Kaktus Cameron Highlands. Bagi penggemar pokok-pokok kaktus, saya pasti Cameron Highlands akan jadi tempat yang ditujui untuk mendapatkan pokok-pokok kaktus baru. Memang banyak kedai di Cameron Highlands yang jual pokok kaktus pelbagai spesies ni. Cantik-cantik pulak tu.

Saya bukan penggemar kaktus, tapi pernah la beli kaktus ni masa zaman sekolah-sekolah dulu. Cikgu bawa lawatan ke Cameron Highlands, beli la yang jual RM10 dapat 5, dapat 3 tu ... saja nak letak kat dorm ... haha.... atau bagi kat awek .. keh keh keh. Mungkin ada yang tanya, kenapa tak beli bunga-bunga cantik kat Cameron Highlands tu ... hoho ... sebab saya kurang berjiwang kot .. hahah .. kaktus brutal skit .. lalalala

Kaktus Cameron Highlands

Kaktus Cameron Highlands
 Kaktus Cameron Highlands

Kaktus cantik. Walaupun ianya pokok berduri tetapi boleh je dijadikan hiasan samada di dalam rumah mahupun di luar rumah. Kalau ikut petua orang tua-tua, elok ada pokok-pokok yang berduri ni ditanam di rumah. Tu pasal orang dedulu banyak tanam pokok Lidah Buaya (Aloe Vera) ... bunga Mawar dan tanam pokok bunga Kertas ... kata mereka yang elak daripada terkena santau dan sihir. Tu petua je, tapi sebagai muslim elok amalkan ayat-ayat Al Quran untuk hidari santau dan sihir ni.
Cameron Highlands Cactus
Kaktus Cameron Highlands

Kenapa Beli Kaktus di Cameron Highlands?

Sebenarnya saya kadangkala mushkil gak kenapa ramai suka dapatkan dan beli kaktus di Cameron Highlands, walhal kat Nursery atau kedai pokok bunga biasa ada je jual. Bila saya dah ke kedai bunga biasa dan tanyakan harga, barulah saya tahu ... ada beza dari segi harga, dan juga jenis-jenis yang ada.
Cameron Highlands Cactus Price

Di Cameron Highlands, harga pokok kaktus yang dijual adalah murah, dan selain tu .. jenis dan spesies yang ada juga lain. Banyak kaktus jenis berbunga dijual di Cameron Highlands, itu sebab ramai pencinta dan penggemar spesies tanaman ini suka dapatkan di sana. Malah, ada jenis yang sukar nak dapat di kedai biasa, hanya boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual pokok bunga di Cameron Highlands tu.
Cameron Highlands Cactus
Cameron Highlands Cactus
Cameron Highlands Cactus

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hari tu beli kaktus cameron ni... 3 minggu je hidup... sebab siram hari-hari... rupanya takleh siram hari-hari macam siram pokok bunga biasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh ini komen lawak sy baca,, awak kata siram pokok kaktus hari2 hahahah , mana boleh hari2 lah,, confirm layunya.. - kedaionlinemy.com

      Padam
    2. Lain kali tanya dulu orang yang jual tu camner nak jaga ...

      Padam
  2. arghhh geramnya tgk kaktus tu....rkat rumah ada 7 jenis....nk tambah koleksi lagi hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak retilah nak jaga kaktus ni .. walaupun sebenarnya sangat mudah .. hahaha

      Padam
  3. dalam seumur hidup pernah beli skali jer pokok kaktus,,, tu pun ada orang jual kat sekolah masa kecik2 dulu - kedaionlinemy.com

    BalasPadam
  4. pernah trauma jaga kaktus, dah la kawan yg bagi sempena hari jadi. boleh pulak mati. T_T

    sekarang tgh sahut cabaran diri sendiri, jaga pokok leklok. dah ada 6 pokok dalam bilik ni termasuk 3 kaktus. mudah2an semuanya sihat dan selalu zikrullah.

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  5. Dulu pernah beli pokok kaktus dan membesar dengan sihat tapi satu hari tu cuba alihkan ke pasu yang lebih besar.. eemm.. tak lama lepas tu pokok kaktus tu mati.. tak jaga dengan sempurna pun ye jugak.. :(

    BalasPadam
  6. Pokok kaktus ni senang nak jaga tak macam pokok bunga yang lain. Tak siram air selalu pun boleh hidup lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement