Khasiat Mistik Bunga Bakawali penuh misteri. Saya ada tanam pokok Bunga Bakawali di halaman rumah saya. Pokok ini dah lama saya ada, malah ia merupakan antara pokok bunga terawal yang hidup segan mati tak mahu sejak 10 tahun lalu. Pokok ini dah banyak kali berbunga, dan saya pernah menjual Bunga Bakawali ini dengan harga tinggi tanpa mengetahui khasiat mistik yang ada padanya.

Bunga Bakawali memang ada unsur-unsur mistik. Ini adalah kerana sifatnya itu sendiri yang misteri. Pokoknya menegak tanpa ada 'daun' cuma berbatang hijau dengan setiap 'bucu' adalah bahagian untuknya berbunya. Setahu saya, ia tidak mempunyai buah.

Khasiat dan Mistik Bunga Bakawali

Khasiat dan Kisah Mistik Bunga Bakawali
Bunga Bakawali turut dikenali sebagai Ratu Malam dan Kaktus Bulan, kerana sifatnya yang unik yang hanya mengembang dan berbau harum hanya selepas waktu tengah malam. Bunganya pula tumbuh menegak ke atas dan hanya mula mengembang pada waktu tengah malam. Bau Bunga Bakawali sangat harum, dan ada yang kata bau bunga ini dapat dicium beratus-ratus meter pada waktu malam.

Ada banyak cerita mistik mengenai bunga ini. Yang paling terkenal ialah tentang turunnya bidadari cantik ketika bunga ini berkembang. Ada pula yang mengaitkan dengan kehadiran Malaikat, kerana Malaikat menyukai bau-bau yang wangi.

Kisah Mistik di Sebalik Bunga Bakawali

Ada orang tua-tua lama, terutama dalam masyarakat orang Melayu zaman dahulu, mengatakan pokok tersebut dikatakan dijaga oleh orang bunian. Apabila tiba waktu ia berkembang, seorang dewa kayangan akan turun untuk menjaganya sehingga ia layu menjelang subuh.

Terdapat juga cerita mistik yang mengisahkan seorang wanita yang sedang asyik menunggu kelopak bunga itu berkembang pada waktu tengah malam telah diganggu oleh makhluk misteri. Kejadian itu berlaku setelah dia terlelap seketika. Sejurus tersedar, dalam cahaya samar bulan purnama dia ternampak satu lembaga putih berlegar-legar di sekitar pokok yang bunganya sedang mekar itu.

[Baca] Harga Sekuntum Bunga Bakawali Putih Layu

Uhh memang banyak kisah mistik di sebalik Bunga Bakawali ini. Bunga ini juga dikenali sebagai Wijayakasuma oleh masyarakat di Indonesia, terutama masyarakat yang dulunya menganut agama Hindu. Wijaya membawa maksud menang, manakala kusuma bererti bunga dalam bahasa Jawa.
Kisah kisah mistik di sebalik misteri Bunga Bakawali
Dalam kepercayaan mitos Hindu kuno, bunga tersebut yang dikenali sebagai Wijayakasuma ini dikatakan dijaga oleh Dewa Kresna. Bunga Bakawali  mengikut kepercayaan tersebut dianggap mempunyai magis kerana mampu menghidupkan orang yang telah mati. Diceritakan bahawa Dewa Arjuna yang mati akibat terminum air sungai beracun, kembali hidup setelah Dewa Kresna memberinya tujuh kuntum bunga wijayakusuma yang sedang mekar.

Khasiat Bunga Bakawali Yang Tidak Diketahui Umum

Ok... tentu anda tertanya mengenai khasiat yang ada pada Bunga Bakawali ini, sehingga ada yang mencari bunga ini walaupun telah layu.
Khasiat yang ada pada Bunga Bakawali

Pokok bunga Bakawali dikatakan mempunyai khasiat berikut:
  • Boleh mengubat masalah rabun.
  • Boleh membantu untuk mencantikkan kulit.
  • Embun yang melekat pada bunga tersebut jika disapu pada mata pula didakwa mampu membersihkan habuk pada bahagian sensitif mata.
  • Kelopak bunga Bakawali dapat merawat luka.
  • Batangnya yang sudah dikeringkan dipercayai dapat merawat masalah darah tinggi dan kencing manis dengan memakan serbuknya; kebiasaannya bahan serbuk tersebut diambil bersama-sama buah pisang atau daun sirih kerana rasanya yang sangat pahit.

Pokok Bunga Bakawali tak ramai yang tanam kerana ia tidak menarik pada pandangan mata. Walaupun penjagaannya tidak terlalu rumit, tetapi disebabkan ia bukan tumbuhan yang berdaun, maka ia bukan pilihan bagi peminat landskap.


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement