak Homesick Sekolah Asrama TMUA
Antara masalah yang berlaku ialah home-sick pada anak-anak ini.

Di minggu pertama, anak-anak yang dihantar ke TMUA akan ada perasaan ini. Inilah yang bakal dan biasanya berlaku pada anak-anak tingkatan satu di sekolah berasrama TMUA. Apatah lagi jika mereka itu datang dari sekolah rendah kebangsaan dan bukan dari sekolah rendah agama.

Serius memang mencabar, sebabnya jadual harian anak-anak TMUA tak sama dengan anak-anak yang belajar aliran lain.

[Dah Baca?] Panduan dan Tips Ringkas Untuk Hadapi Temuduga Sekolah TMUA

Mereka perlu bangun seawal jam 4-5 pagi setiap hari. Mesti dapat menghafal ayat Al-Quran seperti yang telah ditetapkan. Dan kemudian perlu seiring belajar subjek lain seperti sains, sejarah, bahasa inggeris dan sebagainya.

Biasanya, pihak sekolah telah menyediakan aturan serta aktiviti di minggu pengenalan atau minggu orientasi anak-anak TMUA ini supaya boleh membiasakan diri, dan mengelakkan mereka alami masalah homesick.


Tips di bawah dikongsi untuk cuba nak atasi masalah home-sick ini. Sebagai ibubapa yang baru hantar anak ke TMUA, boleh jadikan ia sebagai panduan.

Elak Kerap Melawat Anak di Asrama

Sebolehnya jangan kerap melawat atau telefon anak-anak di asrama. Terutamanya pada dua minggu pertama awal kemasukan ke sekolah TMUA. Ini adalah kerana waktu ini ialah merupakan tempoh bagi anak-anak cemerlang ini untuk biasakan diri berjauhan tanpa ibubapa.

Pihak sekolah telah sediakan pelbagai aktiviti yang ketat sebagai persiapan untuk anak-anak ini belajar kendiri di asrama dan juga sekolah. Mereka akan disibukkan dengan urusan-urusan ini.

Jika anak-anak 'dikacau' ibubapa, pastinya ia akan merencatkan mind-setting dan urusan kendiri yang sedang diusahakan oleh pihak sekolah dan asrama.

Jangan risau.

Keadaan anak-anak di asrama dijaga oleh para guru, ustaz tahfiz dan juga warden asrama.

Jika mereka tak dapat nak handle anak-anak anda, mereka pasti akan telefon dan memberitahu. Selagi tiada panggilan telefon dari pihak sekolah/asrama, ini bermakna anak-anak anda semua berada di dalam keadaan baik, in Sha Allah sihat belaka, cukup makan pastinya.

Ingat ni.

Jika ibubapa datang melawat pada minggu penting ini, ia ibarat ibubapa datang menekan butang 'RESET' dan sekelip mata susunan data suasana asrama yang pihak sekolah telah terapkan seminggu ini menjadi kosong semula. Sama seperti hari pertama.

Letih guru, ustaz dan warden nak 'copy' semula segala data untuk kendiri kepada pelajar-pelajar yang baharu sahaja merasai kehidupan di asrama.

Anak anda yang akan rugi nanti. Maka, fikirkan elok-elok sebelum anda berhasrat nak melawat anak anda di asrama sekolah TMUA ini.


Pindah Sekolah Bukan Urusan Yang Mudah

Jangan susahkan diri anda untuk menukar sekolah anak anda setelah menerima tawaran masuk ke sekolah TMUA ini. Sebagai ibubapa, anda patut bersyukur malah cuba berusaha dan bantu anak anda untuk biasakan diri dengan keadaan dan suasana baharu.

Daripada pemerhatian sebelum ini, kebanyakan pelajar home-sick yang dilawati oleh ibubapa dalam tempoh seminggu awal, kebarangkalian untuk mereka menjadi lebih 'teruk' adalah tinggi. Akhirnya pelajar ini ambil keputusan untuk tukar dan pindah sekolah.

Bukan itu sahaja, ia akan tempias pada pelajar-pelajar lain yang belum termasuk kategori home-sick. Akhirnya dari dah ok menjadi tak berapa nak ok, bila lihat rakan mereka berjaya tukar sekolah dan berada bersama ibubapa.

Banyak dah berlaku, anak-anak atau pelajar yang berada baru seminggu dua di asrama sekolah TMUA, ambil keputusan drastik menukar sekolah.

Itu yang berlaku pada anak sulong saya apabila dengan singkat kehilangan beberapa kawan yang dah mesra sejak dari sekolah rendah lagi. Akibatnya, anak saya jadi sendirian.

[Dah Baca?] Cabaran Besar Anak Belajar di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab

Sentiasalah Berdoa

Apabila anda hantar anak anda ke sekolah TMUA, anda sebenarnya melakukan sesuatu yang boleh membantu anak dekat kepada agama. Maka, berdoalah kepada Allah S.W.T untuk kemudahan anak anda belajar ilmu berkaitan Tuhan dan kehidupan.

Buat ibubapa, berdoalah untuk anak anda dalam solat dhuha, doa dalam tahajjud, doa dalam solat fardhu supaya anak anda menjadi tabah, sabar, cekal dan mampu menempuhi tempoh pembelajaran TMUA, terutama sekali pada awal-awal minggu persekolahan.

Doa ibubapa mustajab, in Sha Allah.

Ikuti 3 panduan tadi.
  1. Jangan lawati anak di asrama semasa minggu awal persekolahan, terutama waktu orientasi (2 minggu awal).
  2. Beri sokongan pada anak anda, dan cuba minta mereka untuk kekal berada di sekolah TMUA. 
  3. Berdoa kepada Allah S.W.T
Selepas itu, anda tidak perlu risau lagi. Kebanyakan anak-anak akan dapat berdikari dengan baik selepas menjalani kehidupan dan aktiviti ketat pada minggu awal persekolahan. Malah, banyak kes mereka boleh tak ingat sangat nak balik selepas ini.

Mana taknya, makanan di asrama sedap-sedap belaka. Kawan-kawan pun ramai. Apatah lagi berada dalam persekitaran di mana mereka mendekati Al-Quran. Jika mereka 'jaga' Al-Quran dengan baik, in Sha Allah, mereka akan sentiasa dipelihari oleh Allah S.W.T.

Apabila proses awal ini telah selesai, dan anak sudah dapat mandiri dan jalani kehidupan di asrama tanpa masalah besar; lawat anak-anak anda untuk pelihara perhubungan selain memberikan dokongan, sokongan dan juga nasihat untuk belajar dengan baik di sekolah baharu.

Semoga panduan ini dapat dimanfaatkan oleh para ibubapa .. :)

p.s: Perkongsian ini adalah merupakan nasihat dari guru dan warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdullah Fahim dari group WhatsApp sekolah.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tips yg sgt bermanfaat.. terimakasih berkongsi pengalaman!

    BalasPadam
  2. asalam HH ada dah pengalaman tetap;i tips HH dalam blog tangani masalah anak di asrama masih tetap membantu Etuza.Terima kasih ya

    BalasPadam
  3. Sejuk hati memandang anak berjaya ..semoga anak HH teruskan legasi kejayaan di Dunia dan di Akhirat

    BalasPadam
  4. masa mula-mula anak masuk asrama dulu...ibubapa yang rindu dengan anak dan anak bernasib baik kerana tidak terlalu diserang homesick ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement