Pelik tak? Biasanya bila sebut pokok kaktus (cactus), kita akan ingat padang pasir dan ia banyak di kawasan panas. Tapi di Malaysia, pokok ini senang dan banyak didapati di kawasan yang 360 darjah berbeza dengan apa yang kita biasa fikirkan. Pokok kaktus mudah didapati di Cameron Highlands, kawasan peranginan tanah tinggi yang suhunya biasanya lebih sejuk.

Saya sebenarnya baru terfikir akan hal ini. Selama saya bersekolah dulu, saya belajar yang pokok kaktus tumbuh di kawasan gurun, di kawasan pasir .. di tempat beriklim panas dan gersang. Tetapi, rupanya pokok berduri ini boleh sahaja hidup segar bugar di tempat macam Malaysia, lebih-lebih lagi  di Cameron Highlands.

Cameron Highlands - Syurga Mendapatkan Cactus di Malaysia

Cameron Highlands - Syurga Mendapatkan Cactus di Malaysia
Cameron Highlands, syurga untuk mereka yang suka dan cintakan pokok kaktus. Ada macam-macam jenis kaktus boleh ditemui di Cameron Highlands. Dan kebanyakkan kaktus yang boleh diperoleh di tanah tinggi Cameron Highlands adalah jenis berbunga.

Jika ke Cameron Highlands, hampir semua tempat persinggahan dan kedai cenderamata di sana ada yang pamer dan jual jenis-jenis kaktus yang pelbagai.

Malah, kalau anda ke Taman Agroteknologi MARDI pun .. anda boleh lihat sendiri taman khas yang ada pelbagai jenis kaktus ini ditanam secara semulajadi. Besar-besar pulak tu.

[Dah Baca?] Penginapan di Private Apartment Equatorial Hill Resort


Kaktus yang ada nampak comel dan cantik. Malah, sesetengahnya nampak unik dan jarang dijumpai di tempat lain.

Saya seringkali terlupa akan asal usul pokok ini.
Cactus Cameron Highlands Pahang, Malaysia
Cactus Cameron Highlands Pahang, Malaysia
Kaktus bukan berasal secara semulajadi dari Malaysia. Entah bila ia mula hadir dalam landskap Malaysia, saya pun tak pasti.

Yang saya tahu, awal saya melihat pokok-pokok kaktus pelbagai jenis ini adalah ketika 'rombongan cik kiah' ke Cameron Highlands ketika masih di darjah enam. Lama tu ... jadi, memang dah lama la pokok kaktus ni ada di atas tu kan kan?

Seperti kanak-kanak riang lain, saya rasa pokok kaktus ni  adalah pokok magik sebab ia boleh menyimpan air, dan ia pokok yang ada duri .. bermakna ia boleh melindungi dirinya sendiri. Ia satu kehebatan yang Allah S.W.T berikan pada pokok ini.
Walaupun kebanyakkan kaktus tidak berdaun, apatah lagi berbuah .. tapi ia ada kelebihan tersendiri dan boleh hidup hampir di semua tempat di dunia, walaupun jauh dari asalannya.

Mungkin sebab itulah, kaktus amat digemari dan disukai, dan dijadikan pokok hiasan di rumah dan di dalam bilik.

[Dah Baca?] Khasiat dan Kisah Mistik Bunga Bakawali
Cactus Cameron Highlands Pahang, Malaysia
Cactus Cameron Highlands Pahang, Malaysia
Mereka yang sukakan kaktus, pasti tidak akan lepaskan peluang untuk ke Cameron Highlands, kerana di situlah letaknya syurga bagi pecinta pokok ini.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Satu lagi yang saya pelik tuan, tiap kali beli pokok kaktus kat cameron, mesti tak tahan lama, paling bertahan dalam seminggu dua, lepas tu kiok, kenapa ek..
    Tapi kalau saya beli di soping mall even dalam ekonsave pun, sampai sekarang masih bertahan hahahaha.. membesar lagi..

    BalasPadam
  2. cantik pokok kaktus ni. subhanallah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement